{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


Sekolah Dalam Hospital diperluas

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

Oleh Norizan Abdul Muhid
pendidikan@utusan.com.my

Sekolah Dalam Hospital yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak sebagai satu inisiatif berterusan kerajaan dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang menjalani rawatan di hospital.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, pada masa ini terdapat lapan buah hospital yang mempunyai kemudahan Sekolah Dalam Hospital manakala dua lagi dalam perancangan untuk diwujudkan iaitu masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

"Kementerian berpuas hati dengan tahap penerimaan ibu bapa dan masyarakat terhadap kemudahan yang disediakan melalui program ekolah Dalam Hospital ini memandangkan pembelajaran yang ditawarkan berorientasikan pendekatan didik hibur dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis tandatangan memperbaharui Memorandum dan Nota Persefahaman projek Sekolah Dalam Hospital bagi tempoh lima tahun akan datang di Putrajaya, baru-baru ini.

Projek yang dianggap mencipta sejarah dalam sistem pendidikan negara itu menggabungkan kerjasama dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan di bawah projek Hati Nurani Yayasan Nurul Yaqeen (YNY).

Pendekatan pembelajaran Sekolah Dalam Hospital berbeza daripada sekolah biasa iaitu berasaskan 'fun learning' yang menekankan pembelajaran secara santai dan menyeronokkan.

Persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan penuh warna-warni merupakan terapi secara semula jadi bagi pelajar dan kanak-kanak di hospital.

Matlamat penubuhan Sekolah Dalam Hospital adalah bagi membolehkan golongan murid yang tidak bernasib baik dan terganggu masalah kesihatan mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik melalui sistem pembelajaran yang teratur serta sistematik ketika menjalani rawatan di hospital kerajaan.

Sekolah itu dilaksanakan secara secara formal dan berstruktur dengan memfokuskan kepada kesediaan dan keupayaan murid yang sedang menerima rawatan di wad hospital.

Ketika diwujudkan pada Julai 2011, tiga perintis Sekolah Dalam Hospital ialah di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Kemudian diteruskan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras pada kasa kedua projek itu.

Seterusnya, Sekolah Dalam Hospital di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor merupakan yang kelapan dan telah beroperasi bermula 1 April lalu manakala perluasan ke Sabah dan Sarawak dijangka dilaksanakan pada akhir tahun ini.

Setakat ini, lebih 22,000 murid yang mempunyai masalah kesihatan telah mendapat akses pendidikan menerusi projek itu sejak Julai 2011 hingga April tahun ini.

Wira Everest sumber inspirasi pelajar

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

Murid Sekolah Menengah Subang Bestari, Selangor mendengar penerangan tentang set kelengkapan pendakian oleh wira dan wirawati Everest dalam program Literasi Maklumat di sekolah itu, baru-baru ini.

TIADA apa yang lebih menggembirakan buat murid tingkatan empat Sekolah Menengah Subang Bestari, Selangor apabila terpilih berkongsi pengalaman dengan anak peneroka Felda yang berjaya menakluk puncak Gunung Everest baru-baru ini.

Kejayaan wira dan wirawati Everest yang diketuai Siti Hanisah Sharuddin menjadi inspirasi kepada murid sekolah itu yang mengikuti program Literas maklumat anjuran pusat sumber sekolah tersebut.

Bagi salah seorang murid, Nazrul Anwar, dia berasa amat bertuah kerana dipilih oleh gurunya untuk menyertai program itu yang dianggap amat bermakna, lebih-lebih lagi ia sebelum itu hanya ditawarkan kepada ahli Kelab Kembara sekolah sahaja.

Katanya, banyak pengetahuan diperoleh dalam membantunya melengkapkan ilmu keyakinan diri sebelum menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

"Terutama Kemahiran cabaran dan keazaman mereka yang saya rasakan 'amat mahal' sekali dan tidak mungkin diperoleh dengan mudah.

"Saya kagum dengan mereka dan berazam untuk menjadi kuat dan kental seperti mereka, walaupun saya bukan pendaki tetapi semangat mereka pasti saya adaptasi dalam perjuangan menuntut ilmu,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Rakannya G. Divenes memberitahu, dia amat meminati program motivasi seperti yang dianjurkan sekolah pada hari tersebut kerana menganggapnya satu keperluan utama untuk menyiapkan diri sebelum menduduki SPM tahun depan.

''Kakak dan abang bercerita tentang pengalaman dan kesukaran mereka menguasai Everest dan saya bangga dengan semangat juang mereka dalam mencapai matlamat tersebut, pastinya bukan satu kerja yang mudah,'' ujarnya.

Sementara itu, Woo XiangJun berpendapat, para pendaki membuktikan kepada mereka bahawa tiada apa perkara mustahil untuk dicapai jika diri dilengkapi ilmu pengetahuan dan semangat juang yang jitu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat