Utusan Online - Agrobiz
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Agrobiz |
Posted: 11 Aug 2013 01:43 AM PDT Selepas penggunaan A'moe, lemak dan minyak berkurangan. PENGAMBILAN makanan tambahan ataupun suplemen selalunya dikaitkan dengan individu yang menitikberatkan aspek penampilan diri dan kesihatan. Namun begitu, ramai antara kita tidak sedar bahawa haiwan ternakan dan pertanian juga memerlukan makanan tambahan sebagai satu pilihan bagi mewujudkan nilai tambah kepada nutrisi harian. Menyedari hakikat tersebut, usahawan bidang penternakan dan pertanian, Wan Azwade Ahmad, 35 mengambil keputusan menceburi bidang yang dianggap 'luar biasa' iaitu memproses makanan tambahan khusus untuk ternakan dan air emas untuk pertanian. Berdasarkan pengalaman tersebut dan ilmu dalam bidang mikrob serta bakteria untuk ternakan dan pertanian, beliau mencipta makanan tambahan dan air emas untuk ternakan dan pertanian. Di samping itu, bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini, Wan Azwade mempelajari kaedah keuntungan lumayan memandangkan bidang ini melibatkan kos yang rendah. Maka lahirlah produk A'moe yang dapat membantu penternak dan usahawan yang selama ini mempunyai masalah dalam ternakan dan pertanian. Idea produk ini hasil usaha Wan Azwade yang tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa menganalisis A'moe dari satu makmal ke makmal yang lain. Produk ini telah diuji di makmal bio kimia dan bakteriologi mamalia. Hasilnya, A'moe mendapat pengiktirafan daripada Veterinar, SIRIM Berhad (SIRIM, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Jabatan Pertanian, makmal Veterinar, Kedah Bio Resources Corporation Sdn. Bhd. ( KBio Corp ), Felcra Berhad ( Felcra ) dan HPA Industries Sdn. Bhd. A'moe yang bebas daripada salmonella dan ecoly mendapat sambutan di laman web Jutawan Ternak, Sejuta Idea, Projek Penternakan, Besoline dan banyak lagi. Menurut Wan Azwade, penghasilan bahan makanan dan air emas ini bukan sahaja membantu industri ternakan dan pertanian, malah dapat mengurangkan masalah penternak dan usahawan bergantung kepada makanan import dan ubat-ubatan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Agrobiz To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |