{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Johor majukan ladang bersepadu

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

ISMAIL Mohamed (kanan) dan isteri, Datin Rahimah Najibah Rahim meraikan penghuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Maokil dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Kundang Ulu, Bukit Serampang, Pagoh, Johor, semalam. - UTUSAN/ Ishak Rahmad

PAGOH 18 Ogos - Johor akan membangunkan ladang bersepadu dalam tahun ini, mencontohi pelaksanaan sistem serupa yang dipraktikkan untuk kegiatan eksport di Taiwan dalam usaha meningkatkan produktivitinya sebagai pengeluar makanan utama negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, pelaksanaan ladang itu disasarkan di kawasan-kawasan pinggir bandar termasuk tanah terbiar tetapi tidak akan dibangunkan di pedalaman.

"Ini adalah hala tuju baharu yang ditetapkan dalam satu mesyuarat pada Ramadan lalu selepas saya menjadi Exco Pertanian negeri dalam tempoh 100 hari. Ladang ini konsepnya menggabungkan petak tanaman, kolam dan tempat ternakan.

"Syarat ladang bersepadu ialah petani atau pengusaha perlu mempunyai tanah seluas antara tiga hingga lima ekar (1.2 hingga 2 hektar)," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang dan Badan Perhubungan Perhubungan UMNO Johor di Dewan Serbaguna Kundang Ulu, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaludin.

Antara tanaman yang diusahakan di ladang bersepadu ialah nanas, padi, tembikai, pisang, betik dan jagung manis, begitu juga dengan pokok limau madu, cempedak, mangga, ciku, jambu batu serta kelapa pandan manakala ternakan pula lembu dan kambing sementara ikan seperti tilapia hitam, lampan jawa, haruan, keli dan patin.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, antara syarat lain yang dikenakan ialah petani yang mengamalkan pertanian skala kecil itu menggunakan teknologi terkini dan tanaman utama disyorkan ketika ini ialah nanas manakala ternakan pula lembu atau kambing.

Katanya, inisiatif akan diberi kepada petani atau pengusaha ladang bersepadu yang sudah menampakkan hasil contohnya RM3,000 untuk setiap hektar tanaman nanas oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Tambahnya, bukan semua 58,000 petani di seluruh negeri akan dilibatkan dengan sistem tersebut dan hanya lebih 5,000 petani disasar untuk mempraktikkannya dalam tempoh lima tahun ini iaitu 1,000 setiap tahun malah kontraktor pembinaan berminat boleh melabur bagi membangun ladang tersebut.

"Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengumumkan hala tuju baharu bidang pertanian dan pengeluaran makanan di negeri ini kerana beliau bersetuju dengan pendekatan terbaharu itu dalam satu perbincangan baru-baru ini yang antaranya memastikan Johor terus menjadi pengeluar makanan berkualiti.

"Kita tidak mahu keadaan di mana Johor sebagai pengeluar terbesar di Malaysia tetapi tidak memberi keutamaan kepada soal jaminan atau kualiti produknya sama ada daripada sudut halal dan keselamatan," katanya.

Swasta perlu bantu pertubuhan kebajikan

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Halim Ibrahim menyampaikan cenderamata kepada Asiah Md. Ariff sempena Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-53 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia di Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 18 Ogos - Pelbagai pihak termasuk sektor swasta di negeri ini digesa membantu pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela antaranya menerusi sokongan kewangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bantuan tersebut penting kerana dapat menggerakkan aktiviti dan program pertubuhan berkenaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sendiri sudah menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berkenaan termasuk melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela di peringkat negeri telah memainkan peranan yang berkesan untuk menokok tambah perkhidmatan yang selama ini telah disediakan oleh kerajaan.

"Ini mencerminkan bahawa perkhidmatan kebajikan adalah tanggungjawab bersama di antara kerajaan, pertubuhan kebajikan sukarela dan orang ramai," katanya dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-35 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (Makpem) di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Asiah Md. Ariff dalam majlis yang turut dihadiri Presiden Makpem, Datuk Halim Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khalil Hussein.

Mohamed Khaled berkata, pertubuhan sukarela telah banyak memainkan peranan yang berkesan dalam menyedia dan menyampaikan program-program kebajikan dengan tujuan memberi perlindungan, penjagaan, rawatan serta pemulihan terhadap golongan kurang bernasib baik.

Beliau turut memuji langkah diambil oleh Makpem dalam meningkatkan keupayaan pertubuhan sukarela melalui program latihan yang dijalankan secara berterusan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat