{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Usaha gigih empat sahabat

Posted: 01 Aug 2013 06:53 AM PDT

Mereka berkawan rapat sejak sama-sama mengendalikan program Chopp! di TV9 kira-kira tiga tahun lalu. Sehingga kini, kemesraan tetap terjalin di antara mereka biarpun program ini sudah lama dihentikan.

Ketika terbabit dengan program inilah pelakon Tam Suhaimi, Farish Aziz, Sari Yanti dan Intan Ladyana menyimpan impian untuk bekerjasama menubuhkan syarikat produksi dan menerbitkan drama.

Akhirnya impian yang sudah lama disimpan ini termakbul dengan tertubuhnya syarikat Mediaglo Production Sdn Bhd milik Sari Yanti. Mereka berempat bergabung menerbitkan drama sulung syarikat itu iaitu Pengancam Perkahwinan.

Mereka sepakat mengeluarkan modal dan terhasillah Pengancam Perkahwinan yang diarahkan Tam dan Syahir Ismail dengan Intan memegang watak utama. Selain itu, Farish dan Sari Yanti turut menjadi 'cameo' dalam telefilem yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria pada September ini.

Foto

BABAK Sari Yanti bersama Jonathan Putra dalam Pengancam Perkahwinan.

Foto

HAFIZUL dan Nadiya Nisaa turut membintangi produksi menarik ini.

Foto

BARISAN pelakon dan produser Mediaglo ketika majlis berbuka puasa mereka, baru-baru ini.


Turut berlakon ialah Nadiya Nisaa, Kilafairy, Hafizul Kamal, Nazrief Nazri dan Nora Danish.


Sari Yanti mengakui sayang untuk memutuskan hubungan dengan rakannya ini. Setiap kali menganjurkan acara bersama suaminya, dia pasti tidak melepaskan peluang menjemput tiga rakan ini, malah bila ada kelapangan mereka akan duduk sama-sama berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan karier.

"Menerusi perbincangan, kami akhirnya bertekad untuk buat juga. Salah seorang daripada kami membentangkan kertas cadangan ketika 'pitching' di Astro dan mereka sudi memberikan peluang. Alhamdulillah ini berita yang sangat menggembirakan kami. Kami juga sengaja bagi peluang kepada Syahir untuk menjadi pengarah bergandingan dengan Tam.

"Sepanjang penggambaran, kami lihat segala-galanya berjalan lancar tanpa masalah besar. Apa yang penting saya bangga kerana menerusi projek ini, hubungan persahabatan kami menjadi lebih erat. Tambah pula, biarpun menggunakan syarikat saya, modal yang dikeluarkan sama rata," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran di rumah milik keluarga Aizat Amdan, baru-baru ini.

Menurutnya, menerusi persetujuan bersama, mereka dipecahkan kepada bidang tugas masing-masing. Hanya Tam memainkan peranan yang lebih disebabkan pengalaman luasnya dalam industri seni. Selain bertindak sebagai pengarah bersama, dia juga adalah penulis skrip telefilem ini.

"Dia lebih faham selok belok industri jadi wajarlah dia ambil bahagian ini. Saya dan Farish tak berlakon sepenuhnya dan hanya muncul sebagai cameo kerana kami banyak memainkan peranan di belakang tabir dalam pengurusan. Intan pula bertindak sebagai pelakon. Jadi, masing-masing sudah ada tanggungjawab sendiri yang perlu dipikul.

"Kami usulkan beberapa skrip kepada Astro dan nampaknya mereka suka dengan telefilem ini. Ia berlatar masyarakat sekarang yang bergenre serius. Tapi ceritanya tak terlalu berat dan boleh ditonton semua golongan. Konflik yang ditampilkan pasti menambat hati untuk penonton menyaksikannya hingga akhir," katanya.

Sari Yanti, ibu kepada dua anak, Barr Al-Aliy, 3, dan Basit Al-Haq, 2, kini mengurangkan aktiviti lakonan kerana menumpukan perhatian kepada rumah tangga. Bagaimanapun, sesekali dia tetap menerima tawaran berlakon dan terbaru lakonannya dapat disaksikan menerusi drama Geng Kampung Pisang yang disiarkan menerusi TV3.

Bagi Farish pula, Pengancam Perkahwinan adalah projek pertamanya dengan Sari Yanti dan Intan Ladyana. Sebelumnya dia pernah menjalinkan kerjasama dengan Tam menerusi syarikat mereka, Chantique Pictures menerbitkan drama Cheritera yang pernah disiarkan menerusi TV3 pada 2010.

"Inilah kali pertama kami berempat bergabung. Matlamat utamanya memanglah nak cari untung, namun kami juga nak eratkan lagi hubungan yang sudah lama terjalin. Senang apabila timbul masalah kerana kami boleh terus bercakap tanpa simpan dalam hati. Tambahan pula kami berada dalam bidang yang sama.

Kata Farish, mereka lega kerana Astro memberi perhatian terhadap kertas cadangan mereka. Daripada tujuh skrip yang dihantar, Astro menunjukkan minat terhadap lima darinya. Segala idea untuk skrip datang daripada Tam.

"Tam memang banyak bagi cadangan untuk projek ini. Bagaimanapun bagusnya dia sedia mendengar cadangan dan komen daripada rakan bagi mencantikkan lagi drama kami. Insya-Allah telefilem ini adalah permulaan daripada kami dalam industri," katanya.

Sementara itu Tam berkata, dia mula menulis skrip telefilem ini pada pertengahan tahun lalu. Apabila Astro menunjukkan minat, dia segera menghubungi rakan lain dan gembira apabila mereka bersetuju untuk bergabung tenaga menerbitkannya.

"Saya buat skrip ini berdasarkan kisah orang perempuan yang walaupun rapat sesama sendiri, tapi tetap mempunyai sikap irihati. Walaupun bendanya kecil, tapi dianggap serius sehingga menjadi besar. Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tapi penuh dengan mesej.

"Pelakon yang dipilih berlakon pula dipilih secara bersama oleh kami. Kebanyakan mereka adalah kawan kami juga. Inilah untungnya kawan kerana mudah untuk bekerjasama. Apapun rata-rata pelakon yang berlakon adalah pelakon berpengalaman," katanya.

Bersandarkan pada hubungan ini, Tam mudah untuk menegur lakonan setiap orang tanpa ada yang terasa hati. Dia juga gembira walaupun penggambaran berjalan pada bulan puasa, setiap pihak memberikan kerjasama yang baik untuk projek mereka ini.

Pengancam Perkahwinan mengisahkan mengenai dua sahabat baik sejak di bangku sekolah. Bagaimanapun, kerana sikap ego dan cemburu masing-masing yang tinggi mereka bertukar menjadi seteru.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02

Advertorial: Debaran menjelang Anugerah Lawak Warna

Posted: 01 Aug 2013 06:52 AM PDT

Hanya tinggal dua minggu sebelum berlangsungnya malam yang paling dinantikan ramai. Anugerah Lawak Warna, anjuran Astro Warna, yang julung kalinya diadakan tahun ini melakar sejarah sendiri apabila dilihat memberi pengiktirafan eksklusif buat karya-karya dan para penggiat seni dalam bidang komedi.

Sebanyak 15 Anugerah Terbaik, empat Anugerah Popular dan satu anugerah Khas Juri bakal menjadi rebutan. Anugerah Terbaik akan dinilai juri profesional sementara Anugerah Popular memberi ruang kepada para peminat untuk mengundi calon-calon yang dirasakan paling layak menyandang gelaran terbaik itu.

Antara kategori yang dipertaruhkan dalam Anugerah Terbaik termasuk Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Terbaik (TV dan Filem), Siri TV Komedi Terbaik, Siri Komedi Kanak Kanak TV Terbaik, dan Pengarah Komedi TV / Filem Terbaik.

Nama-nama yang berjaya menempatkan diri di dalam Top 5 terdiri daripada Zizan ('Hantu Kapcai'), Johan ('Ponti vs Orang Minyak'), Shaheizy Sam ('Adnan Sempit 2'), Along ('Adnan Sempit 2'), Que Haidar ('Rock Oo'), Intan Ladyana ('Adnan Sempit 2'), Sharifah Amani ('Ponti vs Orang Minyak'), Lisa Surihani ('Istanbul Aku Datang'), Yana Shamsudin ('Wawa Semput'), Sharifah Shahira ('Ponti vs Orang Minyak'), Johan (Super Spontan), Yus Jambu (Karoot Komedia), Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar), Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi), Saiful Apek (Syok: Balik Balik Rempit), Susan Lankaster (Keluarga Iskandar), Scha Al Yahya (Jodoh), Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV), Norkhiriah (Mak Sanggup) dan Sheila Mambo (Kampung Semarah Padi).


Bermula dengan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 di dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular diikuti pula Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2 tempoh hari, nama Zizan Razak semestinya antara calon 'favourite' untuk menang besar di Anugerah Lawak Warna.


Tercalon di dalam tiga kategori sekaligus muncul sebagai nama dengan pencalonan paling banyak - Pelakon Komedi Lelaki Terbaik, Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri) dan Artis Lawak Lelaki Paling Popular (berdasarkan undian SMS) - Zizan sudah pastinya membawa harapan yang tinggi saat melangkah masuk ke Istana Budaya pada 16 Ogos nanti. Begitu juga para peminat tegarnya. Tidak mustahil jika Zizan pulang pada malam itu dengan menggengam dua trofi Anugerah Lawak Warna.

Namun, jangan begitu cepat mengenepikan saingan seperti Johan, Shaheizy Sam, Que Hadar, Along, Dato' AC Mizal, Jeb Sepah dan Yus Jambu. Masing-masing mempunyai aura mereka tersendiri dan bakat yang dimiliki cukup setanding dengan Zizan.

Di dalam kategori wanita pula, jika hendak dipilih satu 'hot favourite' semestinya Yana Shamsudin untuk Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) dan Norkhiriah untuk Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV).

Seperti Zizan, Yana sebelum ini juga telah diiktiraf sebagai Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2012 dan Anugerah Heroin Terhebat di Anugerah Blokbuster 2. Tetapi pilihan juri, siapa tahu? Lebih-lebih lagi bila melihat pada finalis lain yang tak kurang mantapnya iaitu Sharifah Shahira, Lisa Surihani, Sharifah Amani dan Intan Ladyana.

Begitu juga kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) dimana setiap mereka mempunyai sentuhan lawak 'signature' sendiri. Norkhiriah bakal bersaing dengan Susan Lankaster, Scha Al Yahya, Jasmin Hamid dan Sheila Mambo.

Untuk Filem Komedi Terbaik, filem-filem yang tercalon - 'Adnan Sempit 2', 'Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit', 'Pontianak Vs Orang Minyak', 'Rock Oo' dan 'Istanbul Aku Datang' - sudah membuktikan kehebatan mereka dari segi kutipan di panggung. Tetapi untuk menobatkan hanya satu sebagai yang terbaik, ia bukan perkara yang mudah.

Setiap karya yang dipertandingkan mempunyai rencah yang mencukupi selain di barisi pemain-pemain yang hebat di bawah arahan pengarah berkaliber. Siapa yang akhirnya menjadi pilihan juri, kita harus tunggu jawapannya di malam kemuncak nanti.

Anugerah Popular mempertandingkan empat kategori iaitu Artis Lawak Lelaki Paling Popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular, Segmen Komedia Radio Popular dan Video Viral Paling Original.

Cara mengundi cukup mudah. Taip ALWKod Mengundi atau ALWKod Mengundi untuk (3/5/10 undian) ke 32777. Contohnya, ALW A1 ke 32777. Jika anda ingin menyumbang 20 undian kepada finalis kesayangan anda, taip ALW20Kod Mengundi ke 32777.

Calon-calon bagi setiap kategori dan Kod Mengundi mereka boleh didapati di laman web rasmi Anugerah Lawak Warna di www.AnugerahLawakWarna.com.my. Tetapi perlu diingatkan, kadar premium untuk setiap undian adalah sebanyak RM0.50. Kadar telco tertakluk. Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my.

Undian sudah dibuka bermula 15 Julai dan hanya akan ditutup pada malam Anugerah Lawak Warna, iaitu 16 Ogos nanti. Jadi, jika anda belum mengundi, tunggu apa lagi? Kuasa di tangan anda!

Dengan SINAR fm sebagai radio rasmi, Anugerah Lawak Warna dijangka berlangsung dalam suasana penuh berprestij bertempat di Istana Budaya dan diacarakan oleh Dato' AC Mizal pada 16 Ogos. Tetapi anda juga boleh menyaksikan majlis tersebut menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.

Untuk maklumat lanjut tentang Anugerah Lawak Warna, layari www.AnugerahLawakWarna.com.my


Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/01

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat