{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Muzium perlu pendekatan kreatif

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

Ahmad Said melihat lukisan selepas merasmikan Pameran Air Tangan di pekarangan Muzium Negeri Terengganu Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Muzium Negeri Terengganu perlu mencari idea baharu dengan pendekatan kreatif bagi menjadikan program-program pameran yang diatur sepanjang tahun dapat menarik tumpuan lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ini boleh dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi pelancongan bagi merancang program yang dianggap sesuai dan dapat 'menghidupkan muzium' sepanjang masa serta menjadikannya sebagai lokasi yang mesti dikunjungi.

Sebagai contoh, katanya, sebagai nilai tambah, setiap program dimeriahkan dengan jualan barangan emas, berlian atau koleksi baju, cenderamata dan dalam masa sama menjadikannya sebagai pakej atau jadual lawatan khas ke muzium.

"Langkah itu sekurang-kurangnya dapat memeriahkan suasana, membantu mempromosikan bahan sejarah, tingkatkan peluang perniagaan bagi masyarakat, selain meningkatkan jumlah pengunjung," katanya ketika merasmikan Pameran Air Tangan di pekarangan Muzium Negeri di Losong dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafie dan Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah.

Menteri Besar berkata, yang menyedihkan, masyarakat kurang menyokong apa yang dianjurkan pihak muzium, sebaliknya lebih gemar membawa keluarga ke pusat beli-belah berbanding melawat tempat bersejarah.

"Situasi itu dibimbangi akan diwarisi generasi akan datang yang mana tidak akan mengerti, apa itu khazanah lama, barangan artifak dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Mohd. Yusof berkata, pihaknya mengambil peluang untuk menonjolkan karya-karya hebat pelukis tanah air sebagai satu penghargaan dan penghormatan kepada mereka menerusi yang program berlangsung sehingga 21 Oktober ini.

Pameran selama dua bulan itu mengetengahkan 250 koleksi hasil karya yang memenangi tempat utama dalam pertandingan tahunan Citra Terengganu yang dianjurkan oleh pihak muzium sejak 2005.

Buku panduan kukuhkan institusi keluarga

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan melancarkan dua buku panduan keluarga khusus untuk pasangan yang berkahwin supaya dapat menempuh kehidupan berkeluarga yang sihat dan bahagia.

Pengarahnya, Mohd. Safaruddin Mustaffa berkata, buku bertajuk Pemakanan Keluarga dan Keluarga Generasi Baru itu akan dilancar awal tahun depan.

"Kita bekerjasama dengan Syarikat Telaga Biru bagi menerbitkan buku ini dan akan mencetak sebanyak 5,000 naskhah setiap tajuk dan akan diberikan percuma kepada golongan sasar.

"Tanpa kesedaran dan kefahaman tentang kehidupan berkeluarga, mungkin boleh membawa konflik dan keretakan rumah tangga," katanya kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di pekarangan pejabat YPKT, di sini hari ini.

Kata beliau, buku itu masih dalam proses pemilihan kandungan, penyusunan bahan dan semakan.

Menurutnya, secara purata, setiap tahun kira-kira 11,000 pasangan berkahwin di negeri ini dan YPKT mensasarkan 10 peratus daripada pasangan berkenaan mengikuti kursus pengukuhan keluarga yang melibatkan suami, isteri serta anak.

"Kursus yang mengambil masa dua hari itu bertujuan memantapkan institusi keluarga yang dianggap berada dalam proses penyesuaian kerana tempoh antara satu hingga lima tahun perkahwinan banyak menghadapi masalah serta berlaku perceraian," katanya.

Zahari tawar diri tanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Besut

Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT

Zahari Mat

BESUT 22 Ogos - Yang Dipertua Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Daerah Kuala Terengganu, Zahari Mat, 31, menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut pada pemilihan parti itu Oktober ini bagi membantu mengukuhkan keupayaan pergerakan itu mendekati golongan muda.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni, Universiti Malaysia Sarawak dan terasuh sebagai pemimpin pelajar, Zahari menegaskan, penyertaannya itu diharap memberi peluang kepada ahli membuat pertimbangan dan pilihan dalam mencorakkan barisan kepimpinan baharu.

"Ini bukan soal sekadar untuk memegang jawatan tetapi untuk bersama-sama dengan rasa penuh tanggungjawab bekerja mengukuhkan UMNO bersama kepimpinan baharu dan sedia ada.

"Jika ada pertandingan, harus secara sihat dan penuh mesra," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zahari merupakan antara kalangan pelapis yang menjadi perhatian bagi jawatan itu setelah penyandang sekarang, Mohd. Mahdi Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera telah mencapai had usia.

Zahari yang berkhidmat sebagai pegawai kerajaan yang banyak terlibat dalam gerak kerja sukarela termasuk program motivasi pelajar di daerah ini berkata, minat dalam politik bercambah semasa di kampus setelah mendekati kepimpinan parti dan memahami perjuangan UMNO.

"Semasa di kampus, saya banyak mengatur pertemuan mahasiswa dengan para pemimpin kerajaan negeri yang bertandang ke Sarawak dan selepas menamatkan pengajian, saya kembali ke Besut dan bersama beberapa badan mengerakkan kerja-kerja kemasyarakatan.

"Saya banyak terlibat dengan program bersama mahasiswa, ini selari dengan hasrat kerajaan untuk menarik lebih banyak sokongan kepada parti," ujar Zahari yang berasal dari Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut.

Selain beliau, yang turut menawarkan setakat ini ialah Pengerusi Majlis Belia Daerah Besut (MBDB) Azizul Jasmi Mohamad,38, lulusan Syariah, Universiti Malaya.

Azizul Jasmi yang merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jertih, Muhamad Pehimi Yusof dianggap saingan setandingnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat