{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


RM1.8j biayai 400 bakal haji Johor

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan orang ramai dalam Majlis Perjumpaan Bakal-Bakal Haji Rombongan Kerajaan Johor di Pusat Konvensyen Persada, Johor Bahru, semalam. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 26 Ogos - Johor memperuntukkan RM1.8 juta untuk membiayai 400 bakal haji rombongan kerajaan negeri yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesemua bakal jemaah yang menjadi tetamu Allah itu terdiri 230 jemaah lelaki dan 170 wanita dan merupakan petugas serta pesara kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri meluluskan kuota haji seramai 400 orang walaupun jumlah kuota yang diperuntukkan kepada negara telah diperkecilkan sebanyak 20 peratus.

"Pelaksanaan ibadah haji bukan sahaja memerlukan kekuatan jasmani atau fizikal yang baik, malah kekuatan rohani perlu diperkuatkan dengan ilmu dan amal sebagai usaha untuk melahirkan insan yang cemerlang di Tanah Suci itu nanti.

"Untuk itu, persediaan rohani dan jasmani perlulah seiring agar segala ibadah seperti tawaf, saie, wukuf di Arafah dan melontar Jamrah dapat dilaksanakan dengan baik serta penuh penghayatan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Bakal-bakal Haji Rombongan Kerajaan Johor Tahun 1434H/2013M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.

Kesemua bakal haji rombongan kerajaan negeri itu merupakan antara 2,700 orang yang berpeluang mengerjakan Rukun Islam kelima berkenaan tahun ini dan akan berlepas dengan tujuh penerbangan mulai 9 September sehingga 5 Oktober ini.

Mohamed Khaled turut menyeru semua jemaah supaya menitikberatkan aspek kesihatan ketika mengerjakan ibadah haji ekoran ketika ini Asia Barat secara amnya dan di negara Arab Saudi khususnya terdapat beberapa kes coronavirus iaitu sejenis penyakit selesema.

"Kes itu bukan ditahap yang berbahaya tetapi adalah dinasihatkan dalam suasana orang yang berjuta-juta tertumpu pada satu tempat, kita perlu menjaga diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit yang akan mengganggu ibadah itu nanti," katanya.

Sasar lebih banyak kampung sertai Keceriaan Merdeka

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

PONTIAN 26 Ogos - Pejabat Penerangan Daerah menyasarkan lebih banyak kampung tradisional dan kampung baharu menyertai pertandingan Keceriaan Merdeka sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-56 pada tahun ini.

Pegawai Penerangan daerah, Latifah Abdul Hamid berkata, pertandingan yang bermula awal bulan lalu itu akan berakhir pada 26 Ogos ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan di kampung.

Menurutnya, tahun lalu hanya enam kampung mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan Kampung Ulu Pulai dari Mukim Jeram Batu/Pengkalan Raja muncul johan di peringkat negeri.

"Kami menaruh keyakinan akan kemampuan serta keupayaan kampung tradisional dan kampung baharu untuk sama-sama bersaing bagi mencari yang terbaik," katanya di sini baru-baru ini.

Latifah berkata, keunikan kampung tradisional Melayu yang mempertahankan tradisi kehidupan etnik seperti Jawa, Bugis dan Banjar merupakan kelebihan kepada yang mengambil bahagian.

"Pertandingan ini juga adalah seiring dengan harapan kerajaan supaya setiap lapisan masyarakat termasuk di luar bandar turut sama menghayati sambutan bulan kemerdekaan yang diraikan setiap tahun," katanya.

Selain mewujudkan suasana keceriaan, penduduk juga boleh mengadakan aktiviti yang bertemakan sambutan bulan kemerdekaan seperti pertandingan mewarna, memasak, berbasikal, sukaneka dan membaca puisi bagi menyebar luaskan lagi sambutan itu yang bermula dengan rasminya pada 17 Ogos dan acara kemuncak pada 31 Ogos ini.

Justeru, pihaknya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat menubuhkan jawatankuasa sambutan bulan kemerdekaan bagi menggerakkan aktiviti di tempat masing-masing.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat