{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


Tutor terus mendapat sambutan 'luar biasa'

Posted: 24 Aug 2013 10:53 AM PDT

Sebahagian daripada guru dan pelajar yang menyertai Kem Nilam 2013 peringkat Daerah Hulu Langat ceria menunjukkan akhbar pendidikan Tutor di Shah Alam Selangor.

SHAH ALAM 24 Ogos - Akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor terus mendapat sambutan 'luar biasa' dalam kalangan guru dan murid yang mengakui mampu menjadi bahan rujukan peperiksaan terbaik dalam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan depan.

Malah, keistimewaan akhbar itu turut diperkenal kepada kira-kira 40 murid sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Hulu Langat yang aktif dalam kegiatan membaca menerusi Kem NILAM.

Program itu dianjurkan Pejabat Pelajaran dan Pusat Kegiatan Guru daerah Hulu Langat serta Pusat Kegiatan Guru Kajang yang melanggan akhbar Utusan Malaysia untuk diedarkan kepada peserta bengkel tersebut.

Guru dan murid sekolah yang ditemui dalam bengkel itu berpendapat, isi kandungan Tutor terutama soalan ramalan yang disediakan amat membantu sebagai rujukan terutama pada minggu-minggu terakhir UPSR.

Guru Sekolah Rendah (SK) Seri Sekamat, Kajang, Rohaiza Razali berkata, dia melanggan sebanyak 225 naskah Tutor untuk keluaran kedua bulan depan selepas tertarik dengan set-set soalan latih tubi yang disediakan guru pakar mata pelajaran dalam Tutor.

"Saya tidak sangka Utusan Malaysia menawarkan harga jualan Tutor amat murah berbanding akhbar Pendidikan sebelum ini, sebab itu saya tidak mahu berfikir panjang untuk melanggan Tutor," katanya ketika ditemui dalam bengkel tersebut di sini hari ini.

Katanya, keputusan itu diambil setelah berpuas hati dengan isi kandungan Tutor yang amat menarik dan sesuai dijadikan akhbar rujukan peperiksaan selain tawaran harga jualannya yang murah.

Malah, tambahnya, pihak sekolah turut diberi potongan harga iaitu hanya 20 sen senaskhah.

"Saya ingin pastikan semua murid Tahun Enam SK Seri Sekamat memiliki Tutor ini kerana isi kandungannya amat padat dengan soalan latih tubi dan mirip dengan soalan UPSR sebenar," ujarnya.

Guru mata pelajaran Matematik SK Beranang, Amizah Talib turut mengakui Tutor sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran kepada murid yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi.

"Saya dapati soalan mata pelajaran Matematik dalam Tutor menepati kehendak sekolah dan sesuai dijadikan rujukan peperiksaan.

"Malah, saya bertambah yakin kerana set soalan dalam Tutor disediakan guru pakar soalan peperiksaan, maka sudah pasti mampu menjadi alternatif sebagai bahan rujukan terbaik kepada guru dan murid," katanya.

Akhbar Tutor bersaiz tabloid mula diedarkan Isnin lalu di sekolah dengan keluaran sebanyak dua kali sebulan.

Fokus kandungan Tutor adalah kepada set soalan peperiksaan percubaan UPSR 2013 merangkumi semua kertas peperiksaan, set 1 dan set 2 manakala penerbitan kedua pada 2 September ini masih lagi berfokus kepada bahan UPSR 2013.

Edisi Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berada di sekolah pada 9 dan 23 September ini disusuli edisi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua minggu kemudian dan sebarang perubahan tarikh siaran akan dimaklumkan.

Sementara itu, murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batu 11, Fu Jia Xin berkata, dia gembira kerana berpeluang menggunakan Tutor sebagai rujukan UPSR di sekolahnya memandangkan akhbar Utusan Malaysia merupakan akhbar langganan sekolah tersebut setiap tahun.

"Saya sudah biasa membaca akhbar Utusan Malaysia dan mudah memperolehnya di perpustakaan sekolah. Saya gembira kerana akhbar ini menerbitkan Tutor dan membolehkan murid menjadikannya sebagai alternatif bahan rujukan UPSR akan datang," katanya.

Bagi J. Yuvanesh, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kajang pula, dia tertarik dengan kandungan Tutor yang agak santai dan penuh dengan ilustrasi berwarna- warni sesuai dengan persiapan terakhir sebelum menghadapi UPSR.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat