{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tiga dijangka kekalkan kedudukan

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh ROSALINDA MD.SAID
pengarang@utusan.com.my

Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin, Mohd. Shafie Apdal

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Tiga Naib Presiden UMNO ketika ini iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dilihat mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan jawatan mereka dalam pemilihan parti akhir tahun ini.

Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, biarpun beberapa nama besar kini disebut-sebut akan bertanding jawatan itu tetapi aura nasional yang dibawa ketiga-tiga pemimpin tersebut dijangka memberi kelebihan dalam membantu kemenangan mereka.

Kriteria utama yang perlu ada pada Naib Presiden ialah aura nasional dan sepanjang tempoh lima tahun ini, saya melihat gandingan Ahmad Zahid, Hishammuddin serta Mohd. Shafie cukup baik kerana mereka telah membuktikan keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan agenda itu.

Bagaimanapun terpulang kepada 150,000 ahli untuk membuat pilihan masing-masing demi kebaikan UMNO dan kepentingan negara," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hishammuddin yang tidak gentar untuk mempertahankan jawatannya biarpun perebutan kedudukan Naib Presiden dijangka sengit berikutan beberapa nama besar dalam UMNO disebut-sebut akan bertanding.

Sehingga kini, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hampir pasti bertanding jawatan Naib Presiden manakala Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman juga dipercayai akan masuk gelanggang.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Shamsul Adabi Mamat berkata, senario pemilihan kali ini yang bersifat lebih meluas wajar digunakan sebaik-baiknya oleh mana-mana calon yang berminat termasuk ahli Majlis Tertinggi mahupun pemimpin wanita untuk merebut jawatan tersebut.

Banyak calon berbakat yang boleh diketengahkan namun saya pasti pemimpin yang akan dipilih nanti semestinya mereka yang banyak menyumbang kepada penyatuan ahli dalam parti," katanya.

MT: Idris dapatkan pandangan, nasihat daripada rakan-rakan

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

IDRIS Haron (tengah) beramah mesra dengan Azrulnizam Abd. Aziz di Seri Bendahara Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 6 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Idris Haron belum membuat sebarang keputusan untuk menawarkan diri bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Oktober ini.

Menurut Idris, beliau memerlukan sedikit masa sebelum membuat keputusan untuk turut menawarkan diri bertanding jawatan MT.

''Saya perlu mendapat pandangan dan nasihat daripada semua pihak terutama rakan-rakan di peringkat Persekutuan dan negeri.

"Setakat ini, saya mendapat sokongan daripada cawangan UMNO di Tangga Batu yang mahu saya bertanding MT, jika di peringkat bahagian pun berpendirian yang sama, saya akan bertanding jawatan itu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di Seri Bendahara di sini hari ini.

Terdahulu Idris menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Rajhi Bank, Datuk Azrulnizam Abd. Aziz.

Mengulas lanjut, Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, beliau akan membuat keputusan untuk bertanding selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Beliau berkata, bagi pemilihan jawatan UMNO Bahagian Tangga Batu pula, ruang luas diberikan kepada semua ahli untuk merebut jawatan yang dipertandingkan.

Beliau yang akan mempertahankan jawatan disandangnya sejak 2004 itu berkata, tidak ada sebarang keistimewaan diberikan kepada sesiapa yang ingin bertanding.

Jelasnya, mengikut pindaan perlembagaan baharu UMNO, sesiapa yang merasakan layak boleh mendaftar sebagai calon pada 7 September ini.

''Saya menolak sebarang kompromi kerana adalah lebih baik peluang diberikan kepada mereka yang boleh mencurah tenaga demi mengangkat martabat bangsa, agama dan negara," katanya.

Katanya, jika ada persaingan, biarlah satu pertandingan yang sihat, tidak menggunakan wang sebagai ganjaran untuk meraih undi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat