{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Syarikat guna WPC80 tercemar diarah tarik balik produk

Posted: 06 Aug 2013 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengarahkan syarikat yang mengimport ramuan produk berasaskan tenusu yang disyaki tercemar dengan bakteria clostridium botulinum untuk menarik balik produk mereka sekiranya ada di pasaran negara ini.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd. Othman berkata, kementerian juga akan memastikan proses pelupusan produk yang ditarik balik dijalankan oleh syarikat itu.

Katanya, industri yang ada menggunakan ramuan Premix infant formula atau follow-on formula yang mengandungi ramuan whey protein concentrate (WPC80) yang disyaki tercemar dari Fonterra New Zealand dinasihat supaya menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) dengan kadar segera supaya pengesahan dapat dibuat.

Menurut Noraini, siasatan sedang dijalankan terhadap syarikat-syarikat yang mungkin mengimport ramuan itu sebagai langkah kawalan bagi memastikan keselamatan produk makanan itu yang berada di pasaran.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan produk berkenaan dinasihat supaya tidak menggunakannya dan menggantikannya dengan produk jenama lain buat sementara waktu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Produk-produk yang disyaki dicemari clostridium botulinum termasuk Karicare Infant Formula Stage 1, Karicare Gold Follow On Formula Stage 2 (6-12 bulan), Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac 2.

Menurut Noraini, produk-produk itu tidak dibenarkan diimport ke negara ini melainkan dengan pengesahan daripada pihak berkuasa negara pengeksport bahawa produk itu tidak tercemar dengan bakteria berkenaan.

Pihak berkuasa Australia sebelum ini mengesahkan, WPC80 yang disyaki tercemar digunakan di dalam premix infant formula dan follow-on formula oleh Fonterra Australia Pty Ltd dan produk itu disahkan dieksport hanya kepada Danone Dumex Malaysia.

Syarikat itu bagaimanapun telah menarik balik secara sukarela beberapa kumpulan (batch) produk susu keluaran mereka sebagai langkah berjaga-jaga, dan akan mengambil langkah sama bagi beberapa lagi batch produk yang dikeluarkan.

Untuk maklumat lanjut pengguna boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 03-88833652/03-88833653 atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my.

- BERNAMA

Rumah terbuka PM, Jemaah Menteri pada Raya pertama

Posted: 06 Aug 2013 12:16 AM PDT

PUTRAJAYA 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri, di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu dan bagi memastikan kelancaran trafik orang ramai diminta mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma.

Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.

Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit.

Aidilfitri dijangka disambut Khamis ini.

Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. - BERNAMA

Pahang minta bantuan polis kekang Syiah

Posted: 05 Aug 2013 10:56 PM PDT

PEKAN 6 Ogos - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (Muip) akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memantau dan mengekang pergerakan ajaran Syiah daripada terus menular di negeri ini.

Yang Dipertua Muip, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ia adalah tindakan susulan yang akan dilaksanakan Muip selepas terdapat dakwaan ajaran itu mula menyusup masuk ke kawasan tanah rancangan Felda di negeri ini.

"Kita tidak boleh buat tindakan agresif, sebab perlu wartakan dahulu (pengharaman ajaran syiah). Muip akan melantik pegawai-pegawai agama dan mendapatkan kerjasama polis untuk meninjau masalah ini (penyebaran ajaran Syiah) yang dilaporkan berlaku di kawasan Felda dan juga tempat-tempat lain di negeri ini.

"Kalau perlu diambil tindakan, kita akan ambil tindakan...mereka (penyebar) perlu memahami undang-undang ini dan perlu mengetahui risikonya (menyebarkan syiah)," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama peserta Projek Agropolitan Tanjung Batu, dekat sini, semalam.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat