{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


'Tiada istilah main-main'

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Paul Revington

KUALA LUMPUR - Bekas pemain negara, Mirnawan Nawawi optimis objektif skuad kebangsaan untuk muncul juara kejohanan hoki Piala Asia di Ipoh, tetap menjadi keutamaan meskipun secara matematiknya Malaysia sudah layak ke Piala Dunia 2014.

Menurutnya, menjuarai Piala Asia dalam saingan yang akan bermula esok, bukan hanya untuk memburu slot ke Piala Dunia tahun depan di Belanda tetapi juga mahu mencipta sejarah kerana Malaysia belum pernah memenanginya.

Mirnawan yakin tiada istilah main-main buat skuad Paul Revintong yang akan beraksi dalam saingan Kumpulan A esok di Ipoh biarpun peluang ke Belanda sudah hampir pasti buat Malaysia.

Pemain telah ditanamkan dengan matlamat untuk menang Piala Asia.

Bagi saya Malaysia layak seratus peratus ke Piala Dunia di Belanda berdasarkan sistem kelayakan baharu yang diperkenalkan oleh FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa). Cuma kini kita hanya perlu menunggu tamat semua kejohanan peringkat benua hujung tahun ini dan pengumuman rasmi FIH.

Saya juga percaya pasukan kebangsaan akan berusaha sebaiknya untuk menang tambahan pula mahu menjadikan kemenangan tersebut sebagai penghormatan buat mendiang Chua Boon Huat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Berdasarkan kiraan sistem baharu kelayakan FIH yang mengambil kira pencapaian Malaysia pada separuh akhir Liga Hoki Dunia bulan lepas, Malaysia yang ketika ini berada dalam senarai menunggu ketiga bakal memperoleh slot ke Piala Dunia selepas dua pasukan teratas iaitu Korea Selatan dan Sepanyol telah pasti ke Belanda.

Dua pasukan itu layak selepas memperoleh slot daripada kejohanan benua lain yang dimenangi oleh pasukan yang telah memperoleh kelayakan awal menerusi kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia.

Kini hanya tinggal giliran Malaysia untuk mendapatkan slot ke Piala Dunia dan hampir pasti memperolehnya menerusi kejohanan benua Ocenia.

Kejohanan tersebut disertai empat pasukan termasuk dua yang telah layak secara merit iaitu Australia dan New Zealand manakala dua lagi pasukan yang mengambil bahagian adalah Papua New Guinea (ranking 69 dunia) dan Samoa (ranking 72 dunia).

Sekiranya Australia dan New Zealand ke final, maka satu slot akan diberikan kepada Malaysia jika kita terlepas peluang meraihnya menerusi kejohanan Piala Asia.

Pertahanan Kelantan positif doping?

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Seorang pemain pertahanan Kelantan disebut-sebut sebagai antara pemain yang disyaki gagal ujian doping selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.

Mengikut sumber, pemain itu tidak lagi menghadiri latihan bersama skuad Kelantan sejak sebulan lalu iaitu pada Ramadan ekoran digantung oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana gagal melepasi ujian doping berkenaan.

"Pemain itu sudah lama tidak mengikuti latihan bersama pasukan Kelantan iaitu sejak selepas perlawanan akhir Piala FA lalu ekoran gagal ujian doping.

"Pemain itu dan Indra Putra Mahayuddin merupakan dua pemain Kelantan yang dipilih menjalani ujian rawak untuk menjalani ujian doping selepas perlawanan tersebut, namun hanya pemain itu yang gagal dalam ujian pertama.

"Jadi Kelantan terpaksa mengambil langkah sedemikian sementara menunggu kata putus hukuman yang dijatuhkan oleh FAM, " kata sumber terbabit yang enggan namanya didedahkan.

Kelmarin, FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak menegaskan, pihaknya masih menunggu surat maklum balas daripada persatuan bola sepak negeri pemain berkenaan dan menangguhkan dahulu bentuk hukuman kerana mahu memberikan peluang kepada pemain tersebut memberikan keterangan pada mesyuarat yang akan ditetapkan nanti.

Jika gagal melepasi ujian doping kedua, pemain berkenaan boleh digantung seumur hidup.

Pemain tersebut menyertai Kelantan pada 2009 dan berasal dari negeri tersebut.

Pada perlawanan akhir Piala FA yang dimenangi Kelantan, pemain tersebut tidak beraksi sebaliknya hanya menghuni bangku simpanan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat