{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Annuar mahu bertanding MT UMNO

Posted: 04 Aug 2013 10:33 PM PDT

KOTA BHARU 5 Ogos - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti pada hujung tahun ini.

Annuar berkata, keputusan untuk merebut jawatan tersebut dibuat selepas beliau memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

"Apabila kembali sebagai ahli Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi pembuat dasar. Saya buat keputusan untuk tawarkan diri bertanding sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO nanti.

"Namun, terpulang kepada kira-kira 150,000 wakil cawangan untuk membuat keputusan memilih siapa yang layak bagi mengisi jawatan tersebut pada pemilihan kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pemain The Red Warriors dan pengamal media Kelantan di sini semalam. - UTUSAN

Surat misteri di tangan SPRM

Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT

Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 4 Ogos - Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail hari ini menyerahkan semua surat misteri yang diterimanya sejak beberapa hari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat berkenaan.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat, saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Kelmarin Mazlan mendedahkan kemunculan surat misteri yang mengandungi 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh sehingga menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan.

Mengulas tindakan Anwar dan Karpal membuat laporan polis dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang berhubung pendedahan itu, Mazlan memberitahu, mereka berhak berbuat demikian.

"Mereka berhak mengambil apa juga tindakan yang difikirkan sesuai terhadap saya.

"Namun, saya tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat