{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Lelaki dan wanita cedera ditembak

Posted: 04 Aug 2013 08:36 PM PDT

PASIR PUTEH 5 Ogos - Seorang lelaki dan wanita cedera ditembak di sebuah kedai makan di Kampung Gong Kelih, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, Tajo Ariffin, 34, cedera parah dipercayai terkena beberapa das tembakan di perut dan dada manakala Norhadiana Zakaria, 25, cedera ditembak di lutut.

Difahamkan, ketika kejadian Norhadiana yang membantu ibu angkatnya di kedai tersebut sedang mengambil wang daripada Tajo. - UTUSAN

4 saudara termasuk budak maut nahas

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

Beginilah keadaan kereta Nissan yang remuk teruk mengorbankan empat nyawa dalam kemalangan di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai, Sungai Petani Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 4 Ogos - Empat bersaudara termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai dekat sini petang ini.

Nahas ngeri itu berlaku pukul 5.40 petang ketika kereta Nissan Sunny tersebut dalam perjalanan dari arah Padang Serai ke Sungai Petani sebelum terbabas lalu merempuh lori dari arah bertentangan.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Deputi Supritendan Ahmad Kamil Ahmad berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu dan penumpang belakang kereta itu tercampak keluar termasuk ada antaranya yang putus kepala.

Beliau berkata, mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Tan Sou Kim, 50; dan penumpangnya, Tan Siew Chin@Daod Serni, 45; Ong Siew Yan, 40; serta kanak-kanak perempuan, Tan Jit May, 11.

Katanya, mangsa yang cedera parah pula ialah Hou Guan Ting, 18.

"Kesemua mangsa dipercayai mempunyai talian persaudaraan. Keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat," katanya.

Sementara itu, seorang saksi, M. Arumugam, 45, yang merupakan antara orang terawal tiba di tempat kejadian berkata, dia sempat menghulurkan bantuan kepada Guan Ting.

"Remaja itu meraung kesakitan meminta tolong setelah kakinya tersepit di kerusi tempat duduk. Saya dan beberapa lagi sempat menarik keluar dan menghulurkan bantuan," katanya.

Bagaimanapun, kata Arumugam, kesemua mangsa lain yang berlumuran darah dipercayai telah meninggal dunia kerana sudah tidak lagi bergerak.

Dalam pada itu, Ahmad Kamil berkata, polis telah menahan pemandu lori berusia 40-an itu untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat