{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda palong timur - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda palong timur - Google Blog Search


Ucap Selamat Hari Raya Sebelum Kebas Barang Kemas | Suara <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2013 09:00 PM PDT

Ucap Selamat Hari Raya Sebelum Kebas Barang Kemas

images

Segamat: Dua penyamun sempat mengucapkan Selamat Hari Raya dan menjamah kuih raya sebelum melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai kira-kira RM14,000 dalam kejadian di FELDA Palong Timur 1, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, penjenayah turut melibas parang bagi menakutkan mangsa dan bergurau yang mereka ke rumah berkenaan untuk beraya dan meminta duit raya. Malah, seorang daripada penjenayah juga sempat mendendangkan sebuah lagu raya.

Sebelum melarikan diri, mereka turut memuji keenakan kuih raya dan memohon maaf kepada mangsa kerana datang ke rumah berkenaan tanpa memakai baju raya.

Mangsa, Normah Maarof, 52, berkata dia mulanya terjaga daripada tidur apabila cucunya berusia 10 hari menangis lalu mengejutkan anak perempuannya untuk menyusukan bayi berkenaan.

"Saya kemudian nampak kelibat dua lelaki di ruang tamu dan terus menegur mereka. Mereka kata datang beraya, nak cari duit raya, tapi terus melibas parang bagi menakutkan saya bersama anak dan cucu. Seorang lagi sempat nyanyi lagu selamat hari raya dalam nada perlahan sambil menjamah kuih raya di ruang tamu.

"Malah, mereka sempat bergurau apabila rakan kepada lelaki yang menyanyi lagu raya itu mengingatkan jangan makan dodol, bimbang ia akan melekat pada gigi palsu hingga memudahkan polis mengesan DNA," katanya. – Berita Harian

Artikel disiar pada August 14, 2013 - 12:00 pm oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat