Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Kongsi mata ganjaran melalui kad Starbucks Posted: Kongsi mata ganjaran melalui kad Starbucks
PENGGEMAR jenama kopi terkemuka di Malaysia, Starbucks kini berpeluang berkongsi mata ganjaran mereka bersama keluarga atau orang tersayang melalui program My Starbuck Gift To You yang dilancarkan baru-baru ini. Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Sydney Quays berkata, pemegang-pemegang kad Starbucks sebelum ini diberikan mata ganjaran tertentu melalui pembelian produk-produk Starbucks. Katanya, melalui program terbaharu yang dilancarkan itu pemegang-pemegang kad kini boleh berkongsi mata ganjaran itu bersama keluarga atau orang tersayang menerusi sistem dalam talian. "Caranya mudah, mereka hanya perlu mengakses laman web Starbucks dan masuk ke akaun masing-masing sebelum memindahkan mata ganjaran yang diperoleh kepada sesiapa yang dikehendaki. "Si penerima kemudiannya akan diberitahu menerusi sistem e-mel. Mereka hanya perlu mencetak e-mel itu sebelum berkunjung ke premis Starbucks di seluruh negara bagi mendapatkan mata ganjaran yang ditawarkan seperti minuman percuma," katanya ketika ditemui selepas melancarkan program tersebut di Taman Tema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini. ACARA jualan produk-produk Starbucks turut memeriahkan fiesta ini. Tambah Sydney, sejak dilancarkan pada 11 November 2011, terdapat hampir sejuta pemegang kad Starbucks di seluruh negara. "Ia merupakan satu inovasi bagi memudahkan pelanggan-pelanggan kami mendapatkan produk Starbucks dan pada masa yang sama menikmati mata ganjaran yang ditawarkan. "Di samping itu, pemegang kad ini juga berpeluang mendapat pelbagai informasi terkini mengenai produk-produk terbaharu Starbucks di samping terlibat dalam program-program yang dianjurkan," jelasnya. Pada perkembangan berkaitan, Sydney berkata, serentak dengan pelancaran program itu, pihaknya turut menganjurkan Starbuck Frappucino Fiesta yang dihadiri kira-kira 400 pelanggan setia Starbucks di seluruh negara. "Kehadiran mereka di sini adalah untuk berhibur dengan pelbagai permainan yang ditawarkan di taman tema ini. "Pada masa yang sama, kami juga menjemput kira-kira 50 anak-anak yatim dari dua rumah kebajikan di sekitar ibu negara untuk memeriahkan sambutan," ujarnya. Jelas Sydney, fiesta itu meriah dengan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai jualan, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan sesi bergambar. "Ia merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia Starbucks yang menyokong kami selama ini di samping beramal kepada golongan yang tidak bernasib baik di negara ini," katanya. - AMMAR JAZLAN MAD LELA | |
48 jam hubungi stesen radio berfrekuensi tinggi Posted: 48 jam hubungi stesen radio berfrekuensi tinggiOleh SITI HAJAR ABD. AZIZ MUHAMMAD AIMIL sedang menghubungi stesen-stesen radio di luar negara. BERSENGKANG mata selama dua malam dan kurang rehat semata-mata untuk memburu kejuaraan berkomunikasi di ruang udara menggunakan peralatan radio amatur berfrekuensi tinggi. Bunyinya agak pelik tapi itulah yang dilalui 10 anak muda kelahiran Melaka yang menyertai cabaran 48 jam Pertandingan WPX Sedunia CQ 2013 anjuran CQ Magazine, sebuah majalah radio amatur dunia dari New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Atas dasar ingin tahu penulis telah berkunjung ke sebuah rumah inap di Kampung Parit Penghulu Sungai Rambai, Melaka yang dipilih kumpulan Melaka DX Club (MDXC) dengan kod panggilan khas 9M4SG (disebut Nine Mike Four Sierra Golf). Difahamkan pemilihan lokasi, contohnya dekat dengan laut memainkan peranan penting dalam penentuan sesebuah kumpulan tersebut berjaya menghubungi beribu-ribu stesen radio yang aktif dari seluruh pelosok muka bumi ini yang dibahagikan mengikut entiti geografi tertentu oleh badan telekomunikasi antarabangsa. Isyarat radio Walaupun dipisahkan jarak dan waktu, isyarat radio yang sedang dipantulkan itu seolah-olah sebuah jaring labah-labah gergasi yang tidak kelihatan di mata manusia. KEKUATAN antena turut mempengaruhi kemampuan untuk peserta radio amatur berkomunikasi dengan stesen lain. Kalah atau menang tidak penting kerana peluang menyertai 'kegilaan' dan keseronokan bersama kira-kira 30,000 peserta secara individu ataupun berkumpulan itu lebih utama. Ia membabitkan lebih 100 buah negara dan lebih 50 kategori. Pemenang setiap kategori akan menerima sijil khas dan anugerah yang 'diterbangkan' kepada mereka yang disumbangkan majalah terbabit dan organisasi radio amatur antarabangsa lain. Pengasas MDXC, Syamsul Bahri Mohamad, 32, dengan kod panggilan antarabangsa 9M2ESM (disebut Nine-Mike-Two-Echo-Sierra-Mike) berkata, kumpulan mereka ditubuhkan hasil idea bersama rakan-rakan yang bosan bergerak sendirian dalam cabaran hubungan radio jarak jauh atau lebih dikenali sebagai DXpedition atau DXing. Dia yang menceburi dunia radio amatur sejak tahun 2010 dan menerima pelbagai anugerah daripada persatuan radio amatur luar negara berkata, aktiviti DXing merupakan aktiviti utama penggiat radio amatur dari luar negara. "Sebagai contoh, walaupun YDXC Yokohama DX Club di Jepun mempunyai kira-kira 20 orang ahli, kumpulan itu menjadi idola kepada ahli-ahli baharu kerana kehebatan mereka dalam aktiviti DXpedition. "Kami mahu menggalakkan lebih ramai operator radio amatur yang aktif di frekuensi sangat tinggit (VHF) untuk berjinak-jinak dengan komunikasi radio amatur berfrekuensi tinggi ( HF). KOMPUTER digunakan untuk memasukkan data-data stesen yang berjaya dihubungi. "Aktiviti ini juga membolehkan penggiat radio amatur mempraktikkan amalan tradisi turun-temurun radio amatur seperti Kad QSL (kad yang ditukar sesama operator sebagai bukti perhubungan radio telah dicapai) dan komunikasi Kod Morse, selain memahami budaya dan sejarah dunia," jelasnya. Uji kemampuan Muhammad Aimil Abdul Rahim, 25, dari Jasin, Melaka (9M2AUR) berkata, walaupun set peralatan peralatan HF ini lebih mahal tetapi keseronokan dan kepuasannya lebih hebat berbanding komunikasi jarak dekat kerana kita berpeluang berhubung dengan operator radio dari seluruh dunia. Selain untuk mengumpul mata, Muhammad Aimil berkata, pertandingan tersebut juga dapat menguji kemampuan peralatan komunikasi dan kemahiran peserta sebagai aktiviti sosial yang berfaedah. "Ia merupakan suatu kebanggaan apabila dapat bersaing bersama pelbagai bangsa dan negara seluruh dunia, walaupun tidak kelihatan di mata namun aktiviti ini seumpama mengibarkan bendera Malaysia dan Melaka di persada dunia," ujarnya. Muhammad Aimil memberitahu, antara stesen istimewa yang berjaya dihubunginyaialah stesen HD2A, kod panggilan khas dari negara Ecuador di Amerika Selatan yang jaraknya ialah 20,200 kilometer dari Melaka. Bercerita mengenai cabaran yang dihadapi, Aimil berkata, komunikasi radio di ruang udara bergantung kepada kekuatan antena, kuasa pancaran radio serta keadaan propogasi udara iaitu pancaran radio dioptimumkan kerana pengaruh semula jadi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |