{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pembinaan hampir siap 50 peratus

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

MD. Yuslan Mohd. Yusof (kanan) melayan tetamu pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama TNB di Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Kerja-kerja pembinaan empangan hidro elektrik kedua di Tasik Kenyir yang menelan belanja kira-kira RM1 bilion kini sudah hampir 50 peratus siap.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Ir. Md. Yuslan Mohd. Yusof berkata, setakat ini, pelaksanaan projek di kawasan Sungai Tembat, Hulu Terengganu itu berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau memberitahu, dengan perkembangan itu, kos juga masih kekal iaitu kira-kira RM1 bilion seperti perancangan asal.

"Kemajuan pembinaan projek hidro ini memang ikut perancangan asal dan kita sasarkan pada akhir 2015 nanti, kita dapat mulakan tugas seperti mana dirancang.

"Setakat ini, kerja-kerja pembinaan projek menjangkakan hampir 50 peratus dan kemajuannya memang mengikut jadual," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama TNB di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Kanan TNB, Mohd. Adibi Ambak.

Projek hidro yang mula dibina pada 2010 melibatkan keluasan kira-kira 10,000 hektar berdekatan Kampung Puah itu dijangka mula beroperasi November 2015.

Empangan ini mula dibina pada 2010 manakala majlis pelencongan Sungai Terengganu untuk Projek Hidro Elektrik Hulu Terengganu itu telah disempurnakan bekas Presiden merangkap bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, April tahun lalu.

Pelencongan bagi menakung air sungai melibatkan dua buah terowong itu merupakan pencapaian penting bagi pembinaan projek hidro tersebut dengan keupayaan menjana 250 megawatt (MW).

Ini bermakna, Tasik Kenyir mempunyai dua empangan hidro dengan empangan hidro pertama iaitu Empangan Hidro Sultan Mahmud berkapasiti menjana sehingga 400 MW.

Kempen kibar Jalur Gemilang terus diperhebat

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

MACHANG 26 Ogos - Kempen kibar Jalur Gemilang terus diperhebat ke seluruh kawasan di negeri ini menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 pada 31 Ogos ini.

Ini bertujuan menyemarakkan erti kemerdekaan, selain memupuk semangat patriotik secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat di negeri ini khususnya.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dalam satu Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Negeri Kelantan dan Majlis Aidilfitri Perpaduan 2013 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah 1 di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Joseph berkata, setiap rakyat harus menghayati Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan negara.

"Jalur Gemilang menjadi lambang kedaulatan negara yang merdeka dan maju, bukan kerana warna-warninya semata-mata," katanya.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Machang, Harun Mail.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyeru rakyat supaya sentiasa bersyukur kerana ulang tahun kemerdekaan ke-56 negara dapat diraikan dalam suasana harmoni.

Katanya, 56 tahun dalam sejarah kenegaraan bukanlah suatu jangka masa panjang tetapi, negara telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan hasil daripada kerjasama dan permuafakatan antara semua kaum di negara ini.

"Tidak seperti di negara-negara lain yang telah lama merdeka atau tidak pernah dijajah tetapi terus bergolak dan berpecah-belah disebabkan isu perkauman, agama, perbezaan fahaman politik dan sebagainya," katanya.

Beliau turut menegaskan, perpaduan merupakan kunci bagi menghadapi segala cabaran masa depan rakyat dan negara di alaf global ini.

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan kebudayaan termasuk deklamasi sajak kemerdekaan dan persembahan dikir barat.

Sebagai gimik pelancaran, persembahan pentomen menggambarkan insiden berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu diadakan oleh kadet polis dan tentera dari SMK Hamzah 1 dan seterusnya penyerahan Jalur Gemilang kepada pengerusi-pengerusi penyelaras KRT negeri Kelantan.

Pelalian perlindungan paling mudah, berkesan cegah penyakit

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

KOTA BHARU 26 Ogos - Masih terdapat segelintir masyarakat negeri ini yang menolak kaedah pelalian atau imunisasi melalui pemberian vaksin meskipun ia perlindungan paling mudah dan berkesan untuk mencegah penyakit.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir (gambar) berkata, statistik menunjukkan liputan program pelalian bayi di negeri itu sudah mencapai tahap 95 peratus manakala selebihnya adalah berikutan keengganan ibu bapa membenarkan anak-anak divaksin.

Beliau berkata, pelalian penting bagi mencegah kanak-kanak terutamanya daripada menjadi mangsa penyakit seperti cacar, polio dan batuk kering.

"Terdapat segolongan kecil tidak terima kaedah pelalian, pertamanya kerana menganggap ia tidak 'natural' dan yang kedua kerana meragui status halal haram vaksin itu sendiri.

"Pandangan sesetengah pengamal perubatan alternatif yang tidak bersetuju dengan kaedah pelalian juga menjadi salah satu faktor yang boleh mencacatkan usaha kerajaan dalam melaksanakan program pelalian.

"Pelalian telah lama terbukti kaedah pencegahan yang berkesan dan sudah tentu lebih murah daripada kos merawat penyakit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2013 Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini semalam.

Hadir merasmikan majlis itu ialah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Seminar yang memberi fokus kepada isu rokok, pelalian dan pengguguran dihadiri kira-kira 700 peserta itu adalah program anjuran bersama Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Razin berharap para ilmuwan agama dapat membantu Jabatan Kesihatan dalam menghebahkan kepentingan pelalian dan pandangan agama mengenainya kepada masyarakat.

Beliau berkata, kerajaan membelanjakan RM126 juta setahun seluruh negara untuk membeli vaksin manakala RM50 juta pula diperuntukkan kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak tahun lalu bagi melaksanakan program pelalian Human Papillomavirus (HPV) bagi mencegah kanser serviks.

Bagaimanapun, jelasnya, liputan pelalian yang tinggi atau keadaan di mana sesuatu kelompok masyarakat mempunyai ramai penduduk yang sudah mendapat pelalian boleh membantu melindungi kalangan kecil yang belum menerima pelalian.

"Kalau kita tidak beri pelalian kepada anak kita dan dia berada dalam satu masyarakat di mana kebanyakan mereka tidak terima pelalian, maka dia terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit yang sepatutnya boleh terlindung dengan pelalian.

"Namun, kalau dia berada dalam kelompok yang ramai menerima pelalian, maka dalam kaedah perubatan ini dirujuk sebagai kesan 'herd immunity' iaitu dia dilindungi oleh kelompok masyarakat yang berupaya menghalang penyebaran penyakit," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat