{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Syarikat bas masih tidak keluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden

Posted:

Syarikat bas masih tidak keluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden

Syarikat bas masih tidak keluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden

22/08/2013 8:30pm

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini oleh syarikat bas yang mengendalikan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands mengenai kemalangan yang meragut 37 nyawa membabitkan bas mereka di Genting Highlands petang semalam.

Bernama yang cuba menghubungi pihak pengurusan syarikat itu sejak pagi gagal mendapatkan sebarang komen sehingga pukul 5.30 petang ini.

Kakitangan yang menjawab panggilan wartawan asyik memberi alasan pihak pengurusan sedang bermesyuarat manakala panggilan terakhir pada 5.35 petang dijawab dengan alasan para pegawai sudah pulang.

Bagaimanapun, kakitangan berkenaan mengakui bas yang terlibat dalam

kemalangan itu adalah milik syarikat itu yang beribu pejabat di Jalan Segambut di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.22 petang semalam, 37 penumpang maut

manakala 16 cedera parah selepas bas ulang-alik yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di KM3.5 Jalan Genting Highlands.

Resorts World Genting, pemilik pusat peranginan di Genting Highlands, dalam kenyataannya semalam menjelaskan bahawa bas terbabit adalah pengangkutan awam yang berulang alik membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke pusat peranginan itu setiap hari.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, persatuan itu dimaklumkan oleh pengurusan syarikat bas itu bahawa syarikat itu akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa relevan.

"Kami (persatuan) dalam industri bas benar-benar terkejut dan sedih dengan banyaknya nyawa yang terkorban. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang kepada mangsa yang maut.

"PMBOA telah dimaklumkan oleh pengurusan syarikat bas itu bahawa mereka akan lakukan apa yang termampu untuk membantu keluarga mangsa yang terkorban dan yang cedera," katanya dalam kenyataan kepada Bernama. - Bernama

Tiga lelaki ditangkap berhubung kes curi

Posted:

Tiga lelaki ditangkap berhubung kes curi

Tiga lelaki ditangkap berhubung kes curi

22/08/2013 8:24pm

BESUT - Polis berjaya menyelesaikan lima kes kehilangan kereta termasuk yang terbaharu di Melaka Tengah dan Pengkalan Chepa, Kelantan

dengan tertangkapnya tiga lelaki pada Selasa dan semalam di Besut.

Pemangku Ketua Polis Besut, Deputi Superintenda Noor Zainy Mohd. Noor berkata, berikutan tangkapan itu polis menemui semula kereta jenis Proton Satria yang hilang di Melaka Tengah dan kereta jenis Perodua Kancil di Pengkalan Chepa, Kelantan semasa musim perayaan baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek merupakan penduduk tempatan berumur antara

30 hingga 43 tahun, katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini.

Mereka kini ditahan reman hingga Sabtu. - Bernama

Jerman desak Syria beri akses siasatan PBB mengenai serangan gas saraf

Posted:

Jerman desak Syria beri akses siasatan PBB mengenai serangan gas saraf

Jerman desak Syria beri akses siasatan PBB mengenai serangan gas saraf

22/08/2013 7:24pm

BERLIN - Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle meminta kerajaan Syria membenarkan pakar senjata kimia daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk siasat dakwaan kerajaan itu menggunakan senjata kimia dalam satu serangan ke atas orang awam.

"Kami bimbang tentang laporan bahawa gas saraf telah digunakan dalam satu serangan yang berlaku berhampiran Damsyik.

"Laporan itu memang dipandang serius dan jika disahkan, ia akan memeranjatkan semua pihak.

"Kami menuntut penjelasan dengan segera dan kumpulan pakar senjata kimia yang kini berada di negara ini harus diberi laluan untuk mengadakan pemeriksaan atas perkara itu," kata Westerwelle pada sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Turki. - Reuters

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat