{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Urusan haji: Tabung Haji jadi contoh negara luar

Posted: 20 Aug 2013 03:14 AM PDT

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan 50 tahun lalu kini menjadi contoh kepada beberapa negara lain dalam pengurusan jemaah haji ke tanah suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, selepas lima dekad penubuhannya yang menguruskan pemergian jemaah haji Malaysia itu, kini TH berjaya mencapai satu kemajuan yang boleh dibanggakan oleh semua pihak.

"Kita harus ingat, kita menubuhkan Tabung Haji bukan hanya untuk menguruskan ibadah haji semata-mata tapi ia kini mampu mengukuhkan ekonomi umat Islam di negara ini.

"Malah peranan itu amat membanggakan kerana peningkatan ekonomi umat Islam itu dilakukan melalui pelbagai sektor dan berjaya meletakkan Tabunh Haji sebagai ikon institusi pelaburan negara," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pameran haji dan fotografi bertemakan "Al Hajj: Pengalaman Malaysia".

Turut hadir Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Paduka Ismee Ismail dan Penasihat Yayasan AlBukhary, Datuk Abdullah Abdul Rahman.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamil Khir turut mengatakan penerbangan pertama jemaah haji dari Alor Setar terus ke Madinah akan diadakan pada 9 September ini.

"Penerbangan terus dari Alor Setar dilakukan bagi membolehkan jemaah tidak menghabiskan masa menunggu di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) Sepang," katanya sambil menambah TH turut mewujudkan sebuah hotel di situ untuk kemudahan orang ramai. - UTUSAN ONLINE

Pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang malam ini

Posted: 20 Aug 2013 03:10 AM PDT

PUTRAJAYA 20 Ogos - Kesemua 3,300 pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir akan dibawa pulang ke tanah air mulai malam ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, mereka akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat komersial melalui Amman, Jordan dan Istanbul, Turki. - UTUSAN ONLINE

Cadangan pelepasan cukai pendidikan diteliti - TPM

Posted: 20 Aug 2013 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam bidang pendidikan termasuk penghantaran anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi maklum balas dalam sesi dialog terhadap persoalan yang dibangkitkan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, cadangan tersebut akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mengumpul pelbagai saranan dan idea untuk polisi-polisi baharu dalam Bajet 2014 yang bakal dibentangkan Oktober ini.

"Menghantar anak-anak ke sekolah swasta atau pusat-pusat tuisyen memerlukan perbelanjaan yang besar. Untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam pendidikan termasuk menghantar anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen, kita akan pertimbangkan.

"Cadangan ini akan saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk Bajet 2014 ini," katanya.

Muhyiddin berkata, jika cadangan pelepasan cukai itu merupakan satu keperluan, kerajaan pastinya akan memberikan perhatian kepada perkara tersebut. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat