Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT Oleh GARRET DAWUM BUKAN setakat mencari harta karun, Aaron dan Michell perlu bijak menggunakan kad kredit yang diberi. MUNGKIN anda selalu mendengar bahawa di dalam perut bumi atau dasar laut terdapat banyak harta atau barang pusaka zaman dahulu yang terkubur atau terpendam sehingga tidak mungkin diketahui sesiapa pun. Sehingga lama kelamaan harta atau benda pusaka tersebut akan musnah ditelan waktu. Tidak mahu bercerita banyak mengenai perkara itu, kali ini S3 akan membawa anda untuk mengenali pertandingan yang diberi nama mencari harta karun. Sememangnya pertandingan seumpama itu semakin popular dan diminati ramai orang. Begitu juga dengan pelakon terkenal yang kacak lagi bergaya, Aaron Aziz yang turut memilih pertandingan mencari harta karun sebagai mengisi masa lapang. Katanya, permainan seperti itu sememangnya menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Memandangkan pertandingan berlangsung pada bulan Ramadan, dia bukan sahaja terpaksa menahan lapar dan dahaga malah terpaksa mengharungi perjalanan dengan mengembara di seluruh Hong Kong sambil berbelanja hanya menggunakan kad kredit. Daripada itu, kami terpaksa bijak berbelanja menggunakan kad kredit. Di situlah, kami perlu bijak mengaplikasikan kemahiran mengira . Ia memang sangat menguji kecerdasan minda dan apa yang saya lalui itu merupakan satu pengalaman yang sangat menarik. Walaupun hanya sekadar pertandingan tetapi saya berasa cukup bertuah kerana berpeluang menyertai aktiviti seumpama ini yang bukan sahaja mengajar erti kesabaran tetapi memberi satu pemahaman baharu kepada saya," katanya yang menyertai pertandingan mencari harta karun anjuran bersama Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) dan Visa, Visa Go Hong Kong Super Shopper baru-baru ini. Selain itu, kata Aaron, dia dan pasangannya dapat menghadapi pertandingan itu dengan baik hasil kerjasama secara berkumpulan yang ditunjukkan. Atas semangat kerjasama berkumpulan itulah membuatkan segala urusan dan permasalahan yang dihadapi ketika pertandingan berlangsung dapat ditangani dengan cukup mudah dan senang," jelasnya. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kata Aaron, Hong Kong umpama rumah kedua baginya. Jadi, semua benda mungkin mudah dan senang baginya. Saya sememangnya merupakan salah seorang individu yang kuat berjalan. Kalau nak diikutkan, saya memang suka melancong. Selain dapat mempelajari perkara baharu, dalam masa yang sama, saya juga dapat melihat keindahan di tempat lain. Kalau asyik terperuk di dalam rumah, rugi juga. Sebaiknya, luangkanlah juga masa untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Jadi semasa mengikuti pertandingan itu banyak tempat baharu yang saya lawati memandangkan banyak tugasan yang perlu saya selesaikan," katanya bersungguh. Semasa melalui proses pencarian, pelbagai insiden berlaku. Kata Aaron, itulah pengalaman berharga baginya yang mengikuti cabaran seperti mencuba makanan tempatan, melawat tempat menarik, menghargai budaya dan kesenian tempatan. Tertarik keindahan Hong Kong Setelah jauh perjalanan dalam pengembaraan di Hong Kong bersama gandingannya iaitu peminatnya, Michell Ching, Aaron menganggap ia adalah satu pengalaman yang menarik perhatiannya. Maksudnya, Hong Kong adalah salah satu tempat menarik yang perlu dilawati. Memang pengalaman ini telah mengajar saya banyak erti kesabaran. Lebih-lebih lagi ketika ingin menyelesaikan sesuatu tugasan. Biasanya kita, kalau benda itu susah kita sentiasa akan cepat berputus asa dan tidak cuba untuk menyelesaikannya. Kata orang usaha tangga kejayaan. Begitu juga kami, walaupun pertandingan berlangsung di Hong Kong, namun kami tetap berusaha mencari penyelesaian setiap tugasan kami," katanya penuh semangat. |
Posted: 24 Aug 2013 05:37 AM PDT MINHO kurangkan senyuman sewaktu jadi doktor. ANGGOTA kumpulan SHINee, Minho yang sebelum ini popular menerusi drama To The Beautiful You berjaya membuatkan para krew drama Medical Top Team tersentuh hati. Dia yang berlakon sebagai Kim Seong-woo dalam drama perubatan arahan Kim Do-hoon kali ini tidak mempamerkan senyuman manis seperti biasa menerusi watak tersebut. Meskipun wataknya kelihatan serius, namun senyuman manisnya tetap terukir setiap kali menjejak kaki di set penggambaran. Tiap kali datang, dia akan mengucapkan selamat kepada semua pelakon dan tidak segan-silu untuk bertanya," jelas wakil pengurusannya. Dalam pada itu, Minho yang berlakon di samping Kwon Sang-woo, Jung Ryeo-won, Ju Ji-hoon dan Oh Yeon-seo mengaku yang dia gementar berlakon bersama pelakon terkenal. Saya selesaikan tugasan di set dengan hati yang penuh debaran. Pada hari pertama penggambaran, saya benar-benar gementar sebab tidak cukup persiapan, tetapi tetap cuba memberikan yang terbaik," akuinya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |