Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Proton yakin atasi sasaran awal jualan Suprima S Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT Sharifah Sheikhun Syed Abu Bakar (kanan) bersama Farah Azwar Muhd Sahit bergambar dengan Proton Suprima S baru-baru ini. NUSAJAYA 27 Ogos - Proton Holdings Bhd yakin tempahan bagi model terbaharunya, Suprima S, akan melebihi sasaran awal sebanyak 750 unit bagi bulan pertama. Ketua Pegawai Operasi (Komersial), Hisham Othman berkata, sambutan untuk model hatchback itu begitu menggalakkan dan syarikat menerima ratusan tempahan walaupun baru seminggu diperkenalkan di pasaran. Dari apa yang kami perhatikan, pelanggan-pelanggan kami tertarik dengan reka bentuk luar model ini, styling, pilihan warna dan profil hatchbacknya. Apabila dipandu uji, mereka mendapati model ini juga bagus dari segi prestasinya," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini. Hisham menjangka model hatchback berkenaan dapat menyumbang kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan jualan bulanan Proton, berdasarkan minat yang semakin meningkat terhadap model jenis ini. Segmen hatchback di Malaysia merupakan salah satu pasaran khusus. Pengguna tempatan lebih gemar memiliki model-model sedan berbanding hatchback ini," katanya. Beliau berkata, model hatchback seperti Suprima S lebih digemari pengguna berkeluarga kecil. Bagaimanapun, Hisham melihat pasaran hatchback meningkat setiap tahun dan menjadi semakin popular dalam kalangan pengguna kereta di Malaysia. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |