Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Jamuan Hari Raya Aidilfitri ADUN Lumadan meriah
- Menteri Besar Johor anjur rumah terbuka kali kedua
- Muip hulur bantuan Aidilfitri kepada golongan mualaf
Jamuan Hari Raya Aidilfitri ADUN Lumadan meriah Posted: Jamuan Hari Raya Aidilfitri ADUN Lumadan meriahKAMARLIN (lima dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri ADUN Lumadan di Kampung Gadong, Beaufort baru-baru ini. MERIAH. Ribuan pengunjung memeriahkan majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi di kediamannya di Kampung Gadong, Beaufort, Sabah baru-baru ini. Kemeriahan majlis itu terserlah apabila pengunjung termasuk kaum Cina, Kadayan dan Dusun mengambil kesempatan bertemu dan beramah-mesra. Antara makanan yang dihidangkan ialah kelupis, burasak, rendang ayam dan daging serta kuih-muih tradisional. Hadir sama menyerikan majlis tersebut adalah ADUN Kuala Penyu, Limus Juri dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih. |
Menteri Besar Johor anjur rumah terbuka kali kedua Posted: Menteri Besar Johor anjur rumah terbuka kali keduaMOHAMED KHALED (kiri) menyambut kedatangan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau di Stadium Tertutup MPPG, Pasir Gudang baru-baru ini. MERIAH. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut tidak ketinggalan menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Johor baru-baru ini. Ia merupakan rumah terbuka kedua Mohamed Khaled sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas menganjurkan rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru pada hari raya pertama. Menurut Mohamed Khaled, rumah terbuka terbabit diadakan bagi menghargai penduduk Johor terutamanya di Pasir Gudang yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau selain untuk merapatkan hubungan dengan rakyat. Pada majlis tersebut, pelbagai juadah tradisi Johor disediakan antaranya nasi beriani, soto, mi rebus, laksa johor, ketupat dan rendang istimewa. |
Muip hulur bantuan Aidilfitri kepada golongan mualaf Posted: Muip hulur bantuan Aidilfitri kepada golongan mualafWAN ABDUL WAHID (berdiri di kanan) menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat Orang Asli di Pekan baru-baru ini. BANTU MUALAF. Seramai 389 mualaf dalam kalangan masyarakat Orang Asli di daerah Pekan dibantu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di Pekan baru-baru ini. Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, bantuan tersebut bagi menceriakan masyarakat itu yang baru memeluk Islam selain membantu mereka melakukan persiapan menyambut Aidilfitri. Pada majlis berkenaan, golongan mualaf tersebut serta keluarga miskin di kawasan Parlimen Pekan menerima bantuan wang tunai serta barang keperluan. Wan Abdul Wahid menambah, masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam tergolong dalam kumpulan asnaf dan layak menerima bantuan Baitulmal setiap bulan bagi tempoh minimum tujuh tahun. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |