{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Urus sampah tidak sistematik

Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

Ahmad Razin Ahmad Mahir mengibarkan Jalur Gemilang tanda pelepasan konvoi motosikal berkuasa tinggi dalam Majlis Sambutan Merdeka Raya 2013 peringkat Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 20 Ogos - Pengurusan dan pembuangan sampah yang tidak sistematik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menggalakkan pembiakan tikus seterusnya mengundang penularan wabak penyakit kencing tikus atau Leptospirosis di negeri ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, pihaknya sentiasa berwaspada dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani penularan wabak penyakit itu yang dilaporkan setakat ini telah mengorbankan 10 orang.

Malah katanya, satu program menghapuskan tikus akan diadakan pada Sabtu ini di Pasar Siti Khadijah dalam usaha membendung penyakit bawaan haiwan tersebut.

"Penyakit ini sentiasa ada dan risiko yang kuat ialah pembuangan sampah tidak sistematik akan menggalakkan pembiakan tikus.

"Semua orang tahu bagaimana semasa cuti hari raya sampah-sarap tidak dikutip, longgokan sampah merata-rata dan keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi juga imej Kota Bharu sebagai sebuah bandar raya Islam.

"Kalau orang ramai membuang sampah dengan betul, maka kita berharap pihak berwajib kutip sampah dengan segera supaya tidak terjejas imej Kota Bharu dan negeri Kelantan, selain dapat mengelak jangkitan penyakit-penyakit tidak diingini," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan Majlis Sambutan Merdeka Raya 2013 peringkat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini yang turut hadiri Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan.

Mengulas wabak denggi di negeri itu, Dr. Ahmad Razin berkata, penyakit tersebut terkawal dan mencatatkan penurunan kes dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai yang hendak menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri ini turut menitik-beratkan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan bagi mengelak jangkitan penyakit.

"Saya berharap, orang ramai yang hendak mengadakan majlis rumah terbuka mengambil kira kebersihan makanan yang dihidangkan, tempoh ia dihidangkan.

"Begitu juga sisa makanan hendaklah dibuang dengan tertib. Meskipun belum ada sebarang kes dilaporkan, namun kita mesti sentiasa berwaspada," katanya.

Kelantan sasar kedatangan 5 juta pelancong tahun ini

Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT

Md. Anizam Abdul Rahman (kiri) dan Zainuddin Ibrahim (tengah) menanam sebahagian daripada 100 anak pokok beremban di Min House Camp, Kampung Pulau, Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU 20 Ogos - Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran seramai lima juta pelancong tempatan dan antarabangsa ke Kelantan sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, seramai 2.3 juta pelancong telah direkodkan masuk ke negeri itu bermula Januari sehingga Jun tahun ini.

"Sasaran lima juta pelancong hingga penghujung tahun ini boleh dicapai berdasarkan rekod tahun lalu yang menyaksikan sebanyak lima juta pelancong berkunjung ke negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penanaman pokok bagi mewujudkan taman kelip-kelip di Min House Camp, Kampung Pulau, Kubang Kerian di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim.

Pada majlis tersebut, sebanyak 100 batang anak pokok beremban dan pokok baru-baru ditanam di tepi pulau berkenaan bagi meningkatkan populasi kelip-kelip di kawasan itu.

Md. Anizam berkata, penanaman pokok beremban dan pokok baru-baru ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan mahupun luar negara untuk menikmati sendiri keindahan kelip-kelip.

"Pokok ini merupakan habitat semula jadi kelip-kelip dan kewujudan taman ini harus dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana ia turut memberi nilai tambah kepada penduduk setempat," katanya.

Katanya, kawasan itu harus dibangunkan sebagai produk pelancongan memandangkan ini adalah satu-satunya lokasi hinggapan kelip-kelip di negeri ini dan sebelum ini hanya diketahui kewujudannya di Selangor, Pahang dan Johor.

Beliau berkata, setakat ini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi mencapai sasaran serta meningkatkan kehadiran jumlah pelancong ke sini.

"Selain taman kelip-kelip, Kolam Air Panas Rengas, Labok juga sedang dibaik pulih dengan kos peruntukan sebanyak RM100,000.

"Kerja-kerja pemulihan kawasan kolam air panas ini melibatkan penyediaan segala kelengkapan bagi memberi keselesaan kepada pelancong untuk berkunjung ke sana," katanya.

Hanafi sedia pertahan jawatan

Posted: 20 Aug 2013 11:09 AM PDT

PASIR MAS 20 Ogos - Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat (gambar) bersedia mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung Oktober ini.

Beliau berkata, kesediaan mempertahankan jawatan tersebut dibuat bagi memperkukuhkan parti dalam usaha menarik semula sokongan rakyat di Pasir Mas untuk kembali bersama UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Menurutnya, sekiranya terus diberikan mandat untuk menerajui UMNO bahagian, beliau bertekad memperkasakan parti melalui pembaharuan yang bakal dibawanya nanti.

Pada masa sama, beliau bersifat terbuka sekiranya ada tokoh yang berhasrat untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut pada pemilihan akan datang.

"Saya turut merangka pelbagai program dalam usaha menawan dan memikat hati rakyat untuk kembali semula kepada UMNO selain mewujudkan pemimpin pelapis di peringkat bahagian.

"Ini penting bagi memastikan UMNO Bahagian Pasir Mas tidak ketandusan pemimpin terutama dalam kalangan orang muda yang akan meneruskan legasi kepimpinan masa hadapan," katanya kepada pemberita pada majlis Kembara Jalur Gemilang 2013 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penerangan Pasir Mas di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Parlimen (MPP) Pasir Mas merasmikan majlis tersebut serta mengagihkan Jalur Gemilang kepada jabatan-jabatan kerajaan di kawasan berkenaan.

Yang turut hadir, Pengarah Penerangan negeri, Ramly Yusoff.

Hanafi memberitahu, kepimpinan di peringkat pelapis yang akan diwujudkan itu nanti perlu mempunyai pelbagai latar belakang termasuklah golongan agama bagi memantapkan lagi saf kepimpinan parti pada masa hadapan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat