{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Uqasha perlu masa kenali Pekin

Posted:

Uqasha perlu masa kenali Pekin

Uqasha perlu masa kenali Pekin

BUKAN gimik untuk melariskan jualan filem atau promosi murahan Paku Pontianak, tapi hakikatnya seperti diakui sendiri oleh kedua-dua pelakon utama filem itu, Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim, dari set penggambaran itu cinta mereka mula berputik.

Penggambaran filem arahan Ismail Bob Hashim yang dijalankan sekitar bulan Februari lalu singkap Uqasha, membuatkan hatinya terbuka untuk menerima Pekin sebagai lelaki paling rapat dalam ruang peribadinya.

Jelas Uqasha lagi, bukan niat mahu menabur promosi percuma lantaran kisah sensasinya bersama Pekin namun hubungan yang terjalin dibiarkan berlangsung secara semula jadi.

"Mula-mula kenal kami tidak bercakap sangat, tambahan watak saya dalam filem Paku Pontianak banyak menuntut saya bermain emosi berbanding dialog.

"Namun, watak saya sebagai Melati merupakan isteri kepada pelakon utamanya iaitu Adam yang dilakonkan oleh Pekin. Secara tidak langsung kami perlu 'bercinta' dalam filem ini.

"Jujur saya akui pertama kali dijodohkan dalam filem ini kami masih malu-malu tapi lama-kelamaan kami semakin serasi dan banyak berbincang untuk menjayakan watak masing-masing. Sejak itu kami selesa bersama dan hubungan kami mesra seperti mana sekarang," ulas Uqasha bersimpul malu.

Pekin dalam hati

Uqasha, 21, yang ditemui pada majlis pelancaran filem Paku Pontianak di Sunway Pyramid, Selangor malam kelmarin mengakui dia agak terkejut apabila kisahnya bercinta dengan Pekin menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, ujar pelakon kelahiran Kelantan itu dia masih belum terbuka untuk membicarakan kisah cinta dengan lebih mendalam termasuk berkongsi perancangannya bersama Pekin pada masa akan datang.

"Saya berikan tempoh setahun untuk perhubungan kami dan syukur alhamdulillah majlis merisik pada bulan Julai lalu berjalan lancar walaupun majlis itu umpama satu kejutan besar buat saya.

"Masing-masing sibuk bekerja dan saya enggan memberikan tekanan terhadap hubungan kami," tambah kakak kepada pelakon manis Nelydia Senrose itu.


UQASHA enggan memberikan tekanan terhadap hubungannya yang kini terjalin dengan Pekin.


Uqasha menyifatkan Pekin, 32, seorang lelaki yang serius dan tegas dalam membuat keputusan namun masih punyai kelembutan dalam hati. Malah kata Uqasha, Pekin juga sebenarnya seorang peramah dan pandai menghormati orang yang lebih tua.

Kualiti itu yang mengikat kesetiaan Uqasha terhadap Pekin dan turut mengakui kini sudah semakin rapat dengan keluarga pelakon lelaki itu.

Menjawab soal kahwin atau perancangannya bersama Pekin, Uqasha memberikan kesimpulan ringkas. Katanya: "Senang untuk berkahwin tapi saya tidak tahu lagi komitmen dia (terhadap hubungan), saya memerlukan masa untuk lebih mengenali Pekin."

Status Instagram

Kosmo! turut mendapatkan penjelasan Uqasha mengenai sekeping gambar berisi sepotong puisi di laman Instagram miliknya yang dimuat naik sebelum majlis merisik beberapa bulan lalu yang berbunyi seakan-akan kecewa dengan hubungan cintanya.

"Saya ketika itu sedang sibuk dengan penggambaran dan sedikit tertekan jadi status itu bukan ditujukan kepada sesiapa sebaliknya berkongsi masalah peribadi.

"Tidak dinafikan setiap hubungan cinta pasti akan berdepan dengan konflik tapi status itu bukan kerana masalah cinta," tegasnya.

Dalam pada itu, ditanya akan keterbukaan Uqasha berkongsi kisah cinta dan foto-foto bersama Pekin di laman-laman sosial antaranya Instagram dan Twitter, jelas pelakon itu lagi tidak salah untuk dia berkongsi perkara positif.

"Perkara-perkara baik tidak salah untuk dikongsikan dan perkara negatif atau boleh mengundang fitnah rasanya tidak perlu. Masyarakat kita suka mendengar tapi tidak suka menolong," katanya.


BARISAN pelakon filem Paku Pontianak bersama penerbit, David Teo.


Diraba pengkid

Sementara itu, Uqasha turut menjawab kontroversi dia diraba oleh pembantu peribadinya yang merupakan seorang pengkid ketika menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Susulan kejadian memalukan itu, pembantu peribadi yang baru hari pertama memulakan tugas bersama Uqasha dipecat serta-merta bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Ketika kejadian saya tertidur dalam kereta sewaktu perjalanan ke lokasi penggambaran, apabila tersedar saya dapati dia (pembantu peribadi) sedang meraba tubuh saya.

"Saya mengenali dia menerusi beberapa orang teman artis yang pernah bekerja bersama dia sebelum ini dan sama sekali tidak menyangka perkara ini terjadi kepada saya.

"Enggan memperbesar-besarkan isu ini, saya terpaksa pecat dia dengan amaran agar tidak melakukan perkara yang sama lagi selepas ini," jelas Uqasha.

Di sebalik tirai perkahwinan Byung-hun, Min-jung

Posted:

Di sebalik tirai perkahwinan Byung-hun, Min-jung

Di sebalik tirai perkahwinan Byung-hun, Min-jung


SELEPAS berkahwin, pasangan pengantin ini menetap di kediaman baharu mereka di Gwangju.


"SEBAGAI pelakon, saya banyak belajar daripada dia," ujar aktres jelita Korea Selatan, Lee Min-jung tentang suaminya, aktor kacak, Lee Byung-hun yang dikahwininya pada 10 Ogos lalu.

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama majalah Elle untuk edisi September itu, Min-jung turut bercerita tentang kisah di sebalik tirai perkahwinannya itu.

Min-jung mengakui bahawa dia kurang gembira selepas membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Byun-hun dalam temu bual bersama majalah yang sama tetapi untuk edisi Ogos.

"Saya akui tidak faham kenapa perlu membuat lamaran terhadap bakal isteri saya sebelum kami berkahwin," ujar Byun-hun dalam temu bual tersebut.

Namun tegas Min-jung, dia terharu apabila Byung-hun membuat lamaran di hadapan keluarganya yang berjaya menyentuh hati dan perasaannya.

"Saya dapat rasakan perasaan dan isi hatinya yang penuh ikhlas ketika dia melamar saya. Saya tidak dapat menahan diri daripada mengalirkan air mata terharu," ungkapnya.

Menerusi Elle edisi September itu, temu bual bersama Min-jung akan turut dihiasi dengan foto-foto menarik sekitar perkahwinannya dengan Byung-hun itu.

Pada sidang akhbar majlis perkahwinannya sebelum ini yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Seoul, Byun-hun mengakui dia tidak banyak masa untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dihadiri kira-kira 900 orang tetamu itu.

Ia adalah ekoran dirinya yang sibuk dengan jadual promosi filem Hollywood terbaharu lakonannya, Red 2 serta komitmennya untuk filem lakonannya selepas ini iaitu Memories of the Sword.

Namun, Byun-hun berikrar akan menjadi suami yang setia kepada Min-jung.

"Saya akan setia hanya kepada Min-jung seorang," ujarnya yang berbulan madu bersama isterinya itu di kepulauan Maldives.

Sementara ulas Min-jung: " (Selepas berkahwin) saya dan suami akan berpindah ke kediaman baharu kami di Gwangju yang terletak di Daerah Gyeonggi."

Apabila ditanya tentang bilangan bakal anak mereka, Min-jung sekadar berkata: "Saya dan Byung-hun belum berbincang tentang bilangan anak.

"Namun, ia merupakan suatu kurniaan yang tidak terhingga sekiranya kami dikurniakan zuriat, tidak kira berapa bilangannya."

Afiq tak jejaskan produksi Zaiton

Posted:

Afiq tak jejaskan produksi Zaiton

Afiq tak jejaskan produksi Zaiton

Oleh HARYATI KARIM

DI SEBALIK kontroversi perselisihan faham Afiq dengan ibunya, dia kekal menjadi artis residen syarikat produksi milik Zaiton, Global Station.


SELEPAS berjaya dengan drama bersiri Adam & Hawa, penerbit drama Datin Zaiton Mohd. Jiwa menerusi syarikat produksinya, Global Station bakal menerbitkan sekuel Adam & Hawa versi filem.

Menurutnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitrinya baru-baru ini, sekuel tersebut dibikin daripada novel terbaharu Adam & Hawa dan bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

"Ingin saya tekankan Adam & Hawa versi filem merupakan sambungan daripada drama bersiri Adam & Hawa kerana pihak produksi mengambil jalan cerita daripada novel terbaharu Adam & Hawa.

"Pelakon utamanya masih dikekalkan orang yang sama, cuma saya masih mencari pelakon pembantu yang sesuai," tuturnya.

Ujarnya, selain filem Adam & Hawa, Global Station juga sibuk dengan proses terakhir filem Manisnya Cinta yang juga diadaptasi daripada novel popular.

Filem arahan Bernard Chauly itu menelan belanja sebanyak RM1.5 juta dan menjalani penggambaran di Turki meskipun latar dalam novel itu adalah Mesir.

"Kalau ikutkan dalam novel itu, latarnya adalah bumi Mesir tetapi waktu itu Mesir sedang bergolak, jadi kami dinasihatkan oleh pihak kedutaan supaya mencari lokasi lain yang lebih selamat.

"Selepas berfikir, kami memilih Turki kerana banyak tempat menarik di sana selain proses penggambaran berjalan lebih mudah," kata Zaiton tentang filem lakonan Fazura dan Shaheizy Sam itu.

Tidak hanya filem, Global Station juga bakal memulakan penggambaran drama 13 episod yang berjudul Projek Memikat Suami.

Jelas Zaiton, pihaknya bukan tidak mempunyai idea baharu dan mengambil jalan pintas dengan mengadaptasi naskhah daripada novel popular, namun sebagai penerbit, dia melihat perkara itu merupakan trend yang diminati penonton.

"Sebagai penerbit saya juga tidak mahu rugi, tambahan pula naskhah yang diangkat daripada novel mempunyai pengikut yang ramai.

BAKAL dapat menantu. Zaiton di samping anaknya, Zetty Adila.


"Tugas saya sebagai penerbit ialah memilih naskhah yang benar-benar sesuai untuk diadaptasi ke drama mahupun filem.

"Bukan semua novel sesuai kerana durasi drama dan filem lebih singkat daripada membaca sebuah novel," tegasnya.

Dalam pada itu, Zaiton turut ditebak tentang kedudukan artis residen Global Station, Afiq Muiz yang mencetuskan kontroversi apabila berselisih faham dengan ibunya sendiri.

Ulas Zaiton, meskipun Afiq terlibat dengan kontroversi tersebut tetapi sehingga bulan Februari tahun hadapan, pelakon muda itu masih kekal menjadi artis residen Global Station mengikut kontrak yang telah ditandatangani.

"Mengikut kontrak, Afiq masih sah sebagai artis residen. Sejak kontroversi tersebut, memang kerjaya Afiq agak perlahan tetapi kami tidak ada sebarang masalah dengannya.

"Jika pihak stesen televisyen membenarkan Afiq muncul di layar kaca, dia akan terlibat dengan drama-drama seperti biasa," tuturnya.

Meskipun begitu, Zaiton menjelaskan produksinya langsung tidak terjejas dengan kontroversi yang melanda Afiq.

"Saya memilih Afiq untuk menjadi artis residen syarikat kerana merasakan dia mempunyai potensi yang besar.

"Lagipun dia sudah terlibat dengan beberapa buah drama terbitan Global Station. Disiplinnya juga bagus.

"Kontrak ditandatangani sebelum kontroversi tercetus, saya sendiri tidak menjangkakan perkara sedemikian akan berlaku.

"Apa yang saya harapkan dia dapat selesaikan masalahnya secepat mungkin," katanya.

Selain rumah terbuka, pada hari yang sama, Zaiton yang juga kakak ipar kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu turut mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya Zetty Adila, 27, dengan pasangannya Dziya Syazwan, 28, yang diadakan di kediamannya di Ampang, Selangor.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat