{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Jadikan pertanian perniagaan

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUALA LIPIS 11 Ogos - Petani dan pengusaha di daerah ini diminta proaktif untuk menjadikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan yang berdaya maju sejajar dengan transformasi pembangunan dalam bidang ekonomi.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, bidang tersebut boleh dimajukan sebagai sebuah perniagaan besar membabitkan pelbagai jenis tanaman, pemerosesan dan penghasilan produk berjenama.

Menurut beliau, sekiranya diamalkan bidang pertanian di negeri ini boleh dimajukan sebagai perniagaan yang mampu meningkatkan pendapatan petani berpendapatan rendah di luar bandar.

"Petani sewajarnya menggunakan kemudahan benih berkualiti, peralatan moden dan kemudahan pengurusan berasaskan teknologi tinggi menerusi bantuan serta bimbingan Jabatan Pertanian dan agensi lain.

"Seterusnya, mereka perlu merancang pengurusan tanaman termasuk penjagaan yang bersistematik jika berhasrat menjadikan sektor ini sebagai perniagaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan pertanian di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Rahman, kejayaan projek pertanian memerlukan perancangan selain satu pakej penyediaan persekitaran sesuai, latihan kemahiran, insentif fiskal, sokongan kredit, teknologi dan infrastruktur yang mencukupi.

Beliau berharap para belia termasuk siswazah menganggur tampil menyahut cabaran dalam sektor ini untuk menggantikan golongan berusia yang masih menggunakan kaedah tradisional dalam pengurusan tanaman.

Dalam majlis itu, beliau meminta petani yang menerima bantuan kewangan memanfaatkan wang berkenaan dengan bijak khususnya keperluan pengurusan tanaman sayur-sayuran.

"Langkah itu merupakan insentif daripada kerajaan untuk merangsang petani luar bandar lebih proaktif mengeluarkan produk makanan bagi pasaran tempatan dan luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," ujarnya.

Kerajaan bantu rakyat tanpa mengira kaum

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

Mohd. Sharkar Shamsudin menyampaikan bantuan kepada India Muslim dalam majlis pengagihan bantuan Kimma Pahang 2013 di Dewan Sri Mentakab, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

TEMERLOH 11 Ogos - Kerajaan Pahang akan membantu rakyat negeri ini keluar daripada kemiskinan tanpa mengira kaum termasuk golongan India Muslim yang selama ini menyokong kuat perjuangan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sokongan yang tidak berbelah bahagi itu membuktikan masyarakat India Muslim yang menjadi ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yakin di bawah BN kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Katanya, kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan melalui Kimma bagi memastikan kehidupan mereka terus dibela sama seperti rakyat yang lain.

"Salah satu kaedah bagi meningkatkan taraf hidup penduduk masyarakat India Muslim ialah melalui pendidikan dan melatih mereka menjadi usahawan menerusi bantuan modal Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

"Pendekatan seperti ini mampu mengeluarkan mereka daripada kemiskinan, seperti mana kejayaan kerajaan negeri membantu golongan bumiputera menjadi usahawan bermula secara kecil-kecilan," katanya semasa berucap dalam majlis pengagihan bantuan Kimma Pahang di Dewan Sri Mentakab di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan; Presiden Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan Pengerusi Kimma negeri, Datuk Mohd. Musa Noor Mohd.

Sehubungan itu, beliau berharap warga Kimma Pahang mengumpul maklumat dan menyediakan pangkalan data mengenai komuniti India muslim supaya mudah bagi kerajaan menyalurkan bantuan sama ada berkaitan kemiskinan, pendidikan dan tahap kesihatan.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berharap ahli-ahli Kimma terus meningkatkan perpaduan dan memberikan kerjasama tanpa berbelah bagi kepada kerajaan.

"Kerjasama dan perpaduan menjadi asas penting dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup kaum India muslim di negara ini.

"Kerajaan menyediakan pelbagai platform dan model ekonomi untuk maju dan berdaya saing yang seharusnya digunakan untuk meningkatkan sosioekonomi," katanya.

Berhati-hati guna Jalan Lipis-Merapoh

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

KUALA LIPIS 11 Ogos - Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika melalui Jalan Lipis-Merapoh yang masih dalam penyelenggaraan untuk menaik taraf beberapa jajarannya.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, pemanduan yang berhemah serta mematuhi peraturan keselamatan jalan raya amat penting agar perjalanan pergi dan balik dari kampung selamat tanpa mengundang padah.

"Jajaran di beberapa lokasi di Merapoh dan Kechau Tui masih giat dinaik taraf dan pemandu perlu bersabar dan mengelakkan cuba memintas kenderaan lain termasuk melalui kawasan yang kerap berlaku kemalangan di Bukit Tujuh laluan itu," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pemandu boleh transit di Merapoh, Padang Tengku dan Kechau Tui untuk berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada polis trafik Lipis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang memantau di lokasi tertentu agar perjalanan kenderaan lebih selesa dan terhindar daripada kejadian yang tidak diingini," tambahnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat