Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Polis Mesir gempur masjid
- Putera Alwaleed pecat penceramah selebriti
- Rusia anjur sukan kereta kebal pertama
Posted: Polis Mesir gempur masjid
KAHERAH - Polis Mesir berjaya menyuraikan perhimpunan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi yang berlindung di dalam Masjid Al-Fatah di sini kelmarin selepas kedua-dua pihak berbalas tembakan. Pasukan keselamatan menarik keluar penunjuk perasaan di masjid yang turut dikelilingi penyokong kerajaan sementara Mesir yang menyifatkan mereka sebagai pengganas. Pertempuran berlaku selepas kerajaan sementara Mesir menyatakan seramai 173 nyawa melayang dalam tempoh 24 jam. Ini sekali gus menjadikan angka kematian melebihi 750 orang sejak Rabu lalu. Angka kematian meningkat selepas polis menggempur dua kem penyokong setia Morsi di ibu negara baru-baru ini. Pada awalnya, pasukan keselamatan cuba memujuk penunjuk perasaan beredar dari masjid itu. Namun, situasi berubah menjadi ganas kelmarin. Sekurang-kurangnya 1,042 orang terbunuh sejak 26 Jun lalu apabila penyokong Morsi mula mengadakan protes jalanan selepas beliau digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu. Insiden di Masjid Al-Fatah di Dataran Ramses bermula pada Jumaat lalu apabila pasukan keselamatan mengepung kompleks yang menjadi tempat perlindungan beberapa ratus penyokong Morsi. Kementerian Dalam Negeri menyatakan seramai 385 orang di dalam masjid berkenaan telah ditangkap. Walaupun konflik kian meruncing, Ikhwanul Muslimin berikrar mahu mengadakan protes baharu di Kaherah dan beberapa lokasi lain sehingga Morsi dibebaskan daripada penjara dan dilantik kembali sebagai Presiden Mesir. Pengumuman tersebut mencadangkan bahawa bantahan jalanan tidak akan berakhir sejak Morsi digulingkan. Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri Mesir, Ziad Bahaa el-Din cuba berunding dengan Ikhwanul Muslimin bagi menamatkan pertumpahan darah ketika kabinet membincangkan krisis itu semalam. Antara inisiatif yang dicadangkan Ziad adalah gesaan menamatkan segera darurat, penyertaan politik untuk semua pihak dan jaminan hak asasi manusia termasuk hak kebebasan berhimpun. Namun, idea beliau dilihat bertentangan dengan cadangan Perdana Menteri Mesir, Hazem el-Beblawi untuk mengharamkan pergerakan berusia 85 tahun itu. "Tidak akan ada perdamaian dengan pihak yang mengotorkan tangan dengan darah dan mereka yang mengangkat senjata menentang negara," kata Hazem kepada pemberita kelmarin. - Agensi | |
Putera Alwaleed pecat penceramah selebriti Posted: Putera Alwaleed pecat penceramah selebritiPutera Alwaleed RIYADH - Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal memecat seorang penceramah agama dan motivasi terkenal warga Kuwait daripada saluran televisyen agama yang dimilikinya kerana didakwa 'cenderung kepada keganasan' dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin. Putera Alwaleed menyatakan Tareq al-Suwaidan yang mempunyai lebih 1.9 juta pengikut di akaun Twitter dan dikenali di seluruh dunia Arab telah mengakui bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin dalam satu ceramahnya di Yemen. "Tidak ada tempat untuk sesiapa yang mempunyai fikiran ganas di Saluran Al-Resalah," tulis Putera Alwaleed dalam sepucuk surat kepada Suwaidan, berdasarkan kepada satu siaran akhbar daripada pejabat putera berkenaan. Putera Alwaleed dikatakan telah berulang kali memberi amaran kepada Suwaidan supaya tidak terlibat dalam politik. "Hanya mereka yang lemah bimbang tentang bagaimana untuk mencari wang. Tidak ada yang akan menggadaikan pinsipnya kecuali mereka yang cintakan dunia," balas Suwaidan dalam Twitternya. - Reuters | |
Rusia anjur sukan kereta kebal pertama Posted: Rusia anjur sukan kereta kebal pertamaBarisan kereta kebal berwarna-warni (kiri ke kanan) dari Belarus, Rusia, Kazakhstan dan Armenia semasa bersaing dalam 'tank biathlon'. MOSCOW - Rusia memperkenalkan sukan separa tentera baharu, 'tank biathlon', satu pertandingan perlumbaan kereta kebal dan ketepatan bedilan meriam. Pertandingan peringkat antarabangsa itu dianjurkan buat pertama kali di Moscow pada Isnin minggu lalu hingga kelmarin. Pasukan dari Belarus, Kazakhstan dan Armenia turut bersaing dalam pertandingan tersebut. Konsep pertandingan yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu lahir daripada satu latihan kereta kebal. Pasukan-pasukan terlibat berlumba di trek sepanjang kira-kira 20 kilometer dan mereka dikehendaki membedil lima sasaran yang ditetapkan. Beberapa negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara termasuk Amerika Syarikat juga dijangka menyertai pertandingan sama pada tahun depan. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |