Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Polis tangkap pengurus resort
- Pegawai bank cedera selepas kereta dilanggar, dibom
- Kematian kerani tiada petunjuk
Posted: Polis tangkap pengurus resortOleh RADIAH SAORI
KOTA TINGGI – Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort tersebut pada Sabtu lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pusat peranginan tersebut pada kira-kira pukul 2 petang semalam. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain. Menurutnya, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes itu. "Kita akan mendapatkan perintah reman esok (hari ini) bagi membolehkan polis menjalankan siasatan. "Saya harap masyarakat setempat bersabar dan jangan mengeksploitasi isu ini," katanya dalam satu kenyataan semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pegawai bank cedera selepas kereta dilanggar, dibom Posted: Pegawai bank cedera selepas kereta dilanggar, dibomOleh MALINDA ABDUL MALIK BEGINILAH keadaan bampar kereta Honda Civic yang rosak selepas dilanggar dan dibaling bom di Love Lane, George Town semalam. GEORGE TOWN – Seorang lelaki berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan yang dipandu bukan sahaja dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang malah dilemparkan sebutir bom dipercayai buatan sendiri. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, Ong Kok Kwang, 23, bersama rakannya diekori MPV Nissan Grand Livina dari arah Lebuh Farquhar di sini. Kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pegawai bank dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menikmati makan tengah hari bersama rakannya. Bagaimanapun kereta Honda Civic yang dinaiki mereka dilanggar dari arah belakang beberapa kali oleh MPV yang dinaiki dua suspek itu ketika mereka berada di Love Lane. Menurut sumber, selepas melanggar kereta mangsa, seorang lelaki di tempat duduk penumpang telah membuka cermin MPV itu lalu melontar sesuatu disyaki bom buatan sendiri di bahagian bampar kereta mangsa. Suspek kemudian terus mengekori mangsa sehingga ke Jalan Burmah namun mereka berjaya meloloskan diri sebaik melihat kenderaan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kematian kerani tiada petunjuk Posted: Kematian kerani tiada petunjukOleh KHAIRI MOHAMAD PASUKAN penyiasat masih memeriksa kawasan kejadian yang mengorbankan Yusrizal (gambar kecil) akibat serangan di Taman Sri periok, Tumpat semalam. KOTA BHARU – Pasukan khas polis turun buat hari kedua ke lokasi kejadian kerani sekolah mati dibom di Taman Sri Periok, Tumpat kelmarin, namun setakat semalam mereka belum menemui apa-apa petunjuk mengenai motif kejadian tersebut dan siapa suspek yang terlibat. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasukan khas itu yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Sharifudin Yusof sedang melakukan siasatan secara menyeluruh mengenai motif, penglibatan pihak tertentu, sasaran dan sebagainya. Menurut beliau, semua aspek mengenai kejadian itu termasuk kemungkinan bom tersebut daripada jenis yang digunakan oleh pengganas di Selatan Thailand turut diteliti. "Kita sudah mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap lapan orang dewasa ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian dan menyiasat motif serta sasaran bom itu termasuk kemungkinan bom tersebut hanya bom ikan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |