Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Pahang idam tiga mata berharga
- Yob tekad langkah kanan
- Banjir di Filipina ragut tiga nyawa, ibu negara lumpuh
Pahang idam tiga mata berharga Posted: Pahang idam tiga mata berharga19/08/2013 9:56pm KUANTAN - Tampil beraksi di laman sendiri, Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang bertekad meraih tiga mata penuh apabila menanti kunjungan Kelantan malam esok. Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, para pemainnya kini bersedia untuk memikul cabaran menentang Kelantan yang turun dengan reputasi sebagai juara bertahan. "Apabila beraksi di tempat sendiri, kami harus kemenangan. Jika kami keciciran mata di tempat sendiri, ia pasti menyulitkan misi mara ke suku akhir. "Jadi saya berharap kami dapat mengutip sembilan mata maksimum apabila beraksi di Stadium Darul Makmur," kata Dolah ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO! |
Posted: Yob tekad langkah kanan19/08/2013 9:45pm KUALA LUMPUR - Jurulatih Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah berharap skuad Seladang bermula langkah kanan ketika menghadapi Sarawak pada aksi sulung Kumpulan D Piala Ma laysia di Stadium Perak, Ipoh malam esok. Bagaimanapun, Azraai tidak mahu anak-anak buahnya mengambil mudah pertemuan menentang juara Liga Pre mier itu biarpun Perak dijangka mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri. Azraai berkata, beliau telah mengingatkan para pemain nya supaya berhati-hati ketika melayan kunjungan Sarawak kerana menyedari reputasi cemerlang skuad Bujang Senang itu dalam kempen Liga Premier. "Mereka (Sarawak) tidak pernah kalah dalam saingan Liga Premier dan perkara itu perlu kami ambil perhatian serius. "Namun, saya memberitahu para pemain agar memanfaatkan sepenuhnya peluang kami beraksi di hadapan pe nyokong sendiri dengan melakar kemenangan," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO! |
Banjir di Filipina ragut tiga nyawa, ibu negara lumpuh Posted: Banjir di Filipina ragut tiga nyawa, ibu negara lumpuh19/08/2013 9:16pm MANILA - Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terkorban di Filipina selepas hujan lebat dan bajir kilat menenggelamkan banyak kawasan di pulau utamanya, Luzon. dan ibu negaranya, Manila. Air bah setinggi leher orang dewasa telah menenggelam dan menghanyutkan banyak kediaman sekali gus memaksa ribuan orang menyelamatkan diri di pusat-pusat perlindungan sementara. Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan negara itu memberitahu, penduduk di kawasan pergunungan yang terletak di sebelah utara pulau itu sudah berdepan dengan banjir sedalam 1.8 meter berikutan hujan lebat beberapa hari lepas. Seorang dilaporkan telah mati dalam kemalangan jalan raya akibat ribut di wilayah pergunungan Apayao. Sementara itu, seorang kanak-kanak dilaporkan mati dihempap tembok yang runtuh akibat bajir manakala seorang lelaki lagi ditemui mati lemas di kawasan pinggir Manila. Tiga orang lagi diberitakan hilang akibat dihanyutkan arus banjir dari sungai berdekatan yang melimpah sementara seorang pelancong tempatan yang sedang meneroka gua di bandar Sagada pula masih belum ditemui. Di bandar raya mega Manila yang menampung populasi seramai 12 juta orang itu, semua sekolah, pejabat kerajaan dan bursa saham ditutup berikutan amaran yang telah dikeluarkan pada waktu pagi hari ini. Hujan lebat dan bahaya banjir dijangkakan berlarutan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |