Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- KULN bantu proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir
- Pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dibunuh
- 39 PATI ditahan dalam tiga serbuan berturut-turut
KULN bantu proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir Posted: KULN bantu proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir21/08/2013 8:05pm PUTRAJAYA - Kelab UMNO Luar Negara (KULN) telah menubuhkan pasukan penyelamat untuk menyediakan kemudahan logistik bagi membantu proses pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak. Pengerusi KULN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, KULN yang mempunyai cawangan di lima bandar utama di Mesir iaitu Tanta, Damanhur, Mansurah, Kaherah dan Iskandariah akan menyediakan pengangkutan untuk membawa pelajar dari kediaman ke lapangan terbang sebelum diterbangkan ke tanah air. "Selain kemudahan logistik, rescue team juga akan menyediakan keperluan-keperluan lain untuk memastikan proses membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - KOSMO! |
Pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dibunuh Posted: Pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dibunuh21/08/2013 8:03pm JOHOR BAHRU - Seorang pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah kawasan taman perumahan di Permas Jaya, di sini semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata mangsa yang dikenali sebagai, Abdurrahim, 35, ditemui mati di dalam parit dengan beberapa kesan tikaman di badan. Abdul Samad berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 4.59 petang semalam. "Motif kejadian masih disiasat dan hasil siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 12 hingga 12.30 tengah hari semalam. "Abdurrahim yang berasal dari Tanjung Luar, Indonesia, mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dia juga mempunyai permit kerja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - KOSMO! |
39 PATI ditahan dalam tiga serbuan berturut-turut Posted: 39 PATI ditahan dalam tiga serbuan berturut-turut21/08/2013 7:13pm JOHOR BAHRU - Seramai 39 pendatang asing ditahan Jabatan Imigresen negeri ini dalam tiga serbuan berasingan di dua buah rumah kediaman serta sebuah kedai menjual beg dan pakaian di sini awal tengah hari tadi. Pegawai Penguat Kuasa Imigresen Johor, Muhammad Acil berkata, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut peraturan 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan dan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan. Dalam serbuan pertama yang dilakukan di sebuah rumah banglo yang masih dalam pembinaan pada pukul 1.30 tengah hari, Muhammad berkata, anggotanya berjaya menahan 17 orang lelaki melibatkan 13 lelaki Indonesia dan empat lelaki warga Pakistan. "17 yang ditahan ini bekerja sebagai buruh binaan dan berusia diantara 22 hingga 40 tahun," katanya. Sementara dalam serbuan kedua pula dilakukan di sebuah rumah kediaman dan berjaya menahan 14 lelaki warganegara Bangladesh yang turut bekerja sebagai buruh binaan. Dalam operasi terakhir di sebuah kedai pakaian, pihak Imigresen berjaya menahan lapan orang wargan Nepal yang bekerja di kedai tersebut yang berusia di antara 22 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dihantar ke ke Depo Tahanan Imigresen di Pekan Nenas untuk siasatan lanjut. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |