{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Hujan meteor di ruang angkasa Malaysia malam esok

Posted: 10 Aug 2013 10:47 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - BERNAMA

Trafik perlahan dari Utara ke ibu negara

Posted: 10 Aug 2013 10:27 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Keadaan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara ke ibu negara setakat 9 pagi ini mula perlahan, manakala di selatan pergerakan kenderaan masih lancar.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi Bernama berkata, keadaan trafik dijangka terus perlahan menjelang tengah hari kerana pertambahan bilangan kenderaan.

Satu kemalangan dilapor berlaku di Km 299 dari Gopeng ke Tapah arah selatan membabitkan sebuah lori yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan pada 7.55 pagi tadi dan menyebabkan kesesakan.

Namun lori itu telah dialihkan dan lorong terjejas sudah dibuka semula pada 9.35 pagi, katanya. Jurucakap itu berkata aliran trafik antara Kuala Kangsar dan Ipoh juga perlahan berikutan keadaan jalan yang licin kerana hujan.

Aliran trafik dari selatan menuju ke ibu kota, terutama berhampiran Seremban-Nilai masih lancar, namun keadaan dijangka berubah menjelang tengah hari kerana peningkatan jumlah kenderaan, katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata status di kesemua lebuhraya termasuk Lebuhraya KL-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), masih lagi lancar dan terkawal, namun kesesakan dijangka berlaku lewat petang ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Tempoh mesyuarat UMNO Cawangan, Bahagian dilanjutkan

Posted: 10 Aug 2013 09:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Tarikh akhir mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian-bahagian serta tarikh baru penamaan calon Majlis Tertinggi dan sayap-sayap parti dilanjutkan dua minggu berikutan tempoh sebelum ini berlangsung pada Ramadan dan Aidilfitri, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Menurutnya, tarikh-tarikh baru lanjutan tempoh mesyuarat tersebut telah dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimaklumkan kepada MT.

Katanya, tempoh mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September ini manakala mesyuarat UMNO bahagian-bahagian serentak hari pemilihan MT UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober ini.

Tambah beliau, pendaftaran penamaan calon Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dilanjutkan daripada 7 September kepada 21 September; persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO ditetapkan pada 12 Oktober ini; dan penamaan calon untuk pemilihan MT UMNO daripada 7 September kepada 28 September.

"Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan daripada UMNO Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan dengan alasan antaranya mesyuarat sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tempoh asal ialah hingga 31 Ogos.

"Dalam masa yang sama, dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober ini dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat," katanya dalam satu kenyataan hari ini - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat