Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Jenazah anggota Malbatt dijangka dibawa pulang Isnin depan
- Wartawan Sinar Harian diragut dalam stesen minyak
- KAFA kunci mulut
Jenazah anggota Malbatt dijangka dibawa pulang Isnin depan Posted: Jenazah anggota Malbatt dijangka dibawa pulang Isnin depan24/08/2013 10:20pm KUALA LUMPUR - Jenazah anggota pengaman Malaysia Allahyarham Sarjan Rosdi Mohamad Zan, yang terlibat dalam satu nahas jalan raya ketika bertugas di Beirut, Lubnan dijangka dibawa pulang ke tanah air Isnin ini. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Besar Malaysia akan bekerjasama dengan Batalion Malaysia (Malbatt), Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) dan Kementerian Pertahanan untuk proses membawa pulang jenazah. Jenazah Rosdi kini ditempatkan di Hospital Tinbin, Selatan Lubnan. Anifah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rosdi dan melahirkan rasa simpati kepada dua lagi rakan mangsa, Lans Koperal Norsyahied Taib dan Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, yang turut terlibat dalam nahas itu. Norsyaheid, yang mengalami kecederaan serius, kini dirawat di Hospital St George, Beirut manakala Aizuwan, yang cedera ringan, dirawat di Hospital Tibnin dan dijangka dipindahkan ke Hospital Unifil di Naquora, selatan Lubnan. Semalam, ketiga-tiga anggota pengaman itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 5.30 petang waktu tempatan semasa bertugas di Houla selepas kenderaan kembalik dipandu Rosdi terbabas ketika menunda kenderaan berperisai kondor milik Malbatt yang rosak. - Bernama |
Wartawan Sinar Harian diragut dalam stesen minyak Posted: Wartawan Sinar Harian diragut dalam stesen minyak24/08/2013 10:00pm BUKIT MERTAJAM - Seorang wartawan akhbar Sinar Harian edisi Utara disamun seorang lelaki ketika berada dalam sebuah stesen minyak di Jalan Tenggiri, di sini hari ini. Siti Nur Mas Erah Amran, 29, berkata, kejadian samun itu berlaku pada 4.50 petang ketika beliau sedang menggunakan perkhidmatan wi-fi percuma di dalam stesen minyak tersebut. "Saya baru selesai membeli barang di kedai serbaneka tersebut dan duduk di meja yang disediakan untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar. "Tiba-tiba, seorang lelaki bertopi keledar datang dari bahagian rak roti di belakang saya dan terus mengambil dompet yang diletakkan di atas meja sebelum melarikan diri dengan motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis ini Balai Polis Seberang Jaya, di sini hari ini. Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan beberapa pelanggan di dalam kedai serbaneka tidak sempat berbuat apa-apa serta gagal menghalang lelaki berkenaan. - Bernama |
Posted: KAFA kunci mulut24/08/2013 8:35pm KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan untuk 'mengunci mulut' daripada mengulas isu membabitkan seorang tonggak pertahanan The Red Wa rriors yang disyaki gagal ujian doping selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui hari ini berkata, KAFA menggunakan pendekatan tersebut yang merupakan sebahagian daripada peraturan bagi mengelakkan 'subjudis' kerana Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum membuat keputusan berhubung isu berkenaan. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |