{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Paip tanggung kerugian RM30j

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanpahan@utusan.com.my

KUANTAN 22 Ogos - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menanggung kerugian kira-kira RM30 juta berikutan bil air tertunggak akibat tindakan segelintir pengguna domestik serta industri yang sering menangguhkan pembayaran berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Paip, Datuk Mohamed Zahari Md. Isa berkata, daripada jumlah itu, RM14 juta membabitkan bil tertunggak yang sudah melebihi tempoh masa setahun.

Sehubungan itu jelasnya, beberapa langkah akan diambil bagi mengurangkan jumlah tunggakan tersebut termasuk memperkenalkan bayaran secara ansuran.

"Bagi pengguna yang masih berdegil notis amaran melalui syarikat guaman akan dikeluarkan supaya mereka menjelaskan bil pada waktu ditetapkan," katanya kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di ibu pejabat Paip di sini hari ini.

Menurutnya, melalui kaedah terbaharu itu akan dapat mengurangkan bil tertunggak sebanyak 50 peratus sehingga hujung tahun depan sekali gus membolehkan pihaknya melaksanakan lebih banyak projek penambahbaikan paip air nanti.

Mohamed Zahari berkata, pembayaran bil mengikut masa ditetapkan dapat membantu pihaknya melaksanakan pelbagai projek seperti menukar paip lama dan menaik taraf loji air demi keselesaan pengguna.

Beliau memberitahu, pihaknya merekodkan kira-kira 15 kes sebulan bagi kes kecurian air membabitkan pengguna domestik dan industri akibat penyambungan paip secara haram serta tidak menggunakan meter.

3,399 kesalahan dalam Ops Aidilfitri JPJ

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

KUALA LIPIS 22 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri merekodkan sejumlah 3,399 kesalahan dilakukan oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh Ops Aidilfitri JPJ yang bermula pada 1 Ogos dan berakhir Ahad lalu.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Zakaria Man (gambar) berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,455 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan, manakala 301 kenderaan dikenakan notis amaran dengan pemilik kenderaan dikehendaki hadir ke jabatan itu untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, kesalahan paling banyak direkodkan dalam operasi sepanjang 18 hari itu ialah tiada lesen memandu dengan mencatatkan sebanyak 441 kes.

"Saya mengingatkan pemilik kenderaan supaya memiliki lesen memandu. Pemandu bas ekspres juga diingatkan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Ops Aidilfitri JPJ negeri di Stesen Timbang JPJ Benta di sini baru-baru ini.

Menurut Zakaria, JPJ tidak akan berkompromi kepada golongan terbabit kerana perbuatan mereka itu boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.

"Saya tegaskan di sini bahawa JPJ tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna bas ekspres," tegasnya sambil memberitahu, sepanjang operasi itu, sebanyak 48 pegawai dan 267 anggota JPJ Pahang melakukan penyamaran dan pengintipan di laluan penting sekitar negeri ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat