Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Jalan raya Pan Borneo siap 93 peratus - Rosnah
- Peraturan baharu AFC: Perlawanan tertangguh dimainkan semula ikut baki masa yang tinggal
- Kompleks Oceanarium di Jalan Bunga Raya bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka
Jalan raya Pan Borneo siap 93 peratus - Rosnah Posted: Jalan raya Pan Borneo siap 93 peratus - Rosnah16/08/2013 8:54pm KOTA KINABALU - Rangkaian jalan raya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah kini siap 93 peratus dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Menurut beliau, jalan raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer bermula dari Sematan di bahagian barat Sarawak melalui bandar raya Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Sandakan dan seterusnya ke Tawau, Sabah. "Keseluruhan jalan raya ini telah berturap dan sepanjang 248.65 kilometer mempunyai tahap empat lorong atau enam lorong manakala bakinya masih ditahap dua lorong, ini tidak termasuk 'missing link' sepanjang 50 kilometer dari Kalabakan, Sabah ke Serudong, Kalimantan yang masih dalam proses pembinaan," katanya pada majlis taklimat media mengenai Jalan Raya Pan Borneo di sini hari ini. Rosnah berkata, bagi tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM89 juta untuk melaksanakan program membaik pulih Jalan Raya Pan Borneo iaitu RM41.8 juta bagi negeri Sabah dan RM47.2 juta bagi negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. - Bernama |
Peraturan baharu AFC: Perlawanan tertangguh dimainkan semula ikut baki masa yang tinggal Posted: Peraturan baharu AFC: Perlawanan tertangguh dimainkan semula ikut baki masa yang tinggal16/08/2013 8:52pm PETALING JAYA - Perlawanan yang ditangguhkan ataupun dibatalkan kerana tidak dapat dielakkan seperti masalah cuaca atau bencana alam akan diadakan semula mengikut baki masa yang tinggal sahaja, menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata peraturan baharu itu dikeluarkan oleh AFC kepada semua anggota gabungannya menerusi surat baru-baru ini. "Kita (FAM) diminta agar menguatkuasakan peraturan itu dengan serta merta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini. "Ini bermakna perlawanan yang ditunda kerana pelbagai alasan tidak akan diadakan semula sepenuh masa tetapi akan disambung mengikut baki masa yang tinggal dengan jaringan, jumlah kad penalti dan pemain sama dikekalkan," katanya. Berdasarkan peraturan sebelum ini, mana-mana perlawanan tertangguh akan dimainkan semula dalam tempoh sepenuh masa iaitu 90 minit. Afandi berkata peraturan baharu itu akan diguna pakai pada kempen Piala Malaysia 2013 yang akan membuka tirai Selasa ini. - Bernama |
Kompleks Oceanarium di Jalan Bunga Raya bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka Posted: Kompleks Oceanarium di Jalan Bunga Raya bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka16/08/2013 8:36pm MELAKA - Melaka bakal mempunyai sebuah ikon pelancongan terbaru dan unik dengan pembinaan Kompleks Oceanarium bernilai RM20 juta di Jalan Bunga Raya Pantai berhampiran Sungai Melaka di sini. Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berkata, kompleks tersebut dilengkapi pelbagai ciri unik termasuk terowong akuarium terpanjang di dunia iaitu sepanjang 160 meter, akuarium yang menempatkan terumbu karang sepanjang 30.5 meter, menempatkan lebih daripada 1,000 spesis hidupan laut seperti ikan dan karang. Katanya, kompleks yang akan dibangunkan tanah seluas 0.4 hektar oleh Kerjaya Hotel Sdn. Bhd. itu dijangka siap sepenuhnya pada November 2014. "Kompleks ini merupakan antara akuarium hidupan laut terbesar di dunia yang mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri Melaka," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Kerjaya Prospek Sdn. Bhd. yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kerjaya Prospek Group, Tee Eng Ho. Beliau berkata, pembangunan Kompleks Oceanarium yang akan dibina bersebelahan bangunan The Shore setinggi 42 tingkat itu (juga dibina Kerjaya Prospek) dilihat bakal mengubah landskap Sungai Melaka sedia ada seterusnya merealisasikan pembangunan fasa kedua sungai berkenaan. Katanya, pembinaan kompleks berkenaan juga akan melibatkan pembangunan beberapa infrastruktur awam seperti pembinaan jambatan baharu menghubungkan Jalan Bunga Raya Pantai ke Jalan Tun Ali dan Jalan Kilang, pembinaan jeti dan kauter tiket baru bagi Melaka River Cruise serta menaik taraf Stesen Monorail Hang Tuah. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |