Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Tesco hulur kasih sempena Ramadan
- Tradisi makan nasi daging dalam talam di Penaga
- Bakup 4 agih bubur lambuk pada hujung minggu
Tesco hulur kasih sempena Ramadan Posted: Tesco hulur kasih sempena RamadanCORINE (empat dari kanan) dan Lee Ann (tiga dari kanan) menyampaikan bubur lambuk kepada pelanggan Tesco dalam majlis Kasih Ramadan bersama anak-anak yatim di Tesco Rawang baru-baru ini. DIRAI. Seramai 120 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan diraikan Tesco dalam program Kasih Ramadan di Rawang, Selangor semalam. Tesco memperuntukkan sebanyak RM100 kepada setiap kanak-kanak tersebut untuk membeli keperluan hari raya mereka. Antara rumah kebajikan yang menerima bantuan itu ialah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya, Rumah Kasih Sayang, Rawang, Wisma Amal Cahaya Bistari, Selayang dan kanak-kanak dari Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pada majlis yang sama, Tesco turut menganjurkan pertandingan nasyid selain menyampaikan bubur lambuk kepada pelanggannya. Turut hadir pada program itu, Pengarah Operasi Runcit Tesco, Umi Kalsom Supni; Pengarah Stor Sentral Tesco, Corine Boudville dan Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco, Low Lee Ann. |
Tradisi makan nasi daging dalam talam di Penaga Posted: Tradisi makan nasi daging dalam talam di PenagaTETAMU yang hadir dihidangkan dengan nasi daging dalam talam yang menjadi tradisi berbuka puasa di Masjid Jamek Penaga, Kepala Batas baru-baru ini. MERIAH. Pada bulan Ramadan, majlis berbuka puasa beramai-ramai bukanlah sesuatu yang asing di negara ini. Namun, menariknya di Masjid Jamek Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang penduduk di situ memilih untuk berbuka puasa beramai-ramai dengan hidangan nasi daging dalam talam. Majlis iftar anjuran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim itu berjaya menghimpunkan lebih 600 orang tetamu. "Sudah menjadi tradisi berbuka puasa di sini nasi daging dihidangkan di dalam talam yang dikongsi makan bersama-sama. Ia dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama penduduk," katanya. Selesai berbuka, tetamu yang hadir menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. |
Bakup 4 agih bubur lambuk pada hujung minggu Posted: Bakup 4 agih bubur lambuk pada hujung mingguHAMIR (belakang sekali) bergambar bersama sebahagian ahli Bakup 4 pada majlis memasak bubur lambuk di Ukay Perdana baru-baru ini. AGIH. Badan Khairat Kematian Ukay Perdana 4 (Bakup 4) mengadakan acara memasak bubur lambuk serta sup untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Ukay Perdana, Ampang, Selangor baru-baru ini. Pengerusi Bakup 4, Hamir Mohd. Marican berkata, acara itu diadakan pada setiap hujung minggu pada bulan Ramadan ini. Tambah Hamir, selain itu, pihaknya turut menyediakan beberapa jenis juadah berbuka puasa dalam kalangan ahli Bakup 4. "Sempena Ramadan penduduk Ukay Perdana 4 mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim dengan pelbagai aktiviti termasuk memasak bubur lambuk pada setiap hujung minggu. "Majlis berbuka puasa beramai-ramai juga diadakan atas sumbangan orang perseorangan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |