{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Urutan legakan sakit kepala

Posted: 26 Aug 2013 11:13 PM PDT

Apa yang ramai tidak tahu adalah 99 peratus urutan pada otot tepi leher atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut

Jadi, mengapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tidak cuba sapu pada otot tersebut.

Perkara ini dihuraikan oleh Ahli Terapi Senaman dan Urutan Sukan, Diane Sera Farhanah Sedik, yang turut menjelaskan bahawa sakit kepala yang diabaikan boleh menghasilkan simpulan otot.

Simpulan tersebut katanya, boleh menjadikan sakit kepala berlarutan lebih lama.

"Simpulan otot inilah yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang. Ini (simpulan otot) juga boleh terjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh," katanya.

Menurut Diane Sera, titik punca itu menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang dan ketat.

Ini mengehadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan tubuh lemah, pengurangan peredaran darah dan kesakitan.

"Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh. Tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan.

"Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

"Titik punca adalah gambaran di mana teknik terapi boleh digunakan di situ untuk melegakan kesakitan kepala secara keseluruhan.

"Teknik ini telah diperkenalkan oleh Dr. Janet Travell dan David Simons malah diiktiraf oleh Akademi Pengurusan Sakit Amerika sebagai modul untuk rawatan sakit kepala," ujar Diane Sera yang turut menjadi tenaga pengajar senaman di Zaki Khan Dynamic Sdn. Bhd.

Jelasnya, kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala dengan teknik urutan yang betul adalah tinggi.

Katanya, terapi dengan mengenal pasti titik punca adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan.

"Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari titik punca aktif yang terletak di bahagian atas belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian tengah kepala, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata), ini dinamakan sakit di dalam tengkorak," jelasnya.

Sakit kepala mata kabur

Menurut Diane Sera lagi, gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh titik punca yang aktif dalam otot leher belakang dan tepi.

"Pengaktifan dan pengekalan titik punca dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat secara tiba-tiba dan kedudukan postur badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.

"Satu lagi penyebab sakit kepala yang teruk adalah titik punca dalam simpulan otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dengan tulang selangka. Titik punca di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

"Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala," kata Diane.

"Apabila titik punca dikenalpasti, tekanan atau urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, urutan atau tekanan pada titik punca berkenaan dilakukan dengan lembut.

"Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan.

"Proses pengurutan pada titik punca dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal," katanya lagi. - NOOR FAZRINA KAMAL

Kempen kesedaran kesihatan

Posted: 26 Aug 2013 11:13 PM PDT

Oleh Rosmah Dain

Sudhir Gandhi bersama Mary Chua menunjukkan poster bagi acara Mega Yoga Day.

MASYARAKAT pelbagai peringkat usia hari ini berdepan dengan risiko pelbagai ancaman penyakit berdasarkan gaya hidup kurang sihat yang diamalkan.

Kanser, strok, berat badan berlebihan, prostat, diabetes dan kerosakan hati antara penyakit yang mengancam nyawa bagi yang tidak berjaga-jaga terhadapnya.

Menyedari keadaan itu, pelbagai pihak cuba mengadakan pelbagai kempen sama ada secara langsung atau tidak dalam usaha memberi pendidikan secara umum mengenai pencegahan kesihatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Berdasarkan kesedaran itu juga, Mega Lifesciences akan menganjurkan kempen kesedaran umum bertujuan mempertingkatkan kesedaran orang ramai akan pentingnya kesejahteraan dan kesihatan melalui senaman fizikal dan amalan gaya hidup sihat.

Kempen itu bakal memberi manfaat kepada organisasi badan-badan amal, terutamanya strok dan kanser serta orang ramai apabila sebuah acara eksklusif, Mega Yoga Day 2013, akan diadakan pada 27 Oktober ini bertempat lokasi ikonik Red Carpet Avenue, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Pengarah Serantau Mega lifesciences Sdn. Bhd., Sudhir Gandhi, acara yang julung kali diadakan itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Strok Sedunia dan bulan Kesedaran Kanser Payudara yang akan disambut pada bulan yang sama.

"Tujuan perhimpunan besar-besaran ini adalah untuk mengumpul lebih daripada 5,000 pengunjung bagi mencipta satu semangat kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan memandangkan pada hari ini masyarakat berkejar dengan waktu kerana sibuk dengan urusan harian.

"Penganjuran himpunan ini juga merupakan satu tanggungjawab korporat sosial kami yang mahu rakyat di negara ini mengamalkan kehidupan sihat.

"Pada masa saya kami juga berharap dapat mengumpul dana sebanyak RM50,000," katanya.

Tambah Sudhir, pengumpulan dana berkenaan bertujuan untuk disumbangkan kepada Persatuan Strok Kebangsaan dan Persatuan Kanser Malaysia.

Lifesciences yang terkenal dengan pelbagai jenama ubat-ubatan kesihatan ini juga bakal menyumbangkan dana untuk disumbangkan kepada pendidikan kesihatan buat masyarakat.

Beliau berkata, pelbagai acara kesihatan dan aktiviti kesejahteraan bakal disajikan kepada para pengunjung pada hari berkenaan.

Ini termasuk pemeriksaan kesihatan awam percuma, ceramah kesihatan dan bengkel kesedaran awam oleh Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Katanya, semua aktiviti ini akan bertindak sebagai batu asas kepada kesedaran dan pendidikan untuk orang ramai terhadap usaha pencegahan strok dan kanser.

Acara kemuncak pada hari tersebut yang bermula seawal 7.30 pagi, menurut Sudhir, ialah percubaan memecah rekod penyertaan terbesar perhimpunan senaman yoga oleh selebriti Malaysia yang bakal dicatatkan oleh Malaysia Book of Records.

"Beberapa selebriti dan tokoh masyarakat akan menyertai program ini, termasuk model terkenal Malaysia Amber Chia, Ratu Cantik Malaysia 2010, Nadia Heng, pengacara televisyen dan radio, Angel Wong, dan ramai lagi.

"Pada masa yang sama, semua peserta juga akan menyokong usaha kutipan tabung dana kepada badan amal yang layak, serta usaha untuk menyumbang kepada masyarakat ke arah membina masyarakat yang sihat," jelasnya.

Menurut Sudhir lagi, yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM10 bagi setiap peserta dan pendaftaran dijalankan secara online .

Semua maklumat terperinci mengenai pendaftaran, penyertaan atau perkara yang berkaitan dengan acara ini boleh didapati di laman sesawang www.megawecare.com.my/megayogaday.

Sementara itu, pada perhimpunan itu turut diselitkan acara senaman ringkas yang akan melibatkan semua peserta.

Menurut Pengurus Latihan dan Pembangunan Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Mary Chua, senaman ringkas itu hanya memerlukan peserta melakukan gerakan perlahan sambil mengikut arahan jurulatih yang pakar dalam bidang berkenaan.

"Gerakan senaman ini nanti bukan sahaja boleh dipraktikkan sendiri di rumah ataupun di tempat kerja, tetapi ia juga boleh dilakukan ketika anda sibuk.

"Gerakan-gerakan ini memastikan anda semua sihat dan cergas setelah melakukan kerja-kerja seharian," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat