{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Guan Eng 'samseng' politik - Tunku Abdul Aziz

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa cuba berlagak sebagai 'samseng' politik apabila sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'mengugut' Pendaftar Pertubuhan (ROS) demi menutup segala penyelewengan parti itu daripada terbongkar.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Guan Eng ketika ini begitu tertekan dengan desakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) oleh ROS dan akar umbi DAP sehingga terpaksa menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata umum.

Sehubungan itu, Tunku Abdul Aziz mengingatkan ROS supaya tidak tunduk dengan mana-mana kehendak serta syarat dikenakan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Guan Eng memang ingat beliau kebal daripada undang-undang. Siapa dia untuk memberi kata dua kepada ROS? Penubuhan DAP adalah di bawah bidang kuasa ROS, bukan sebaliknya. Anak beranak, Lim Kit Siang dan Guan Eng sering menganggap mereka kebal undang-undang.

"Tidak cukup dengan itu, Guan Eng sekali lagi menuding jari dan melemparkan fitnah kepada kerajaan serta media arus perdana sebagai punca kejadian salah kira undi serta dakwaan-dakwaan lain. Mengapa orang lain pula dipersalahkan untuk kesalahan dilakukan anak-beranak itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tunku Abdul Aziz mengulas kenyataan terbaharu Guan Eng cuba mencabar ROS supaya mengadakan pertemuan bersyarat sekiranya mahu parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Guan Eng dalam satu kenyataan kelmarin turut mengugut untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times berikutan berita-berita dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti itu Disember lepas.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi.

Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember lalu.

Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.

Sebelum itu, tiga minggu selepas pemilihan berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal pengiraan pengundian.

Ekoran kesilapan tersebut, wakil Melayu, Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng kemudian berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi.

Tunku Abdul Aziz meminta Guan Eng supaya berhenti berdolak-dalik sebaliknya akur kepada desakan akar umbi supaya diadakan pemilihan semula.

"Adakah mereka takut sangat dinasti Lim akan tumbang jika diadakan semula pemilihan? Jika benar-benar telus seperti slogan mereka, ikutlah kehendak akar umbi.

"Guan Eng perlu berhenti daripada memutarbelitkan isu ini seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana berlaku penyelewengan dalam pemilihan sebelum ini," ujarnya.

DAP perlu jelaskan ketakutan pemilihan semula CEC

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

Ng Lum Yong

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak memberi penjelasan kepada kaum Cina ekoran 'ketakutan' beliau dan kroni-kroninya untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang didakwa dipenuhi penipuan dan penyelewengan.

Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, selain Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang juga perlu tampil memberi penjelasan mengenai 'ketakutan' itu.

Menurut beliau, jika tidak bersedia melakukannya, kedua-dua ahli keluarga Lim itu harus menyatakan kepada seluruh rakyat terutamanya kaum Cina bahawa slogan ketelusan yang sering dilaung-laungkan mereka hanyalah kata-kata dan bukannya amalan parti tersebut.

"Kami semua tahu tindak-tanduk Guan Eng dan Kit Siang pada pemilihan CEC Disember tahun lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti itu tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi.

Isu itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan bekas pemimpin sehingga ada yang bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

Kontroversi pemilihan CEC DAP semakin menarik selepas pendedahan Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) tulisan Father Augustus Chen yang menyatakan secara terperinci penipuan dalam pemilihan itu sejak 47 tahun lalu.

Dalam nada sinis, Lum Yong berkata, pihaknya teruja untuk melihat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang dan bapanya itu terus melakukan penipuan dan sandiwara kepada kaum Cina di negara ini.

Katanya, sandiwara yang dilakukan kedua-dua ahli keluarga Lim mengenai isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 April lalu jelas menipu kaum Cina.

Selain itu, Lum Yong yakin aduan yang dibuat oleh kira-kira 50 ahli DAP mengenai penyelewengan CEC Disember lalu kepada ROS mempunyai asas yang kukuh.

Tambah beliau, ROS perlu mengambil kira nasib dan hak kumpulan minoriti dalam parti tersebut dan keputusan meminta DAP membuat pemilihan semula CEC adalah wajar supaya semua perwakilan yang sah diberi hak untuk mengundi.

"Mula-mula mereka bersandiwara akan menggunakan simbol Pas ketika penamaan calon pada pilihan raya umum lalu atas alasan ROS akan membatalkan pendaftaran mereka. Tetapi hingga kini ROS tidak berbuat demikian sebaliknya menggesa Guan Eng membuat pemilihan semula CEC.

"Sekarang mereka minta pula ROS untuk beri penjelasan kenapa perlu pemilihan semula dilakukan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat