Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Tiga saudara lemas, dua lagi terselamat
- Chong Wei terlepas gelaran dunia di tangan Lin Dan
- Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat
Tiga saudara lemas, dua lagi terselamat Posted: Tiga saudara lemas, dua lagi terselamat11/08/2013 9:02pm SEPANG - Kegembiraan lima saudara mandi manda di pantai Bagan Lalang, di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan. Dalam kejadian 4 petang semalam, lima saudara itu sedang mandi manda di tepi pantai apabila dipercayai terperangkap berikutan air laut pasang. Penolong Penguasa Bomba Zon KLIA, Akmal Azizi Elias berkata, mayat S. Mariayee, 59, ditemui di tepi pantai bersama seorang lagi saudaranya yang terselamat. Mayat K. Saresh, 15, ditemui pasukan bomba dan penyelamat pukul 11.30 pagi tadi manakala mayat R. Sivaneswaran, 30, ditemui 2.45 petang ini. "Semua mayat telah dibawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini Akmal Azizi berkata, dua yang terselamat iaitu seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun kini berada dalam keadaan stabil. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.40 petang semalam dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian bagi menggerakkan operasi mencari dan menyelamat yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela. - Bernama |
Chong Wei terlepas gelaran dunia di tangan Lin Dan Posted: Chong Wei terlepas gelaran dunia di tangan Lin Dan11/08/2013 8:50pm GUANGZHOU - Pemain nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri dalam perlawanan akhir sekaligus terlepas perebutan gelaran juara Kejohanan Dunia 2013 ekoran dilanda kecederaan ketika beraksi dalam set penentuan menentang musuh tradisinya, Lin Dan dari China di Guangzhou, China sebentar tadi. Ketika ketinggalan 17-20 di set ketiga, Chong Wei yang kerap mengadu sakit sepanjang perlawanan akhir itu, secara tiba-tiba tidak mampu meneruskan permainan meskipun cuba untuk bangkit semula. - KOSMO! |
Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat Posted: Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat11/08/2013 8:58pm KUALA LUMPUR - Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Amapng di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistem Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat. Beliau berkata,kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa. "Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini. Amiruddin berkata, akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek. Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mmempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa. Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut. "Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |