felda nitar - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda nitar - Google Blog Search |
<b>felda nitar</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 11 Jul 2013 09:12 AM PDT Lokasi kemalangan ini katanya di Felda Nitar, Mersing, Johor. Yang pelik tu, macam manalah kereta Vios tu boleh 'terbang' sampai macam tu sekali? Mungkin kakak baju kurung warna hijau tu boleh cerita hehehehe. Atau mungkinkah anda ada maklumat yang nak dikongsikan mengenai kemalangan ini? Ok..Disini akak kongsikan cerita pasal jalan maut ni... bukan citer pasal keter ni...ni citer pasal jalan tempat kejadian ni.. Akak mmg tinggal di Mersing,suami akak seorang guru... Masa tu..suami akak baru ditukarkan ke SK Felda Nitar 1,Mersing.. Baru je..lebih kurang setahun yang lepas... suami akak kesekolah selalunya naik motor jer..sbb?? Katanya bila naik keter..time tghari waktu balik skolah..mmg dia selalu ngantuk.. jadi bila naik motor...kurang sket ngantuknya.. maklum je..bila tghari buta...jalannya mmg sunyi sepi..kiri kanan dipenuhi dgn hutan kelapa sawit... Kenderaan pun jarang2 sekali yang lalu lalang Jalan ni..selalu sangat berlakunya eksiden yang menyebabkan kemalangan maut... Jadi nak tanya siapa?..sbb yang terlibat selalunya maut ditempat kejadian.. Baru beberapa minggu suami akak berulang alik dari rumah ke Felda Nitar... tak de la lama mana sangat pun selalunya dalam 40 min sampailah... suami akak berada dalam opis.. macam biasa pasu bunga kecil mmg sentiasa berada diatas meja.., masa tu dah tiba waktu balik makan,suami akak menoleh sekejap kebelakang...mencari sesuatu di laci meja.. Bila dia menoleh kembali ke meja asal..baru dia perasan...pasu atas meja dia tiba2 tak de... jangan kan dia,akak pun rasa pelik.. sbb 2,3 kali pasu kecil tu berubah tempat sedangkan semua staff dah balik tiba2 dia terpandang pasu tu terletak atas almari buku..pelik.. besoknya pasu tu berubah lagi kedudukannya Pearsaan dia pun dah lain macam jer.. Hujan gerimis...hari panas.. Jalanraya lengang..sunyi sepi.. sebuah kenderaan pun tak de.. Hati terasa tak sedap...namun..diredahnya juga perjalanan pulang dgn menaiki motorsikal. Sampai ditempat keter vios tu terbang...tetiba...ada sebuah motosikal scrambler mengekori rapat dibelakangnya.. sayangnya lelaki yang menunggangnya memakai helmet bertutup,bersarung tangan dan berjaket..Wajahnya langsung tak nampak.. Lelaki itu mengekori rapat..makin rapat dan rapat.. namun memotong motorsikal yang dinaiki suami akak tidak sekali-kali enjin motorsikal dari lelaki misteri itu langsung tidak kedengaran.. Seketika..Suami akak..menoleh ..namun...sunyi sepi.. Kelibat seorang manusia pun tak de..hanya pokok sawit dikiri kanan jalan... Besoknnya kejadian yang sama berulang,juga ditempat yang sama... ditempat sama...suami akak melihat kelibat seorang lelaki bertenggek di batu tanda tepi jalan..merenung tajam memandangnya...lama dia merenung tanpa berkelip Motorsikal diberhentikan..suami akak menoleh kebelakang,namun..kelibat seorang manusia pun tak kelihatan...hanya hutan dikiri kanan jalan... sunyi..dan suram suasana jalan ketika itu Kenapa lelaki itu mengekori dgn rapat sekali...macam nak ajak berlumba lagaknya... namun sekelip mata saja lelaki itu tiba-tiba ghaib?? Disitu juga tempatnya kawan akak meninggal krn kereta yang dipandunya terbabas...adakah penyebabnya lelaki misteri itu juga? atau ianya suatu kebetulan?? Wallahuallam... Sumber : here |
Blog Felda: <b>felda nitar</b> - Google Blog Search Posted: 19 Jul 2013 12:00 AM PDT Tebing di bahagian tepi pondok Rela yang mengalami hakisan boleh menyebabkan pondok tersebut roboh pada bila-bila masa. MERSING – Rela Felda Nitar 1 berharap pondok Rela di kawasan itu dapat dibaik pulih bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas. Pembantu Ketua Rela Felda Nitar 1, Mohd Yusuf Abdul Razak berkata, tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan lokasi pertemuan antara ahli Rela kerana keadaannya yang usang. "Sudah lima tahun pondok tersebut tidak digunakan kerana keadaan bangunannya yang lama dan tidak sesuai untuk digunakan. "Kami hanya membersihkan ruang dalamnya sahaja, malah kini, pasukan kami menggunakan balai raya dan balai koperasi untuk bermesyuarat," katanya. Mohd Yusuf kesal apabila bahagian tepi pondok tersebut berlaku hakisan yang dijangka bakal roboh pada bila-bila masa. "Kami khuatir jika hakisan ini bertambah teruk lebih banyak perkara buruk akan berlaku," katanya. "Permohonan bagi memohon peruntukan membaik pulih bangunan dan menambak tebing di bahagian tepi pondok berkenaan telah diusulkan. "Kami telah membuat tiga kali permohonan pada 2009, 2010 dan 2011 yang lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas ," katanya. Setiausaha Rela Felda Nitar 1, Mohd Hamdan Tasrib berkata, sebelum ini ada ura-ura menyatakan sebanyak RM20,000 diperuntukkan untuk membaik pulih pondok tersebut. "Tahun lalu, kami diberitahu ada peruntukan membaik pulih pondok ini tetapi hingga sekarang masih tiada tindakan dibuat," katanya. Sinar Harian 17 Feb 2013 |
You are subscribed to email updates from felda nitar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |