Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT Oleh ZABRY MOHAMAD PULAU PINANG 3 Ogos - Mereka yang dikaitkan dalam surat misteri seperti didedahkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail diminta segera tampil memberi penjelasan. Menurut Mazlan, semakin lambat mereka berbuat demikian maka pelbagai prasangka negatif mungkin timbul. "Sesiapa yang disebut terlibat dalam surat tersebut diminta memberi penjelasan segera kerana perkara itu sudah menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk Permatang Pauh. "Penjelasan segera amat penting, kalau tidak akan timbul spekulasi yang tidak elok," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Kemunculan surat misteri yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh. Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar. Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan. Mazlan yang menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya semalam meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu. Beliau percaya surat itu dihantar ke kediaman penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula ke rumahnya. Mazlan memberitahu, sejak pendedahan itu dalam media, beliau menerima beberapa panggilan daripada penduduk Permatang Pauh yang mengakui turut menerima surat sama. |
Surat misteri: Polis sedia siasat sekiranya ada laporan Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT PULAU PINANG 3 Ogos - Polis tidak menerima sebarang laporan mengenai pengedaran surat misteri yang dihantar ke rumah penduduk di sekitar Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Rahim Hanafi berkata, sekiranya ada pihak berbuat demikian, maka pihaknya akan menyemak dan meneliti kandungan laporannya. "Setakat ini, saya sahkan tiada laporan diterima oleh pihak kami, namun polis akan siasat kalau ada laporan dibuat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Kemunculan surat misteri mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |