{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Khidmat mereka penting di musim perayaan

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan sempat bersalaman sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri semasa mereka bertugas di pagi Syawal lalu.

JEMPOL 10 Ogos - Meskipun terpaksa bertugas pada 1 Syawal, namun sedikit pun tidak melunturkan semangat sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bandar Seri Jempol dekat sini, untuk terus menggalas tanggungjawab membantu orang ramai.

Menurut Pegawai Kanan II, Mohd. Fahmi Abdullah, sudah menjadi kebiasaan baginya menyambut Syawal di balai bomba sejak menjadi anggota bomba kira-kira 21 tahun lalu.

"Ini sudah menjadi tanggungjawab kami, tidak mengapa jika tidak dapat bercuti asalkan kami dapat membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda. Biasanya apabila musim perayaan banyak kemalangan akan berlaku dan kami sudah bersedia untuk membantu.

"Pada pagi raya kami akan berkumpul di balai dan setiap anggota akan membawa juadah dari rumah masing-masing. Setiap anggota berasal dari negeri yang berbeza dan kami berkongsi juadah yang pelbagai jenis dari negeri yang berlainan, '' katanya yang memangku Ketua Operasi Balai balai berkenaan sepanjang musim perayaan ini.

Bagi Penguasa Bomba, Zulkifli Che Noh, 29, pula, Aidilfitri kali ini merupakan kali pertama baginya beraya di balai bomba.

"Saya berasal dari Kelantan dan biasanya pada pagi raya ibu akan menyediakan hidangan nasi dagang. Pastinya saya akan rindukan masakan tersebut.

"Pada hari pertama Aidilfitri saya tidak bertugas tetapi tidak dibenarkan keluar dari Negeri Sembilan dan perlu bersedia sekiranya ada panggilan kecemasan,'' jelasnya.

Bagi Hisamudin Shafie, 22, dia mengakui rindu saat berkumpul di pagi raya bersama ahli keluarga lain.

"Biasanya pagi raya kami sekeluarga akan berkumpul dan bersalaman sebelum menziarahi pusara ayah yang meninggal dunia 20 tahun lalu, namun tugas saya perlu diberi keutamaan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat