Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Tiga kanak-kanak melecur dan buta
- PM mahu pelajar Malaysia selamat
- Felda D'Saji dibenar kembali beroperasi di Mekah
Tiga kanak-kanak melecur dan buta Posted: Tiga kanak-kanak melecur dan butaOleh ZULHILMI JALIL
PUCHONG – Kegembiraan tiga kanak-kanak bersaudara bermain mercun ketupat bertukar tragedi malam kelmarin apabila bungkusan besar mengandungi bahan berbahaya itu meletup dengan kuat setelah disambar api lilin yang terjatuh ke lantai. Peristiwa malang yang berlaku di sebuah rumah teres di Jalan PU/7B, Taman Tasik Prima Puchong di sini itu menyebabkan salah seorang mangsa, Aliea Alisyah Abd. Rahim, 8, buta mata kanannya. Keadaannya dilaporkan kritikal. Dua lagi saudaranya iaitu Nasha Nurkistina Zalmi, 13, dan Mohd. Fadzli Mohd. Yacob, 14, melecur pada muka dan badan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
PM mahu pelajar Malaysia selamat Posted: PM mahu pelajar Malaysia selamatSEBAHAGIAN pelajar Malaysia sedang mengulang kaji pelajaran secara bersama di Kaherah, Mesir kelmarin. KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tahap keselamatan para pelajar Malaysia di Mesir yang sedang bergolak kini menjadi keutamaan kerajaan. Perdana Menteri dalam tweetnya memberitahu, kerajaan akan mengambil segala langkah perlu untuk membawa para pelajar terbabit pulang ke tanah air dengan selamat. Najib semalam dilapor telah mengarahkan supaya persiapan dibuat bagi membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan di negara itu yang kini di ambang perang saudara. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Felda D'Saji dibenar kembali beroperasi di Mekah Posted: Felda D'Saji dibenar kembali beroperasi di Mekah
JEMPOL - Komitmen anak syarikat Felda berkaitan penyediaan makanan dan katering, D'Saji diperakui kerajaan Arab Saudi apabila diberikan kebenaran beroperasi semula di Tanah Suci Mekah sebaik mendapat rakan kongsi tempatan di negara itu. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, D'Saji sebelum ini terpaksa menghentikan operasinya berikutan syarat baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi supaya ia mendapatkan rakan kongsi tempatan bagi membolehkan operasinya diteruskan. "Ini satu perkembangan yang positif. D'Saji telah pun memenuhi syarat dan kehendak kerajaan Arab Saudi dan dibenarkan beroperasi selepas mendapat rakan kongsi tempatan di negara berkenaan. "Sekarang D'Saji telah pun beroperasi seperti biasa di negara tersebut, khususnya di Mekah," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Aidilfitri anjuran Parlimen Jempol di Dewan Feldajaya Selatan dekat sini kelmarin. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |