{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


DAP enggan patuhi arahan ROS

Posted: 01 Aug 2013 11:20 AM PDT

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my

Lim Guan Eng

PULAU PINANG 1 Ogos - DAP seolah-olah cuba berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) seperti diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan mengenakan dua syarat baharu kepada pertubuhan itu.

Dua syarat berkenaan ialah ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa, tindakan memberi arahan dalam tempoh singkat dengan alasan begitu subjektif tidak boleh diterima kerana menunjukkan sikap tidak demokratik dan satu penafian keadilan dalam proses undang-undang yang sepatutnya.

"Jika ini alasan dalam proses membuat keputusan oleh ROS, sudah pasti parti pembangkang seperti DAP sampai bila-bila akan dijadikan tebusan lantaran aduan mengarut dan tidak berasas.

"Tentunya pada masa depan tidak akan ada apa-apa yang boleh menghalang ROS daripada mengarahkan pemilihan semula diadakan pada bila-bila masa sesuka hati mereka tanpa perlu memberikan sebab munasabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC melalui sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu.

ROS dalam surat itu dikatakan memberi alasan bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan DAP berhubung isu penyelewengan undi CEC.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri dalam pada itu menambah, DAP berhak dimaklumkan tentang faktor yang membuatkan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan memandangkan segala dokumen sokongan telah diserahkan.

"Kesilapan hanya semasa penyiaran keputusan yang mengakibatkan jumlah undi salah diumumkan untuk beberapa calon dan apabila kesilapan disedari, terus diperakui dan diperbetulkan," dakwanya.

Guan Eng tidak perlu takut hadapi pemilihan

Posted: 01 Aug 2013 11:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu takut menghadapi pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu jika beliau benar-benar yakin terhadap ahli-ahlinya.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, ini kerana, melihat kepada keadaan sekarang, Ketua Menteri Pulau Pinang itu ternyata takut dengan ramai perwakilan DAP itu sendiri.

Berikut adalah kenyataan Ruslan berhubung perkara tersebut;

* Lim Guan Eng tidak perlu takut menghadapi pemilihan semula CEC jika beliau betul-betul yakin dengan ahli-ahlinya sendiri. Ternyata beliau takut dengan ramai perwakilan DAP itu sendiri. Maka sebab itu kita semua tidak hairan apabila ada dakwaan mengatakan wujudnya 547 perwakilan haram semasa pemilihan CEC pada Disember lalu. Tanpa perwakilan haram sudah tentu undi Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh akan merosot.

* Kita suka melihat apabila Guan Eng dan Kit Siang memutar belit fakta dan bohong kepada kaum Cina untuk lepaskan tengkuk mereka. Kita biarkan Cina tipu orang Cina. Saya yakin kaum India dan Melayu tidak akan terpedaya dengan penipuan, pembohong dan hipokrasi Guan Eng dan Kit Siang.

* Kita meminta pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya teruskan jalankan tugas mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan jangan terganggu dengan sandiwara politik dan putar belit kedua-dua anak dan bapa ini. Mereka tahu rahsia hitam politik mereka akan terbongkar dalam masa yang terdekat.

* Kita juga seronok melihat kaum Cina taksub mendengar dan percaya kepada pembohongan dan penipuan Kit Siang dan Guan Eng seolah-olah ianya satu lagu yang indah dan merdu. Kemenangan Zairil Abdullah sebenarnya adalah satu perkara yang mustahil serta lucu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat