{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Jangan berkira beli Jalur Gemilang

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP

Idris Haron melekatkan bendera pada kenderaan rasmi kerajaan selepas merasmikan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat negeri sempena bulan kemerdekaan di Melaka, malam semalam. - BERNAMA

utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 17 Ogos - Rakyat di negeri ini diminta jangan terlalu berkira hingga mengharapkan kerajaan negeri untuk memberi secara percuma Jalur Gemilang sepanjang kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-56.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, tidak ada ruginya mengeluarkan sedikit wang sebanyak RM2.50 bagi membeli dan mengibar Jalur Gemilang sama ada di rumah, premis perniagaan, industri, rumah ibadat dan kenderaan.

''Bayangkan pejuang negara sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda semata-mata berjuang ingin memerdekakan Malaysia.

''Tetapi kenapa kita tidak sanggup berkorban wang ringgit sebanyak RM2.50 untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Apa salahnya mengibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan. Saya yakin rakyat di negeri ini bersikap proaktif untuk turut sama mengibar Jalur Gemilang," katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 peringkat negeri bertemakan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini malam tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Latiff Tamby Chik; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad; Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan, pemimpin pembangkang dan orang ramai.

Mengulas lanjut Idris berkata, pentingnya mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang kempen itu adalah untuk menunjukkan kesetiaan, membangkitkan semangat kemerdekaan, taat setia, bersatu padu dan kasihkan negara.

''Saya khuatir jika semangat kemerdekaan tidak dipupuk ia boleh memudarkan semangat perpaduan dan melenyapkan semangat cintakan negara hingga mungkin menjadikan bangsa kita akan dijajah oleh pihak lain di masa akan datang," katanya.

Justeru, beliau mengharapkan seluruh rakyat termasuk jabatan kerajaan, premis perniagaan, pemilik industri, rumah ibadat, rumah dan kenderaan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang kempen itu sehingga 16 September ini.

Di Melaka katanya, usaha perlu dilipatgandakan untuk mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Menurutnya, rakyat perlu sedar dengan nikmat pejuang kemerdekaan hingga kita boleh hidup selesa, mewujudkan perpaduan dan mempertahankan negara sampai bila-bila.

93 peratus Jalan Pan Borneo sudah siap diturap

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kanan) memberi penerangan mengenai jalan raya Pan Borneo kepada pemberita di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin.

KOTA KINABALU 17 Ogos - Sekitar 93 peratus kerja menaik taraf Jalan Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan negara jiran, Brunei sudah berjaya diturap dan dilebarkan menjadi empat hingga enam lorong.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, daripada jumlah jalan raya yang diturap tersebut, hanya laluan di missing link sepanjang 50 kilometer dari Kalabakan, Sabah ke Serudong, Kalimantan yang masih belum dilaksanakan.

Katanya, rancangan Jalan Raya Pan Borneo turut menghubungkan rangkaian jalan raya di Kalimantan, Indonesia yang dikenali sebagai Lebuhraya Trans-Kalimantan juga melibatkan jajaran di negara jiran itu bagi menghubungkan pekan Tebedu dengan bandar Pontianak.

Menurutnya, panjang Jalan Raya Pan Borneo secara keseluruhan di Sabah adalah sejauh 1,166 kilometer dan di Sarawak pula sepanjang 1,073 kilometer yang mana anggaran kos terkini bagi menaik taraf kedua-duanya menelan belanja sebanyak RM22 bilion.

"Dalam pelan induk, Jalan Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer itu dinaik taraf ke tahap dua laluan sehala secara berperingkat mulai 2011 sehingga 2025 iaitu selama 14 tahun," katanya dalam sidang akhbar majlis Taklimat Jalan Raya Pan Borneo di sini semalam.

Yang hadir sama Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Kerja Raya, Mohd. Azlan Mon Jamaluddin dan Ketua Penolong Pengarah Lebuh Raya Sabah, Ir. Ali Ahmad.

Jalan Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di bahagian barat Sarawak dan melalui Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Sandakan dan seterusnya ke Tawau, Sabah.

Keseluruhan jalan raya tersebut telah berturap sepanjang 248.65 kilometer di tahap empat lorong atau enam lorong manakala bakinya masih ditahap dua lorong.

Rosnah berkata, memandangkan kos menaik taraf Jalan Raya Pan Borneo ke tahap dua laluan itu adalah sangat tinggi, kerajaan mencadangkan agar kerja menaik taraf itu dibuat secara berperingkat, teratur dan terancang.

Meskipun begitu katanya, pelaksanaan secara berperingkat itu masih mengambil kira keperluan trafik semasa dan keupayaan kewangan kerajaan, selain memastikan akses ke kawasan pedalaman berjalan lancar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat