Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
- Bantu kerajaan jayakan usaha tingkat syiar Islam di Negeri Sembilan - MB
- Orang Asli sambut Aidilfitri secara sederhana tapi meriah
- Rembau bakal punyai hospital daerah
Bantu kerajaan jayakan usaha tingkat syiar Islam di Negeri Sembilan - MB Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT Oleh NAZARUDIN SHAHARI Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata, perkara itu perlu memandangkan masjid adalah institusi yang sangat dekat dengan masyarakat di semua peringkat. Katanya, tanpa kerjasama daripada kepemimpinan masjid dasar-dasar yang dilaksana kerajaan bagi meningkatkan syiar Islam tidak akan mendapat kejayaan seperti dimahukan. "Mungkin menganggap peranan kita kecil tetapi sebenarnya sangat besar kerana kita adalah pengurus masyarakat dalam kariah masing-masing," katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian bantuan tahunan masjid serta sumbangan kepada Nazir, Setiausaha dan Bendahari 288 masjid seluruh negeri ini di sini baru-baru ini. Dalam majlis itu, Mohamad selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyerahkan sumbangan berjumlah RM1.57 juta. Sementara itu, katanya, audit terhadap masjid di negeri ini tidak menemui penyelewengan dalam pengurusan kewangannya. Tambahnya, sepanjang tahun lalu, semua masjid di negeri ini mengumpul sebanyak RM14.8 juta sumbangan daripada pelbagai pihak dan daripada jumlah itu sebanyak RM13.9 juta dibelanjakan untuk tujuan mengimarahkan masjid. Beliau turut berkongsi prestasi dan kecemerlangan MAINS dalam urus tadbir dan menduduki tempat pertama peringkat kebangsaan dengan skor 96.2 peratus dalam Laporan Audit Negara. |
Orang Asli sambut Aidilfitri secara sederhana tapi meriah Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT JASIN 11 Ogos - Ketibaan Syawal yang baru lalu disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh semua umat Islam di seluruh pelosok negara. Tidak ketinggalan, masyarakat Orang Asli beragama Islam di negeri ini yang turut merasai kemeriahan lebaran walaupun persediaan Syawal hanya dibuat secara sederhana. Seorang penduduk Kampung Orang Asli Hutan Percha, Alor Gajah, Lamia Ayim, 31, berkata, kemeriahan Syawal masih boleh dirasai walaupun kawasan perkampungannya hanya mempunyai tiga keluarga beragama Islam. Katanya, suasana sambutan Aidilfitri tetap sama seperti masyarakat Melayu dengan menyediakan juadah seperti lemang, ketupat dan rendang serta kuih-muih di pagi Syawal. "Semua persediaan hari raya dari segi pakaian, kuih-muih semua sudah dilakukan walaupun secara sederhana namun yang lebih penting untuk anak-anak yang masih kecil. "Kebiasaannya pada hari raya kami akan berkunjung ke rumah dua lagi keluarga berkenaan dan berasa amat syukur dapat berkongsi kegembiraan meraikannya bersama-sama," katanya ketika ditemui selepas majlis sumbangan barangan keperluan harian dan kuih raya anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di Kampung Orang Asli Lubuk Bandung, Simpang Bekoh di sini baru-baru ini. Sementara itu, seorang lagi penduduk orang Asli, Liza Abdullah, 37, berkata, persediaan menyambut Syawal dilakukan secara ala kadar seperti tahun sebelumnya namun tetap membawa keseronokan kepada keluarga. Namun begitu katanya, amalan berpuasa dan berhari raya tetap disambut dengan meriah bersama suami dan lima orang anak. Dahlan Tartar, 34, dari Kampung Orang Asli Bukit Payung, Taboh Naning pula berkata, sambutan hari raya dilakukan secara sederhana setiap tahun kerana pendapatannya yang rendah. "Kami hanya berbelanja ala kadar untuk membeli kuih-muih dan pakaian anak kerana tidak mampu berbelanja lebih. "Setiap kali sebelum hari raya, saya akan keluar mencari buluh bagi membuat lemang untuk juadah pagi Syawal, biarpun sederhana namun kami sekeluarga berasa gembira," katanya yang bekerja sendiri. |
Rembau bakal punyai hospital daerah Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT REMBAU 11 Ogos - Rembau akan memiliki sebuah hospital baharu dalam tempoh tiga tahun lagi yang memberi kemudahan kepada 60,000 penduduk di sekitar daerah itu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, projek pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM98 juta itu akan bermula awal September ini dan dijangka siap September 2016. "Hospital ini akan dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar di Chembong dan dilengkapi dengan 76 katil serta kemudahan rawatan lain setaraf hospital daerah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Menurut Mohamad, pada awal perancangan hospital itu sepatutnya dibina menerusi pembiayaan swasta namun susulan beberapa masalah projek dilaksana sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan. Apabila siap kelak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama di negara ini yang mempunyai hospital di setiap daerah, katanya. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |