{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Rock alternatif masih relevan

Posted:

Rock alternatif masih relevan

Rock alternatif masih relevan

MEMANG benar, kegilaan terhadap muzik nu metal dan rap rock sudah tenggelam menyebabkan band umpama Limp Bizkit yang pernah mencipta fenomena sekitar tahun 1990-an, hanya tinggal kenangan.

Bagaimanapun, irama 'mesra telinga' produk muzik Linkin Park masih menyelongkar sisi sensitif pendengar masa kini.

Sebabnya mudah, lagu-lagu mereka masih 'panas' dan dibikin teliti. Lirik mereka biarpun gelap tapi dijalin bijak. Suatu kombinasi rap, rock dan elektronik memisahkan mereka daripada kelompok seusia, namun memuaskan kelompok pendengar secara umumnya.

Untuk apa juga alasan, keenam-enam anggota Linkin Park, Chester Bennington (vokalis), Mike Shinoda (vokal dan gitar), Rob Bourdon (dram), Brad Delson (gitar), Dave Farrell (bass) dan Joe Hahn (DJ) masih berjaya mencipta pengaruh kepada khalayak peminat, bukan saja wanita, bahkan golongan lelaki.

Buktinya kejayaan konsert 90 minit Linkin Park Living Things World Tour di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam Isnin lalu bukan satu kebetulan.

Berhujan berpeluh


LINKIN PARK


Aksi pertama dibuka cemerlang oleh Chester Bennington bersama tenaga luar biasa menerusi Tinfoil yang merupakan lagu pengenalan daripada album studio kelima dan terbaharu Linkin Park, Living Things.

Kadar jeritan vokal impresif dan konsisten Chester dilanjutkan menerusi lagu-lagu hit yang turut dipetik daripada album-album sebelum ini. Antaranya Faint, Papercut, Given Up, Somewhere I Belong, Points of Authority, Breaking The Habit, The Catalyst, One Step Closer dan Numb.

Daripada 21 buah lagu, enam dipetik daripada album Living Things yang dilancarkan tahun lalu. Ia termasuklah Victimized, Lies Greed Misery, Lost In The Echo dan Burn It Down.

Tidak cukup menggamatkan suasana yang diiringi hujan renyai pada awal malam Isnin lalu, lagu In The End dan Bleed It Out menutup tirai persembahan memukau Linkin Park kali ini.

Bersahut lirik yang dinyanyikan bersama 20,000 penonton yang membanjiri stadium itu, Chester menyifatkan konsert yang menutup siri jela- jah Asia tahun ini sebagai suatu kejayaan besar baginya.

"Selepas 10 tahun, kami kembali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur dan anda memang terbaik! Malam ini sungguh istimewa bagi kami dan amat seronok untuk bertemu kalian.

"Bukan sahaja gembira dapat kembali ke sini tapi anda semua sebenarnya telah melengkapkan perjalanan siri jelajah kali ini dan ini adalah konsert terakhir kami buat tahun ini," katanya.

Linkin Park Living Things World Tour Live in Malaysia sebelum ini telah singgah ke beberapa destinasi terkenal lain antaranya Hong Kong, Filipina, Jepun, Australia dan Taiwan sebelum bertitik noktah di bandar raya Kuala Lumpur.

Malah, konsert yang dianjurkan oleh Wonderland+ dan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melakar sejarah apabila 5,000 pelancong asing hadir sama memeriahkan malam kemuncak itu.


KEMUNCULAN Linkin Park di Kuala Lumpur kali ini telah menarik minat 20,000 penonton yang membanjiri lokasi konsert mereka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam Isnin lalu.


Kekal dengan susunan muzik asal, harus diakui bahawa stamina Chester melaungkan vokal yang disifatkan sesetengah peminat dari dasar jantung itu sepanjang konsert tanpa henti, perlu diberikan pujian.

Mana tidaknya, kualiti vokal padu yang dikekalkan sepanjang hampir dua dekad menyonsong arus muzik nu metal itu masih gagal ditandingi oleh mana-mana band arus perdana.

Getaran positif

Beralih pada keunggulan album kelima Linkin Park, Living Things yang mengambil masa hampir 18 bulan untuk disiapkan itu diertikan sebagai permulaan baharu band itu.

Ujar Chester, album itu berkisar kemanusiaan dan interaksi personal. Berbeza sebenarnya daripada album-album mereka sebelum ini.

"Kami sudah bertemu kekuatan kali ini dan ia merupakan fasa prolifik untuk band ini. Kami menemui kedudukan yang mana setiap ahli kumpulan kami berpuas hati dan suara masing-masing didengari.

"Seperkara saya dan Mike bincangkan ketika awal penulisan lagu untuk album kelima ini adalah kami mahu memfokuskan tempo.

"Namun, sisi gelap kami tetap dikekalkan dan peminat pasti boleh temuinya. Album ini menceritakan getaran positif dalam situasi kegelapan, kami tidak mahu pendengar mengalami perasaan putus asa," kongsinya menerusi temu ramah bersama sebuah majalah antarabangsa beberapa bulan lalu.

Ditanya adakah gubahan tempo yang lebih tinggi berbanding album keempat mereka, A Thousand Suns (2008) diselarikan untuk tujuan persembahan secara langsung terutama konsert, Mike menganggukkan kepala.

"Ya, itu merupakan galakan utama kami. Kami percaya peminat yang datang menyaksikan kami sebenarnya mahu merasai tenaga daripada persembahan.

"Setiap rekod yang kami hasilkan, kami pilih lagu terbaik untuk latih tubi dan mengeluarkan peluh.

"Sepanjang dua album sebelum ini kami cuba untuk memecahkan kotak nu-metal.

"Senang untuk mengkategori- kan kami berdasarkan album Hybrid Theory dan Meteora tapi kami tahu kami boleh menghasilkan lebih daripada itu dan sekarang kami sudah menemui resipi terbaik kami," kongsinya.

Mesej

Berkenaan perubahan fasa cetusan lirik untuk album kelima Linkin Park, tambah Chester, mereka kembali menilai prinsip kemanusiaan untuk disampaikan secara mesej dalam lagu.

"Kami banyak menulis lirik mengenai perhubungan. Kami bukan band politik tapi lebih pada minda sosial.

"Tujuan sekarang adalah cuba mencari perkara di dunia yang kami mahu melihatnya lebih mendalam iaitu kemanusiaan," kata Chester.

Berbalik kepada sejarah asal penubuhan Linkin Park, band itu pada mulanya menggunakan nama Xero pada tahun 1996 sebelum dianggotai Chester dan ketika itu mereka cuma menghasilkan empat buah tape demo.

Selepas Chester menyertai angkatan muzik itu, mereka menukarkan nama kepada Hybrid Theory dan merakamkan EP Hybrid Theory sekitar tahun 2000.

Atas alasan konflik persamaan nama dengan kumpulan muzik elektronik Britain, Hybrid, mereka sekali lagi mengubah nama band itu kepada Linkin Park sempena penghormatan untuk Lincoln Park yang terletak di Santa Monica, California, Amerika Syarikat.

Saya sedar diri! – Que Haidar

Posted:

Saya sedar diri! – Que Haidar

Saya sedar diri! – Que Haidar

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


QUE HAIDAR ternanti-nanti untuk berlakon di bawah arahan pengarah filem Bunohan, Din Said.


AKTOR terkenal, Que Haidar dan Khir Rahman telah memukau ramai peminat sewaktu mereka menyanyi secara langsung ketika mengadakan persembahan di pentas majlis Anugerah Lawak 2013 yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

Gaya persembahan mereka mirip penyanyi profesional dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton meski- pun persembahan itu hanyalah tribute khas untuk filem lakonan mereka, Rock Oo.

Bertemu dengan Que selepas majlis anugerah tersebut selesai, suami kepada pereka tari, Linda Jasmine itu hanya tertawa apabila ramai yang memuji persembahannya. Namun kata Que, dia langsung tidak berniat untuk menjadikan nyanyian sebagai kerjayanya.

"Saya sedar diri, ramai lagi penyanyi yang bagus. Sebenarnya saya malu untuk jadi penyanyi kerana itu bukanlah bidang saya walaupun saya boleh menyanyi sikit-sikit.

"Persembahan saya bersama abang Khir Rahman pada majlis ini sebenarnya hanya untuk filem Rock Oo. Saya tidak keberatan kerana kami berdua di atas pentas bukan sebagai diri kami sendiri, sebaliknya watak yang dijayakan dalam filem," katanya.

Tambah Que, keberaniannya untuk menyanyi secara langsung itu timbul bukan untuk menunjukkan bakat nyanyian semata-mata, sebaliknya memberi momentum kepada peminat filem tersebut.

"Mula-mula takut juga sebab kami hanya jalani latihan sehari sebelum persembahan tetapi bila difikirkan balik, persembahan ini bagus untuk mengingatkan peminat pada filem Rock.

"Selepas filem Rock, Rock Oo, pengarah Mamat Khalid akan membikin filem Rock 3 selepas ini. Kami baru sahaja berbincang dan akan menjalani penggambaran tidak lama lagi," ujarnya yang memegang watak sebagai Amy Mat Piah dalam filem itu.

Walaupun tidak terfikir untuk bergelar penyanyi, Que dan kumpulan Rimba Bara (kumpulan di dalam filem Rock) pernah mengadakan persembahan pada majlis makan malam.

"Lucunya, ada orang tawarkan kami buat persembahan selepas filem Rock Oo ditayangkan (ketawa). Saya dan kumpulan Rimba Bara ada membuat persembahan pada majlis makan malam dan kami mendendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang ditukar kepada genre rock.

"Sekadar suka-suka bolehlah tetapi kalau ada orang tawarkan kumpulan Rimba Bara untuk buat persembahan secara serius, saya rasa tidak mungkin sebab kami semua pelakon bukannya penyanyi dan pemuzik," balasnya.

Namun kata Que, dia hanya bersetuju untuk menyanyi jika melibatkan filem lakonannya.

"Saya akan menyanyi jika tawaran itu datang untuk lagu runut bunyi filem yang saya lakonkan atau apa sahaja yang melibatkan kerjaya saya sebagai pelakon," balasnya.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjayanya, selain filem Rock 3, Que terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Budak Johor dan sedang menantikan tawaran daripada pengarah filem Bunohan, Din Said.

"Sepatutnya saya terlibat dalam filem Bunohan tetapi ketika waktu penggambaran, jadual saya tidak mengizinkan. Jadi, abang Din Said sendiri berkata dia berhutang satu filem dengan saya.

"Sebagai pelakon, bagi saya dia seorang pengarah yang hebat dan sangat kreatif. Biarpun agak lambat dan menunggu lama, saya pasti hasil karyanya tidak pernah mengecewakan pencinta seni seperti saya," tuturnya yang masih sibuk di bengkel lakonan yang diusaha- kan bersama isterinya.

Jodoh segera Black

Posted:

Jodoh segera Black

Jodoh segera Black

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


FIGURA ini bakal muncul dengan single terbaharu berjudul, Si Merah Si Putih.


PENYANYI Black Mentor yang kini ingin dikenali sebagai Black Hanifah telah mengumumkan tarikh perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Walaupun berdebar-debar, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, menjelaskan, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada bakal isterinya, Naquira Yasirah Mohd. Khairi, 28.

Mereka melangsungkan pertunangan pada 26 Januari lalu selepas dua bulan berkenalan.

Tidak menafikan terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapinya sepanjang tempoh pertunangan seperti gosip putus tunang, disihir dan terbaharu ditipu perunding perkahwinan sebanyak RM15,000.

Enggan mengulas lanjut tentang kes yang masih dalam siasatan pihak polis itu, Black kini hanya memberi fokus kepada majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tiga hari berturut-turut iaitu majlis pernikahan (13 September), majlis resepsi (14 September) kedua-duanya di Zebra Square manakala majlis keraian untuk peminat diadakan di Padang PPR Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk peminat (15 September).

Ikuti temu bual bersama Black yang ditemui pada majlis sidang akhbar majlis perkahwinannya di Zebra Squre baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah keistimewaan bakal isteri sehingga Black bersedia untuk berkahwin walaupun baru berkenalan selama dua bulan?

BLACK: Saya berkawan dengan ramai orang. Begitu juga dengan bakal isteri tetapi dia sangat istimewa di hati saya kerana dia mengenali saya pada mulanya sebagai Hanifah, bukannya penyanyi Black. Kami mengambil keputusan untuk bertunang selepas dua bulan berkenalan dan terus membuat persiapan perkahwinan selepas itu.

Tidakkah perkahwinan ini dilihat seperti tergesa-gesa?

Saya percaya jodoh itu di bawah kuasa Allah. Ramai wanita yang saya kenal tetapi tidak ada seorang pun antara mereka yang sesuai dan memenuhi kriteria yang saya inginkan sebagai isteri. Semua kriteria itu ada pada Naquira. Kalau rasa sudah temui orang yang sesuai, buat apa tunggu lama-lama, lagipun kedua-dua belah keluarga kami merestui hubungan ini.

Bagaimanakah anda berdua berkenalan?

Saya berkenalan dengannya di Dataran Merdeka menerusi kekasih kepada rakan saya. Pada mulanya, saya ingat dia kenal saya sebagai penyanyi Black dan akan terkejut berjumpa dengan saya tetapi bila berjumpa dengannya saya yang terkejut sebab dia langsung tidak kenal saya (ketawa). Dia tidak mengikuti perkembangan muzik tempatan kerana ketika itu baru pulang daripada belajar di Melbourne, Australia selama tiga tahun.

Selepas mengetahui status anda sebagai penyanyi popular, bagaimana penerimaannya?

Dia seorang yang ringkas dan bapa saudaranya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pula merupakan suami kepada aktres Datin Paduka Umie Aida. Jadi, dia dan keluarganya sudah terbiasa dengan kerjaya saya sebagai penyanyi serta perhatian yang diberikan orang ramai.

Selepas ditipu perunding perkahwinan, bagaimanapun perkembangan persiapan perkahwinan anda?

Sebelum ini saya buat semua sendiri tetapi nampaknya tidak menjadi. Sekarang semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan saya iaitu The 8 Unit bermula bulan lepas. Terdapat tajaan daripada beberapa pihak. Jumlah kos tajaan yang saya terima biarlah saya sendiri sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakan, saya bekerja keras mengumpul wang bagi majlis perkahwinan ini.

Khabarnya anda bakal mendendangkan lagu khas pada majlis perkahwinan untuk bakal isteri bolehkah dikongsi?

Ya, sebenarnya lagu itu kejutan untuknya dan merupakan single terbaharu saya. Judulnya Si Merah Si Putih yang dicipta oleh komposer Ajai. Saya akan merakamkan lagu itu tidak lama lagi dan menyanyikan lagu itu buat pertama kali pada majlis perkahwinan saya.

Adakah anda sudah merancang lokasi berbulan madu?

Belum lagi tetapi saya sudah merancang selepas berkahwin saya ingin membawa isteri dan kedua ibu bapa saya menunaikan umrah. Rasanya cara itu lebih afdal, selepas itu barulah saya fikirkan destinasi bulan madu untuk kami berdua.

Sudahkah anda bersedia untuk menjadi suami orang?

Memang saya sudah bersedia. Saya telah menghadiri kursus perkahwinan dan banyak membaca buku tentang ilmu rumah tangga. Saya sedar tanggungjawab seorang suami sangat besar dan saya bersedia untuk belajar menjadi seorang suami yang baik.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat