{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Hati

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Hati


Pilihan baju biar sesuai badan

Posted: 02 Aug 2013 07:57 AM PDT

Kepelbagaian rekaan baju pengantin adakalanya membuatkan diri rambang mata membuat pilihan terbaik seperti diingini.

Apabila melihat patung 'menggayakannya' di butik pengantin, kelihatan rekaan sungguh menarik. Dengan bentuk badannya yang kecil molek ditambah pula ­dengan potongan baju mengikut ukuran badan, ia seolah-olah terletak elok di badan.

Namun, bakal pengantin perlu memahami ia hanyalah ilusi dan perlu memilih baju mengikut kesesuaian tubuh sendiri.

Bertindak sebagai perantara kepada bakal pengantin, butik pengantin Satri's Bridal Atelier yang dimiliki Satri Hashim turut memberi panduan mengenai penggayaan terbaik untuk kelihatan lebih anggun pada hari bersejarah mereka.

Foto

SULAMAN tampal menampakkan kelainan bagi perincian busana pengantin.

Foto

PADANAN perincian mampu menyerlahkan keanggunan pengantin.

Foto

BRIDAL satin pilihan utama untuk baju pengantin.


Setiap baju yang dihasil­kan memiliki personaliti dengan potongan gaya berlainan. Tetapi kebanyakan bakal pengantin kini lebih meminati rekaan gaun atau jubah gaun yang lebih ­moden.


Bentuknya yang lebih terserlah dengan kombinasi perincian manik, sulam tampal serta renda sesuai digayakan pengantin bertudung dan tidak bertudung.

Walaupun ada baju yang menggunakan perincian agak sarat, ia hanya difokuskan pada bahagian tertentu antaranya bahagian pinggang, dada, bahu, lengan, leher serta hujung kain.

Sifon, bridal satin dan renda menjadi pilihan utama menghasilkan pakaian pengantin bermutu tinggi. Rekaan yang dihasilkan juga kelihatan lebih mewah apabila disertakan aksesori tertentu.

Malah, kombinasi warna antara padanan perincian juga perlu diutamakan bagi memastikan ia tidak janggal dipandang mata.

Selain manik, penggunaan sulam tampal juga mampu menyerikan lagi baju pengantin. Walaupun kelihatan agak sarat, ia ternyata memberikan kelainan kepada busana berkenaan.

Selain itu, kelebihan koleksi pakaian yang disediakan butik terbabit juga membolehkan bakal pe­ngantin mendapatkan baju diimpikan pada harga berpatutan.

Panduan persiapan majlis perkahwinan untuk bakal pengantin:

  • Pastikan pilihan untuk sebarang keperluan majlis dan diri dilakukan tidak melebihi bajet.
  • Apabila memilih baju, ikut bentuk badan dan warna kulit bukan sebaliknya. Jangan mendengar alasan individu lain, sebaliknya buat keputusan sendiri.
  • Jangan terlalu cerewet dalam membuat pilihan, biarlah bersederhana.
  • Pilih warna bersesuaian. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02
  • Gubahan kreatif bunga segar

    Posted: 02 Aug 2013 07:32 AM PDT

    Hantaran ialah pertukaran hadiah antara pihak lelaki dan perempuan pada hari pertunangan atau pernikahan. Walau seringkas mana majlis perkahwinan, hadiah hantaran jarang dilupakan kerana ia sebahagian daripada adat Melayu yang paling penting.

    Cuma sekarang, kita dilarang membazir atau berlebih-lebihan dalam membuat hantaran. Lebih elok sekiranya hantaran berbentuk makanan seperti kek, kuih dan buah-buah kerana ia kemudiannya dinikmati bersama orang di pihak sana.

    Hantaran juga melalui zaman evolusinya. Daripada dibungkus kain, kemudian ia dibungkus dengan plastik berwarna-warni. Begitu juga talam hantaran yang pelbagai bentuk dan fesyen. Hantaran dihias kain net dan satin satu pemandangan biasa sejak dulu dan sekarang hantaran dihias bunga-bungaan, manik dan kristal yang menjadi kebiasaan.

    Pihak pengantin tidak mahu membazir dengan mengadakan hiasan sendiri kerana ia kemudiannya tidak digunakan lagi, justeru, menyewa satu penyelesaian yang menjimatkan.


    Menurut Tina Aming, hantaran di dalam dulang lebih menyerlah dengan hiasan bunga.


    "Bunga tiruan atau bunga segar masing-masing ada impak tersendiri. Bunga segar menampakkan hiasan tambah segar dan menarik, malah ia juga cantik dari sudut fotografi. Hasil gambar lebih hidup dan menyerlah," katanya.

    Menceburi bidang menggubah hantaran asalnya sekadar hobi, tetapi kerana mempunyai tangan yang kreatif, Tina sering menjadi kepercayaan pengantin menggubah hantaran mereka.

    "Apabila menggunakan bunga segar, hasil hantaran lebih cantik dan hidup. Kebanyakan pelanggan saya kini memilih hiasan bunga segar kecuali mereka mahu bertandang jauh misalnya ke Kelantan kerana dalam keadaan itu bunga sukar dijaga kesegarannya," katanya.

    Gubahan yang selalu menggunakan konsep hiasan bunga segar biasanya bergabung dengan konsep moden.

    "Pelanggan akan memberitahu pilihan tema dan warna kesukaan mereka. Bunga yang biasa saya gunakan pula ialah ros, eustoma, daisy, kekwa dan orkid, namun paling popular ialah ros. Warna tema popular pula ialah merah jambu dan ungu," katanya.

    Kesukaran paling ketara menggunakan bunga segar ialah menjaga kesegarannya. Jadi bunga perlu selalu disembur air dan mengelakkannya terkena cahaya matahari. Span basah pula harus sentiasa dikenakan air, malah span terbabit digunakan bagi mengekalkan bentuk gubahan bunga.

    "Gubahan bunga biasanya diambil pelanggan beberapa jam sebelum majlis. Sekiranya majlis pada awal pagi, boleh mengambilnya pada waktu malam. Risiko
    menggunakan bunga segar ia cepat layu," katanya.

    Tina menambah manik, mutiara dan kristal bagi membangkitkan seri gubahan terutama sekiranya menggunakan bunga tiruan. Hantaran disusun terlebih dulu di dalam dulang, kemudian ruang yang kosong ditambah dengan gubahan bunga.

    Terima kasih:

    Tina (014-2321101)

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat