{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Mark mencintai pelampung naga

Posted: 11 Aug 2013 01:43 AM PDT

SETIAP hari, Mark akan meluangkan masa dengan pelampung-pelampung miliknya walaupun sibuk.

PELAMPUNG berbentuk haiwan seperti ikan lumba-lumba sememangnya comel dan menceriakan aktiviti riadah di kolam renang terutama bagi kanak-kanak.

Namun, bagi lelaki berusia 20 tahun dari California, Amerika Syarikat, pelampung haiwan bukanlah sekadar peneman di kolam renang, dia menganggap ia seperti 'teman rapat'.

Mark mempunyai 15 pelampung haiwan yang besar pelbagai rupa di rumahnya. Antaranya ikan paus, ikan jerung, buaya dan naga.

Malah dia jatuh cinta dengan salah satu koleksinya dan bersedia untuk berkahwin dengannya!

Ia bukan rekaan, Mark benar-benar jatuh cinta dengan pelampung haiwan berupa naga berwarna kuning yang diberi nama Lila.

Persahabatan aneh Mark bermula ketika dia berusia 14 tahun sewaktu pertama kali membeli pelampung ikan paus untuk kolam renang rumahnya kerana berasa kurang mendapat kasih sayang daripada ibunya.

Sejak itu, dia begitu obses dengan 'rakan' plastiknya itu dan menurut Mark setiap daripada rakannya itu mempunyai personaliti sendiri seperti ada yang gemar mendengar muzik dan ada yang suka tidur.

Setiap hari, Mark akan memanjakan pelampung-pelampung miliknya dengan memeluk, mencium, berbual malah memasakkan makanan dan keutamaan pastilah untuk cinta sejatinya, Lila.

Dia tidak sanggup berjauhan walaupun sehari dengan rakan-rakannya malah lebih banyak menghabiskan masa dengan koleksinya itu kerana mendakwa pelampung tersebut pendengar yang setia.

Setiap malam, dia akan tidur berpelukan dengan salah satu pelampung kesayangannya.

Risau akan perangai Mark yang pelik, rakan-rakan dan saudaranya mencadangkan dia berjumpa pakar psikologi.

Namun, ia tidak merubah apa-apa cuma kini dia cuba untuk lebih meluangkan masa bersama-sama rakan manusia.

Aduh! by Adu

Posted: 11 Aug 2013 01:43 AM PDT

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Foto ZAKARIA IDRIS

Bagi Chef Adu, masakan dan jahitan adalah dua cabang seni yang diminati.

SUDAH berubah profesion ke Chef?" soal penulis apabila Chef Adu Amran Hassan yang mula dikenali ramai setelah menjadi juri dalam rancangan MasterChef Malaysia terbitan Astro tahun lalu.

Apa tidaknya, semasa ditemui Chef Adu leka menunjukkan koleksi baju-baju Melayu dengan jenama Aduh! by Adu yang pelbagai warna daripada fabrik bermutu dari luar negara.

"Saya tidak akan meninggalkan dunia masakan tetapi akan mengembangkan bidang-bidang seni lain dalam diri saya," katanya yang pernah tinggal di London lebih 10 tahun.

Biasanya beliau akan melakar sendiri pakaiannya dan lebih mudah apabila adiknya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang jahitan yang menjahitnya.

Chef Adu berkata, niatnya hanya untuk berkongsi dengan peminat apabila ada yang bertanya mengenai baju yang dipakai semasa menajdi juri dalam siri MasterChef.

Malahan beliau amat bertuah kerana adik perempuannya memahami citarasanya yang sememangnya cerewet.

FabrikSemua fabrik untuk dibuat pakaian dibeli sendiri oleh Chef Adu semasa beliau ke luar negara dan lebih istimewa paling banyak lima pasang baju sahaja menggunakan fabrik atau corak yang sama.

"Saya mahu menjadikannya eksklusif," katanya.

Chef Adu yang telah mengembara lebih separuh dunia memang teliti dalam pemilihan fabrik untuk pembuatan pakaian.

Misalnya fabrik yang digunakan adalah kain kapas Itali, linen Belgium serta kain tenun dari Thailand dan Vietnam.

Bagi memudahkan peminat untuk mendapatkan Aduh! by Adu, beliau mengwujudkan laman web selain menjual di dalam Facebook.

Ditanya mengenai sambutan Aidil Fitri, Chef Adu berkata, tahun ini boleh dikatakan sambutan paling bermakna bagi dirinya dan keluarga.

"Tahun ini kami lapan beradik beraya di kampung di Kluang, Johor bersama-sama ayah dan ibu.

"Ini kali pertama sejak lebih 15 tahun lalu selepas saya berhijrah ke London dari 1998 hingga 2011," katanya.

Lebih istimewa semua adik beradik yang berada di luar negara seperti di London dan Dubai akan berkumpul dan beraya di Kluang.

Chef Adu dan keluarga gemarkan hidangan tradisional seperti baulu, wajik, kuih ros, dodol dan kuih bangkit.

Ditanya sama ada Chef Adu akan terus menetap di Malaysia selepas lebih 10 tahun berada di London, katanya, semuanya bergantung kepada rezeki.

"Sejak balik ke Malaysia pada November 2011, saya banyak menghabiskan masa di London tetapi tahun ini nampaknya saya lebih senang berada di sini," katanya yang telah menjual sebahagian syernya dalam Restoran Champor-Champor London Bridge.

Chef Adu yang memulakan karier dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari di Kolej Stanford dan mendapat latihan di Hotel Carcosa Seri Negara.

Pernah membuka Restoran Champor-Champor di Langkawi selama dua tahun sebelum mendapat tawaran bertugas di London.

"Ketika itu saya sendiri berbelah-bahagi untuk ke London ditambah tiada saudara-mara di sana tetapi ibu hanya pesan, saya perlu balik sekurang-kurangnya sekali setahun walaupun di rantau orang," katanya.

Setelah dua tahun bekerja, Chef Adu membuka Restoran Champor-Champor di London Bridge pada 2000 sehingga kini.

Membuka restoran di London memang banyak cabaran kerana jatuh bangun mereka bergantung kepada pengkritik makanan.

"Mereka akan datang senyap-senyap dan memberikan komen dalam blog sama ada membina atau akan menjatuhkan," katanya yang bertahan membuka restoran lebih 10 tahun di London.

Terlalu banyak saingan dalam perniagaan restoran di London dan biasanya tempoh dua tahun diberikan bagi memastikan restoran berkenaan boleh terus 'hidup' di sana.

Chef Adu hanya akan memasak untuk 70 pelanggan sehari bagi memastikan kualiti terjamin.

Sebenarnya jelas Chef Adu, pada 2011, beliau terdetik pulang ke tanah air tetapi masih belum merancang apa yang akan dilakukan.

"Saya hanya terfikir untuk kembali dan Alhamdulillah nampaknya rezeki saya di sini," katanya.

Dalam masa terdekat, Chef Adu bercadang mengeluarkan papan pemotong dengan jenamanya yang bakal digunakan dalam siri MasterChef akan datang.

Selain itu Chef Adu juga melebarkan sayap dalam bidang penulisan buku resipi serta masih mengadakan kelas masakan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat