{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Bajet 2014: PM minta saranan menerusi FB

Posted: 19 Aug 2013 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengalu-alukan saranan dan idea daripada orang ramai menerusi Facebook untuk polisi-polis baru dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Entri terbaharu Facebook Perdana Menteri menerusi status 'admin' laman sosial itu memberitahu:

"Salam 1Malaysia! Tahun lepas idea & saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi dalam Belanjawan 2013.

"Selaras dengan komitmen Perdana Menteri untuk membentuk belanjawan yang diinspirasi oleh rakyat, kami sekali lagi mempelawa anda untuk sertai kami, mulai Isnin depan, dalam berkongsi maklum balas tentang ‪Bajet 2014‬ akan datang - Admin." - UTUSAN ONLINE

Peminjam PTPTN ingkar disenarai dalam CCRIS - Menteri

Posted: 19 Aug 2013 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini Isnin.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata, pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. - BERNAMA

Jakim minta umat Islam solat hajat untuk Mesir

Posted: 19 Aug 2013 02:37 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini meminta seluruh umat Islam Malaysia mengadakan solat hajat dan qunut nazilah pada bila-bila masa bagi mendoakan supaya Allah SWT mengembalikan keamanan dan menghentikan kezaliman di bumi Mesir.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata sempena Syawal ini, Jakim menyeru seluruh umat Islam di negara ini agar tidak melupakan musibah yang sedang menimpa saudara seagama di Mesir yang kini bergolak.

"Dengan berita-berita kematian amat menyedihkan yang dilaporkan saban hari, Jakim mengajak masjid-masjid di seluruh negara agar mengadakan solat jenazah ghaib dengan harapan semoga Allah SWT mengampunkan dan merahmati para jenazah kaum muslimin yang gugur dalam krisis tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata sebagai umat Islam yang bernaung di bawah negara Islam seperti Malaysia, adalah tidak wajar sama sekali jika terlupa dan terlalai walaupun seketika dalam membantu saudara seMuslim di mana pun mereka berada biarpun dengan sepotong doa.

Situasi keselamatan di Mesir kini tidak menentu apabila bilangan angka korban semakin meningkat selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Dr Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah minggu lepas. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat