{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Salah nombor plat dihiasi ucapan raya

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

abdul rahman

KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan trend terbaharu pemilik kenderaan terutama motosikal di negeri ini menggunakan nombor plat yang turut tertera ucapan hari raya.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, trend tersebut mula dikesan pada 10 Ogos lalu iaitu pada hari raya ketiga dengan empat kes dikesan melibatkan tiga motosikal dan sebuah kereta.

Katanya, trend tersebut dikesan di sekitar bandar raya serta daerah Setiu dan pihaknya percaya mereka menempah khas nombor plat pendaftaran tersebut di kedai tertentu dan melakukan demikian bagi memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri.

"Kita telah mengesan trend yang rata-ratanya dilakukan golongan remaja melalui rondaan harian dan beberapa sekatan jalan raya sepanjang musim perayaan dan kesemua pesalah telah disaman serta diberikan notis arah periksa.

"Menggunakan nombor plat pendaftaran yang dihias dengan ucapan hari raya adalah menyalahi undang-undang kerana nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan terlalu kecil dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ," katanya ketika ditemui selepas Operasi Khas Motosikal sempena Aidilfitri di sini semalam.

Abdul Rahman menambah, trend berkenaan merupakan kes pertama kali dikesan berlaku ketika sambutan hari raya dan kesemua pesalah merupakan penduduk negeri ini.

Justeru tegasnya, mana-mana pemilik kenderaan yang masih berbuat demikian diingatkan agar tidak melakukan kesalahan berkenaan walaupun sekadar untuk memeriahkan suasana perayaan.

Sementara itu dalam Operasi Khas Motosikal yang dijalankan serentak di empat lokasi iaitu Dungun, Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu semalam, sebanyak 122 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, sebanyak 568 buah motosikal diperiksa dan daripada jumlah itu 110 pemilik dikenakan tindakan manakala 16 lagi motosikal disita dalam operasi dalam operasi bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.

"Motosikal merupakan penyumbang terbesar statistik kemalangan jalan raya pada musim perayaan tambahan pula kegiatan merempit di kalangan remaja masih berleluasa ketika ini sehingga menganggu pengguna jalan raya lain.

Perpaduan umat lemah punca Islam dicabar

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

BESUT 17 Ogos — Lemahnya perpaduan dalam kalangan umat Islam di negara ini menjadi punca agama Islam diperkotak-katikkan pelbagai pihak yang ingin melihatkan Islam hancur dan tidak dihormati lagi.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, disebabkan umat Islam lebih mementingkan politik dan kepentingan kelompok masing-masing, maka usaha menyatukan ummah daripada parti berbeza sering gagal.

"Kami cukup sedih agama Islam sering dipermainkan oleh pelbagai pihak termasuk penganut agama lain yang bermula dari isu kalimah Allah hinggalah yang terbaharu membawa kepada penyalahgunaan surau di Johor untuk tujuan ibadat agama lain yang memperlihatkan umat Islam perlu kembali bersatu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Pergerakan Wanita Umno Bahagian Besut yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong di sini hari ini.

Menurutnya, kini ramai pihak berani mempersendakan Islam dengan tujuan ingin memalukan agama Islam kerana menyedari bahawa umat Islam di negara ini, sudah tidak bersatu ekoran perbezaan fahaman politik.

"Kita patut mencontohi Johor yang kemas dalam menjalankan tindakan terhadap isu-isu agama yang membabitkan semua pihak dari peringkat Sultan hingga ke penguasa agama dan rakyatnya dalam menangani isu agama Islam supaya tidak terus dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak," tegas beliau.

Katanya, isu itu boleh dihentikan tetapi kerana terdapat umat Islam yang menyokongnya, ia terus berpanjangan sehingga ada pihak cuba memainkan isu lain pula. — BERNAMA

Rumah terbuka pemimpin UMNO meriah

Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT

Dali Hussin beramah mesra dengan sebahagian penduduk dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Pengkalan Chepa di Kampung Beris Jambu, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - MINGGUAN/IRWAN MAJID

KOTA BHARU 17 Ogos - Beberapa rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung.

Di Pengkalan Chepa, Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Dali Hussin menganjurkan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Beris Jambu bermula pukul 12 tengah hari hingga empat petang.

Pelbagai hidangan disediakan untuk jamuan antaranya sate, kambing panggang, kebab, gulai ayam, kuih muih dan pelbagai jenis minuman yang lazat.

Para tetamu turut disajikan dengan persembahan lagu-lagu raya oleh beberapa pendikir popular negeri ini.

Dali yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan ketika ditemui berkata, anjuran majlis rumah terbuka sudah menjadi kebiasaannya sejak beberapa tahun lalu untuk menjalin hubungan dengan penduduk sekitar.

"Aidilfitri adalah peluang untuk saling bermaafan dan mengunjungi, justeru ini waktu terbaik untuk menganjurkan rumah terbuka.

"Saya menjemput semua penduduk sekitar untuk hadir menjamu selera dan pemimpin UMNO bahagian turut hadir kerana ini peluang bertemu rakyat," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian turut menganjurkan majlis sama di rumahnya di Kampung Padang, Kubang Kerian dekat sini.

Majlis tersebut bermula pada pukul 10 pagi hingga 4 petang dan turut dikunjungi ribuan penduduk sekitar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat