Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Banjir di China ragut 85 nyawa Posted: 27 Aug 2013 10:52 AM PDT BEIJING 28 Ogos - Lebih 80 penduduk terbunuh dan berpuluh-puluh ribu lagi dipindahkan dalam kejadian banjir paling buruk yang pernah melanda timur laut China sepanjang tempoh 10 tahun, semalam. Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 85 orang disahkan terbunuh dalam bencana banjir di wilayah Jilin, Liaoning dan Heilongjiang, manakala 105 lagi masih hilang. Banjir berkenaan turut memaksa kira-kira 239,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat. - AFP |
Serangan senjata kimia: Liga Arah salahkan Syria, misi penyiasat PBB ditangguh Posted: 27 Aug 2013 10:51 AM PDT KAHERAH 28 Ogos - Liga Arab semalam menyalahkan kerajaan Syria atas serangan senjata kimia pada minggu lalu yang mengorbankan 1,300 nyawa dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera. Keputusan tersebut dicapai meski pun mendapat bantahan dari Algeria dan Iraq, selepas satu mesyuarat tergempar diadakan oleh negara-negara yang menganggotai Liga Arab. Dalam perkembangan lain, pasukan penyiasat PBB yang dikerah untuk menyiasat kejadian serangan itu terpaksa menangguhkan misi ekoran isu keselamatan selepas insiden serangan terhadap konvoi berkenaan. Pasukan penyiasat tersebut dijangka memulakan tugas selewat-lewatnya hari ini. - DPA/REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |