{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


JAKIM dirujuk berhubung kes video raya bersama anjing: Shabery

Posted: 01 Aug 2013 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum membuat keputusan berhubung kes penyebaran video '1 Hari Di Hari Raya' baru-baru ini yang dianggap menghina Islam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata pandangan dan nasihat Jakim diperlukan bagi memutuskan sama ada video itu mencemar kesucian agama Islam.

"Sekiranya Jakim mendapati video itu menyentuh sensitiviti agama, maka SKMM akan buat keputusan supaya kes itu diserahkan kepada peguam negara," katanya kepada pemberita selepas meyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara TM Net Sdn Bhd dan Astro Malaysia Holdings Berhad di sini.

Turut hadir Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.


Selain itu, Shabery berkata SKMM telah pun merekod kenyataan Maznah dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui niat sebenar individu itu membuat video berkenaan.


"Banyak pandangan berbeza yang kita terima berhubung kes ini, jadi siasatan perlu dijalankan," katanya.

Mengenai kerjasama itu, dua saluran sukan Astro iaitu Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD akan disiarkan menerusi perkhidmatan Televisyen Protokol Internet TM, HyppTV mulai hari ini.

Astro dan TM turut bersetuju untuk meneruskan kerjasama bagi menyiarkan saluran televisyen NJOI (nama untuk servis siaran tv percuma daripada Astro) dan stesyen radio terpilih menerusi Hypp TV.

Perjanjian itu ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda

Posted: 01 Aug 2013 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 3.25 petang ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa itu berpusat di 345km timur laut Kupang, Indonesia dan 1,377km tenggara Sarikei, Sarawak.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat