Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
47 banduan Pakistan berjaya ditahan kembali Posted: 01 Aug 2013 04:35 PM PDT PESHAWAR 2 Ogos - Polis Pakistan berjaya memberkas kembali 47 orang banduan yang melarikan diri dari penjara ketika berlaku serangan kumpulan militan Taliban yang menyebabkan 13 orang terbunuh, kelmarin. Menurut jurucakap penjara, kesemua banduan itu ditahan dalam satu operasi di samping beberapa orang menyerah diri. Mereka terdiri daripada lima tahanan wanita selain seorang konstabel polis wanita yang telah dijadikan tebusan. - AFP |
Posted: 01 Aug 2013 04:32 PM PDT BEIRUT 2 ogos - Seramai 40 orang terbunuh manakala lebih 120 yang lain cedera dalam satu letupan di tengah bandar Homs, di sini semalam. Letupan kuat itu berlaku di daerah Wadi al-Dhahab, kawasan yang dikawal oleh tentera. Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, mangsa yang terlibat dalam letupan tersebut terdiri daripada orang awam dan tentera dengan beberapa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |